Sunday 25 September 2011

Apa kes... PERTIGA jumpa Ketua Polis Pulau Pinang ???





Paduka Ayahanda dan Ayahanda bersama
YDH DCP Dato' Wira Haji Ayub Haji Yaakob - KETUA POLIS PULAU PINANG




Barisan Paduka Ayahanda dan Ayahanda bersama
YDH SAC II Dato' Rosly Abas - KETUA CAWANGAN KHAS PULAU PINANG


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin khas buat Ketua Polis Negeri Pulau Pinang serta amnya pada seluruh warga Polis Di Raja Malaysia.

Terima kasih di atas jemputan khas kepada Pertubuhan Islam Gabungan Amal (PERTIGA) untuk menghadirkan diri pada Majlis rumah terbuka sambutan Hari Raya Aidilfitri Dato' Wira Ketua Polis Pulau Pinang di kediaman beliau di Jalan Brown pada hari yang berbahagia ini 24 September 2011.

Kesempatan ini juga PERTIGA menggunakan peluang yang ada untuk beramah mesra dengan pegawai-pegawai polis yang hadir seraya merapatkan lagi tali silaturahim yang ada.




PERTIGA di Meja Utama sedang menjamu juadah yang telah disediakan







- Posted using BlogPress from my iPad





Friday 23 September 2011

Selamat Datang YAB Dato Sri PM







Selamat Datang YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia ke Kuala Selangor begitulah tulisan yang tertulis pada banner sambutan PM ke Kuala Selangor untuk bersama-sama penduduk di situ makan malam sambil beramah mesra dengan rakyat di situ.

Itulah yang dimaklumkan pada penulis oleh Paduka Ayahanda Jamal Paduka Ayahanda yang mengetuai dan memimpin barisan PERTIGA di Negeri Selangor. Kita turut berasa bangga PERTIGA Negeri Selangor berpeluang memainkan peranan di dalam acara sambutan PM ke Kuala Selangor.

Tahniah Paduka Ayahanda di dalam penglibatan PERTIGA Negeri Selangor di dalam acara sebesar ini.


- Posted using BlogPress from my iPad

PERTIGA, DADAH???

Program komuniti keluarga bahagia hentian bebas dadah Dan bacaan tahlil di masjid Tuan Guru Tanjung Tokong bersama "AADK"(Agensi Dadah Kebangsaan)

Khamis
Program yg padat telah disediakan daripada hari ini sehingga hari sabtu dan Pelbagai program seperti tazkirah dan qiamulail, di ikuti pula dengan solat sunat Dan solat subuh. Selain daripada itu, aktiviti gotong royong membersihkan persekitaran masjid juga akan di adakan... program ini juga mendapat sambutan dari pelbagai agensi seperti, PADTL(Pejabat Agama Daerah Timur Laut), MTG(Masjid Tuan Guru Tg Tokong) Dan lain-lain. Di ikuti pula dengan pameran-pameran dari agensi-agensi Serta pemeriksaan Kesihatan Dari PKD(Pejabat Kesihatan Daerah)...






Sebahagian daripada peserta program komuniti ini





Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Masjid Tuan Guru Tg Tokong



- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday 17 September 2011

Gempar!!! Apa yang Berlaku?

KARNIVAL Zero REMPIT bersama FARID KAMIL anjuran PERTIGA

Gempar!!!

Apa yang berlaku???

Sambutan yang tak di duga, pengunjung-pengunjung membajiri tapak KARNIVAL Zero REMPIT bersama FARID KAMIL seawal pukul 10pagi lagi, deruman motosikal kuasa besar dan kuasa rendah memecah keheningan pagi di tapak Dewan MPPP, Balik Pulau, Pulau Pinang... Mengambil tempat bagi penyusunan sebelum kehadiran FARID KAMIL untuk menyertai Konvoi bersama.




Pengunjung-pengunjung yang membanjiri tapak KARNIVAL Zero REMPIT bersama FARID KAMIL

Kehadiran FARID KAMIL Paduka-paduka Dan Ayahanda-ayahanda PERTIGA bagi menyempurnakan perasmian
KARNIVAL Zero REMPIT bersama FARID KAMIL lagi mengamatkan keadaan serta situasi, ini kerana pengunjung berpusu-pusu menyerbu FARID KAMIL untuk bergambar dan meminta tandatangan.

Namun dengan adanya anggota keselamatan daripada barisan Kekanda maka keadaan terkawal.





Ucapan amanat daripada Paduka Ayahanda Pengasas




Konvoi bersiap sedia untuk bergerak

Tidak kurang dari 3000 biji motor kuasa besar dan kuasa rendah bersiap sedia dengan deruman bunyi mengelilingi Pekan Balik Pulau dan ke kampung-kampung selaras menyatakan sokongan terhadap zero REMPIT dgn meletakkan sticker zero REMPIT.




Sticker zero REMPIT yang di letakan pada peserta-peserta konvoi



Syukur Alhamdulillah ramai peserta-peserta konvoi begitu positif dan sambutan di luar jangkaan. Begitu juga dengan peserta-peserta motor klasik, pertandingan motor cantik dan juga motor perlahan. Bagi kategori motor perlahan ramai peserta yang membuat penyertaan kali ke dua dan ada juga membuat penyertaan buat kali ketiga.

Kerja Amal juga mendapat sambutan yang amat baik iaitu derma darah yang dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan melebihi angka 100 orang penderma.

Kupon cabutan bertuah juga mendapat sambutan daripada peminat-peminat motor Yamaha LC, kerana Hadiah cabutan bertuah Utama adalah 2 buah Motorsikal Yamaha LC 135cc





Hadiah-Hadiah utama cabutan bertuah









Pertandingan motor cantik




Pertandingan motor cantik




Peserta pertandingan karaoke sedang beraksi menyanyikan lagu pilihan mereka



Laporan KARNIVAL Zero REMPIT bersama FARID KAMIL setakat ini diberhentikan untuk memberi laluan kepada Solat Asar.

Bertemu kita kembali di dalam Gempar!!! Part 2....


- Posted using BlogPress from my iPad

Friday 16 September 2011

Farid Kamil ajak Merempit Cara Islam?




Farid Kamil ajak Merempit Cara Islam?

15 Sep 2011 3:31PM

Karnival Zero Rempit bersama Farid Kamil bakal menggegar Negeri Pulau Pinang yang memaparkan keunikan tersendiri menggunakan kemahiran dan bakat bermotosikal sambil beramal.
Satu keberanian yang ditampilkan oleh pihak penganjur yang merupakan sebuah badan NGO Islam iaitu Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) yang secara tidak langsung berdakwah dengan mengambil pendekatan menyediakan kegiatan/aktiviti amal dan kebajikan kepada masyarakat.
Karnival ini yang turut menampilkan Penyanyi Rock Lagenda Awie ini bakal berlangsung pada 17 September ini (Sabtu) pada jam 8 pagi sehingga 11 malam bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Balik Pulau.
Karnival ini juga menyediakan pelbagai pameran dan jualan daripada 30 kiosk terdiri daripada Jabatan Kerajaan dan Agensi Swasta. 

Selain daripada itu, terdapat beberapa pertandingan, diantaranya :-
1. Pertandingan Motosikal tercantik
2. Pertandingan lumba perlahan
3. Pertandingan basikal -track stand
4. Pertandingan basikal - Skip bicycle Drift
5. Pertandingan Karaoke (lagu ketuhanan)
6. Pertandingan Battle of the band (lagu ketuhanan)
7. Cabutan bertuah
8. Lain-lain lagi
Acara ini juga menawarkan cabutan bertuah dengan menampilkan hadiah utama 2X Motosikal LC 135. Turut ditawarkan sebuah TV Plasma 32'.
Bagi mereka yang berminat atau ingin mengetahui keterangan lanjut mengenai Pertandingan yang disediakan boleh menghubungi Mie - 017 545 5306 / Zul - 016 431 8836 / Farid 016 404 2080 atau Ayub 013 466 3344. 
Ayuh masyarakat Malaysia, kita gegar Pulau Mutiara memeriahkan Karnival ini sambil beramal.


Farid Kamil Kempen Zero Rempit


HARIAN METRO
KHAMIS, 16 September 2011




SELEPAS berjaya mencipta nama sebagai pelakon dan pengarah terkenal, anak muda juga bintang popular, Farid Kamil mula mengintai ruang baru dalam kerjayanya yang mampu memberi sesuatu buat peminat dan masyarakat.
Status dan populariti yang melekat padanya tidak terus diperdagangkan dalam industri lakonan semata-mata sebaliknya pelakon kelahiran Alor Setar, Kedah ini mula menggunakan pesona itu untuk dijadikan ikon bagi menarik peminat dan golongan muda dalam acara amal anjuran Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) juga sebuah NGO yang berteraskan Islam, Karnival Zero Rempit.
Karnival Zero Rempit diadakan pada Sabtu ini di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Balik Pulau, Pulau Pinang. Ia adalah acara amal yang menghimpunkan pelbagai aktiviti bagi mengangkat objektif utamanya, memberi kesedaran dan suntikan positif kepada remaja serta golo-ngan belia hari ini.

Farid akan terbabit dalam acara bermotosikal bersama golongan remaja dan belia yang berminat untuk turut sama pada Sabtu ini nanti. Katanya, kehadirannya pada hari itu diharap dapat memancing perhatian orang ramai untuk bersama-sama menyertai acara dan agenda yang bakal dilakukan.


Menyifatkan penganjuran Karnival Zero Rempit sebagai salah satu alternatif terbaik untuk menyuntik elemen positif kepada golongan remaja yang banyak dilaporkan terbabit dalam gejala Mat Rempit dan berlumba motosikal.

“Dengan penganjuran karnival ini bukan bermakna dapat mengurangkan kadar gejala ini sebaliknya saya berpendapat setidak-tidaknya dapat mendekati mereka dan memahami apa yang ingin diperkatakan.

“Saya melihat semuanya dari aspek positif dan sentiasa optimis menghadapi permasalahan ini. Kehadiran saya hanyalah sekadar mengajak mereka bermotosikal bersama pada hari Sabtu nanti namun, semuanya secara bersih dan aman.

“Mereka saya galakkan untuk turut sama berkonvoi dengan iringan anggota polis dan unit keselamatan lain bagi mengang-kat simbolik zero rempit itu. Isu ini begitu serius dan saban hari ada saja laporan yang ditulis di akhbar betapa bahayanya aktiviti yang dilakukan itu.

“Justeru, saya menyeru dan mengajak sesiapa yang berminat untuk turut sama dengan saya bermotosikal pada hari Sabtu ini,” katanya yang mengakui sudah lebih 5,000 penyertaan diterima.

Karnival Zero Rempit pada hari Sabtu ini bermula seawal jam 8 pagi hingga 11 malam. Selain acara bermotosikal bersama Farid Kamil, karnival amal ini turut diwarnai pelbagai pertandingan dan aktiviti lain termasuk pertandingan motosikal tercantik, lumba perlahan basikal, Skip bicycle Drift, karaoke, Battle of The Band, cabutan bertuah dan pelbagai lagi.

Bagi pertandingan karaoke dan Battle Of The Band pula, peserta yang berminat menyertai dan merebut hadiah istimewa hendaklah membawakan lagu bergenre ketuhanan.

Farid yang sebelum ini sinonim dengan gaya lakonan sebagai remaja bermasalah dan penga�rahannya dalam beberapa filem bergenre aksi termasuk Remp-It, Evolusi KL Drift dan Evolusi KL Drift 2 serta filem sulung arahan-nya, V3: Samseng Jalanan dan Kongsi, melihat platfom yang ada padanya sebagai selebriti mampu memberikan ruang terbaik untuk sama-sama membantu memperjuangkan simbolik karnival.

“Saya berterima kasih kepada pihak penganjur dan mereka yang terbabit kerana memberi perhatian kepada kewujudan saya sebagai anak seni. Tidak sekadar berlakon dan berjuang dalam lapangan seni, setidak-tidaknya saya masih punya fungsi dalam acara kebajikan dan amal seperti ini yang mampu memberikan manfaat kepada masyarakat.

“Jujurnya saya sendiri tidak sabar untuk bermotosikal pada hari Sabtu ini bersama remaja lain dan peminat saya bagi mencapai objektif yang cuba kami kejar ini.

“Insya-Allah jika tepat pada pengarahan objektifnya dan mesej yang cuba disampaikan, Karnival Zero Rempit ini akan meninggalkan kesan dan impak positif kepada masyarakat kelak,” katanya.

Selain bermotosikal, pelakon Lagenda Budak Setan, Anak Halal dan Apokalips turut memberikan ucapan ringkasnya serta sesi beramah mesra dengan peminat yang berkunjung.

Jangan lupa untuk turut sama ke Karnival Zero Rempit pada Sabtu ini, bermula jam 8 pagi di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Balik Pulau, Pulau Pinang.

Terdapat lebih 30 kiosk diperuntukkan termasuk 10 gerai untuk Jabatan Kerajaan dan selebihnya khas kepada agensi swasta dengan menjual pelbagai barangan dan produk serta kempen-kempen dan pameran menarik buat pengunjung.


Karnival Zero Rempit bersama Farid Kamil anjuran PERTIGA






Sekali lagi Pertubuhan Islam Gabungan Amal(PERTIGA) 
mengambil inisiatif berani apabila aktiviti demi aktiviti di rancang 
serta di rangka untuk menarik remaja-remajasekitar Pulau Pinang, 
Kedah Dan Perak untuk menyertai
Program Karnival Zero Rempit bersama FARID KAMIL.

Program ini dijadualkan :-

PADA. : 17 September 2011
LOKASI: Dewan MPPP Balik Pulau
MASA. : 8.30am - 11.00pm

Sehubungan dengan itu adalah di sarankan kepada Generasi Belia 
Muda untuk menyertai serta melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti
yang sihat sebegini.

Di samping aktiviti yang sihat ini, Paduka Pengasas Utama 
PERTIGA mempunyai objektif serta matlamat serampang dua 
mata apabila bukan sahaja telah mengariskan satu aktiviti yang 
sihat yang diminati ramai remaja malah mahu mengumpulkan
seberapa ramai Generasi Belia Muda untuk Mengeratkan lagi 
silaturahim diantara sesama sendiri juga dengan Pertubuhan-pertubuhan 
bukan kerajaan yang lain.

Untuk keterangan lanjut bolehlah berhubung terus ataupun 
mengisi borang yang disertakan di bawah ini.



Semoga PERTIGA menjalankan aktiviti yang sihat ini dengan berjaya.


Majulah sukan permotoran ini untuk Generasi Muda Belia, 
iaitu pemangkin pemimpin masa depan.








- Posted using BlogPress from my iPad-

twitter.com/pertigaHQ
facebook.com/PertigaHQ
pertigahq.blogspot.com

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.





KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah.


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dgn teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada ...hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU..

PERTIGA Gegar Pulau Pinang


PERTIGA jelajah Pulau Pinang





Pada tanggal 14/8/2011 Konvoi Kembara Amal Ramadhan PERTIGA telah jelajah
Pulau Pinang dengan berhenti di 10 Masjid sebagai pitstop utk Menyerahkan sumbangan-sumbangan kepada yang memerlukannya yang juga telah di Ketuai oleh Paduka Ayahanda Pengasas Utama, Dato Paduka Ayahanda Pengasas Am Dan Ayahanda-Ayahanda Pulau Pinang.

Konvoi ini telah di sertai oleh 30 biji motor kuasa besar, tidak kurang Dari 300 biji motor kuasa rendah dan lebih kurang 80 biji kereta.

Perasmian Konvoi Amal ini telah berlansung di Hotel Vistana Penang. Usaha berani ini telah berlansung dengan jayanya dan diakhiri di Restoran Sampan di Pantai Jerjak.

Masjid Bayan Baru




Masjid Teluk Kumbar



Masjid Teluk Bahang


Masjid Jamek Sungai Pinang



Ahli-ahli Konvoi Amal















Amanat Paduka Pengasas



Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam,
Selawat dan salam bagi Nabi junjungan Nabi Muhammad SAW serta para-para sahabatnya dan kepada mereka yang mencontohinya sehingga hari kiamat nanti,
Kami menadah tangan dan bersyukur kepadaMu Ya Allah...
Di atas limpah dan kurniaMu yang tidak terhingga keatas kami sehingga kami dapat hidup dalam keadaan selesa, aman, damai dan harmoni...
Serta dapat melaksanakan tugas-tugas kami dengan sempurna di muka bumi Allah ini dan memohon agar jadilah Pertubuhan Islam Gabungan Amal ini satu Pertubuhan yang Engkau redhai dan berkati...
Jayakanlah segala usaha yang kami anjurkan,
KepadaMu Ya Allah kami pohonkan dan panjatkatkan keselamatan dan kesejahteraan kami...
Ya Allah, terimalah segala usaha dan khidmat bakti kami dengan sempurna dan dikira sebagai Amal ibadat kami kepadaMu jua...

Aminnn Aminnnn Ya Rabbal Ala Minnnnn...

Syukur alhamdulillah Pertubuhan Islam Gabungan Amal(Per3) telah di daftarkan dan mendapat kelulusan pada 5 hb Julai 2011, menandakan bahawa kini adalah satu Pertubuhan berdaftar dan iktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Pada tanggal 30 Julai 2011 Pelancaran Per3 telah dapat di langsungkan di Dewan Usahawan Tekun USM dengan dihadiri tidak kurang daripada 3000 orang dari pelbagai lapisan dan golongan masyarakat yang menanti kehadiran Pertubuhan Islam alaf baru kesinambungan perjuangan masa kini. Per3 secara dasarnya adalah satu Pertubuhan Islam yang mengambil berat serta mempertahankan agama Islam dan bangsa Melayu tanpa menganggu gugat mana-mana agama dan bangsa yang lain.

Aspirasi kita amat jelas iaitu untuk memupuk kerjasama serta perpaduan sesama ahli Per3 khasnya dan masyarakat amnya. Sehubungan dengan itu Pertubuhan adalah serius apabila meletakan slogan ataupun motto pertubuhan iaitu * BERIMAN*TAAT SETIA*BEBAS DADAH *, ini merupakan satu pendekatan serta prinsip yang perlu untuk melahirkan pemimpin di masa hadapan.

Justeru itu juga secara tidak langsung kita mendokong amanat Dato Sri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia iaitu untuk memberi satu penekanan baru satu anjakan paradigma kepada Generasi Muda Belia ini untuk menuju ke gerbang masa depan dengan penuh keyakinan dan pengisian ilmu pengetahuan.

Harapan Serta matlamat yang diletakkan oleh Pertubuhan amat tinggi maka sokongan daripada semua pihak amatlah penting baik dari ahli pertubuhan, individu, badan kerajaan mahupun Pertubuhan Islam yang lain.

Semoga mendapat keredhaan dariMU Ya Allah...

Amin.


- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday 15 September 2011

Pelancaran Pertubuhan Islam Gabungan Amal



Pada tanggal 30 Julai 2011 Pertubuhan Islam Gabungan Amal telah dilancarkan dengan gemilangnya di Dewan Usahawan Tekun USM, Pulau Pinang dengan dihadiri tidak kurang daripada 3000 orang ahli, individu, badan-badan gabungan serta Pertubuhan NGO yang lain.

Ketibaan Paduka Ayahanda dan Ayahanda Per3 diiringi oleh Konvoi 30 biji motor kuasa besar serta disambut penuh adat istiadat Melayu dengan barisan kekanda-kekanda dan paluan kompang yang telah bergema di dalam Dewan yang bertuah itu.







Bacaan doa serta persembahan silat sebagai pembuka majlis Pelancaran pada petang yang berbahagia itu. Tepat pukul 3.30 petang Per3 telah dilancarkan oleh Yang Berbahagia Dato Seri Dr Hilmy Yahaya dengan diiringi oleh Yang Berusaha Paduka Ayahanda Pengasas Sabaruddin bin Ahmad.



Paluan gong sebanyak 3 kali tanda Pelancaran Pertubuhan Islam Gabungan Amal PERTIGA (Per3).

Gambar-gambar sekitar Perlancaran PERTIGA












Jamuan ringan yang telah disediakan untuk tetamu kehormat, Paduka Ayahanda dan Ayahanda.