Tuesday 17 July 2012

Majlis Pelancaran ZERO MAKSIAT Pertiga Malaysia

RESTORAN SAMPAN, Pantai Jerjak: Syukur kehadrat Illahi dgn limpah Dan kurniaNya, walaupun dalam keadaan hujan turun renyai-renyai Majlis Perasmian ZERO MAKSIAT, Kenduri Kahwin Kekanda Arafat dan Majlis Bacaan Yasin don Doa Selamat Sempena Menyambut Ramadhan berjalan dengan lancar dan gemilang.

Presiden Pertiga Malaysia Paduka Ayahanda Utama Sabaruddin Ahmad dan Pengarah Jasa Pulau Pinang Usta Lutfi bin Ibrahim merasmikan Kempen ZERO MAKSIAT


Majlis ZERO MAKSIAT telah dirasmikan oleh Presiden Pertiga Malaysia iaitu Paduka Ayahanda Utama Sabaruddin Ahmad dan Pengarah Jasa Pulau Pinang Ustaz Lutfi bin Ibrahim. Kempen ZERO MAKSIAT diteruskan dengan program melekatkan pelekat cermin kereta kempen.

Paduka Ayahanda Utama Sabaruddin Ahmad melekatkan pelekat cermin kempen

Turut hadir dalam majlis ini adalah Pengerusi Institusi Ayahanda Malaysia Ayahanda Pengasas Izuddin Merican, barisan Paduka Ayahanda, Ayahanda, Kekanda dan seluruh ahli Pertiga Malaysia.

 Pengerusi Institusi Ayahanda Malaysia Ayahanda Izuddin bersama Ayahanda Syam dan Dato Rashid

Turut diraikan pada majlis tersebut adalah Pasangan Pengantin Kekanda Arafat. Pasangan pengantin datang bersama rombongan Presiden Pertiga Malaysia iaitu Paduka Ayahanda Utama Sabaruddin Ahmad turut disambut meriah oleh para hadirin.

Majlis Persandingan Kekanda Arafat

Majlis Bacaan Yasin don Doa Selamat Sempena Menyambut Ramadhan telah disempurnakan oleh pelajar-pelajar Talfiz Al-Quran dari Mahad Talfiz Gelugor. Mereka turut diberi sumbangan berupa peralatan sembahyang.
 Paduka Ayahanda Utama Sabaruddin Ahmad dan Ustaz Lutfi bin Ibrahim memberi sumbangan kepada pelajar Talfiz Al-Quran

 Paduka Ayahanda Utama Sabaruddin Ahmad dan Ustaz Lutfi bin Ibrahim bergambar bersama barisan Paduka Ayahanda dan Ayahanda Pertiga

Sebahagian daripada tetamu yang hadir

 Tetamu yang hadir sedang menonton pertunjukan silat oleh Persatuan Seni Silat Pesaka Batu Uban

eL/Unit Media

Monday 16 July 2012

Ahlan Ya Ramadhan


Rasulullah SAW, menaiki mimbar untuk berkhutbah dan menginjak anak tangga pertama Nabi tiba” mengucapkan “aamiin”.

Begitu juga pada anak tangga kedua dan ketiga. Selesai shalat para shabat bertanya, mengapa Rasulullah mengucapkan’aamiin?’

Nabi SAW menjawab, malaikat Jibril datang dan berkata :’Kecewa dan merugi seseorang yang jika namamu disebut dan dia tidak mengucapkan shalawat atasmu, lalu aku berucap aamiin.

Kemudian malaikat berkata kecewa dan merugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi ia tidak bisa masuk surga, lalu aku mengucap aamiin.

 Kemudian, katanya lagi, kecewa dan merugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan tetapi tidak terampuni dosa-dosanya, lalu aku mengucap aamiin.”(HR. Imam Ahmad)

Wednesday 11 July 2012

Kuasa Menentukan Bangsa: Lepas PERTIGA, PERTIGA Lagi...

Lepas satu, satu lagi... Lepas PERTIGA, PERTIGA lagi...

Selepas penyerahan memorandum seluruh Negara yang dilaksanakanmelalui PERTIGA Negeri masing-masing, PERTIGA terus maju ke hadapan dan kini menganjurkan Pertandingan bowling sambil beramal.

PERTIGA terus menganjurkan aktiviti demi aktiviti bagi merealisasikan gelombang
"Kuasa Menentukan Bangsa" bagi melahirkan ahli PERTIGA yang Ultra Bangsa. Satu gelombang serta wacana yang berani oleh Presiden PERTIGA Malaysia Paduka Ayahanda Pengasas Utama Sabaruddin Ahmad.





"Per 3 Event Managment - 10.07.2912

Pertandingan bowling akan diadakan pada 15.07.2012 (ahad) jam 10pg bertempat di Kompleks Bukit Jambul.
Yuran penyertaan dikenakan sebanyak Rm 100.00 setiap pasukan ( 4 orang setiap pasukan)
Hadiah tempat pertama Rm 500.00
Hadiah tempat kedua Rm 300.00
Hadiah tempat ketiga Rm 200.00
Hadiah misteri menanti
Sebarang penyertaan atau pertanyaan sila hubungi :
syazril. - 017 490 7110
Jauharul - 013 629 0036
Daniel. - 017 2099 077"

Pertandingan bowling ini adalah secara tidak langsung ingin memupuk semangat setia kawan dan perpaduan serta silaturarrahim sesama ahli dan bukan ahli di dalam aktiviti riadah yang dianjurkan oleh PERTIGA Malaysia Event Management.

PERTIGA tidak kenal erti penat mahupun putus asa walaupun selama ini PERTIGA Malaysia tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak. Bersamaan 26 Syaaban ini PERTIGA Malaysia juga ada menganjurkan program 4 dalam 1 di Restoran Jetty Pulau Jerjak, antara pengisian program tersebut adalah Melancarkan Kempen ZERO Maksiat dan doa selamat menyambut bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan di samping Menyambut ulangtahun pertama Penubuhan PERTIGA Malaysia. Tidak ketinggalan juga adalah Pasangan Pengantin Kekanda Arafat yang juga akan turut serta untuk memeriahkan lagi majlis pada hari itu.





"Per3 Malaysia-makluman/info 09.07.2012

Adalah dimaklumkan Per3 Malaysia dengan kerjasama Pengurusan Restoran Sampan akan mengadakan 4 majlis serentak semperna pelancaran Amal Makruf Nahi Mungkar ke arah zero maksiat berserta ulangtahun Per3 Malaysia yang pertama dan juga semperna menyambut kedatangan bulan ramadhan 1433H tidak lupa juga bagi meraikan persandingan kekanda arafat (sampan) pada 16.07.2012 bertempat di Restoren sampan Pantai Jerejak P.Pinang bermula jam 6.00ptg hingga 2.00pg..Dijemput semua ahli.Per3 bagi memeriahkan lagi majlis tersebut...Terima kasih
Daripada Unit Media (u.m) - Daniel Kato"

Seraya itu kita haruslah memberi sokongan yang padu bagi merealisasikan wacana serta gelombang yang ditiupkan oleh PERTIGA Malaysia. Demi untuk memajukan Ultra Bangsa kita Serta memupuk keharmonian ukhwah dikalangan umat Islam di Negara ini.


Ayuhlah sama-sama kita menuju ke satu transformasi Ultra Bangsa.



Program seterusnya oleh PERTIGA Malaysia adalah MAPS. Apakah itu MAPS? Sama-samalah kita nantikan...
Untuk mengetahui apakah itu MAPS... Ikutilah perkembangan PERTIGA dari masa ke semasa kerana Lepas PERTIGA, PERTIGA lagi...



IKHLAS * SABAR * JUJUR


-IMN-


- Posted using BlogPress from my iPad-

Monday 9 July 2012

Kuasa menentukan Bangsa : PERTIGA Johor Darul Takzim Mengorak Langkah

















Assalam wa rahmah...

Bismillahirahmanirrahim...

Selawat Dan Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W,

Syukur kehadrat illahi di atas limpah dan kuniaNya maka hari ini telah terlaksana serta berlangsungnya Majlis di HQ PERTIGA Malaysia bagi Negeri Johor Darul Takzim...

Perlantikan telah berlaku bagi Negeri Johor Darul Takzim. Pengumuman telah dibuat oleh Setiausaha Agung PERTIGA Malaysia Paduka Bendahara Ayahanda Harun dan yang telah di sempurnakan oleh Pengerusi Institusi Ayahanda PERTIGA Malaysia Ayahanda Pengasas Izuddin Merican Noordin.

Pengumuman adalah seperti berikut:

PERTIGA MALAYSIA : PENGUMUMAN/ MAKLUMAN - Ahad 8.7.2012

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Paduka Pengasas Pertiga Malaysia dengan persetujuan oleh Paduka Pengasas Utama Pertiga Malaysia Sabaruddin Ahmad dengan ini telah mengadakan Majlis Perlantikan di Ibu Pejabat Pertiga Malaysia dan telah dilaksanakan oleh Pengerusi Institusi Ayahanda PERTIGA Malaysia Ayahanda Pengasas Izuddin Merican Noordin seperti berikut :

1. Ayah Din Kapak dilantik sebagai Paduka Ayahanda bagi menerajui Pertiga
Malaysia Negeri Johor
2. Kekanda Khamisan telah dilantik sebagai Ayahanda Penasihat Daerah Johor
Bahru
3. Kekanda Wak Dol telah dilantik sebagai Ayahanda Penasihat Daerah Batu Pahat
4. Kekanda Yun telah dilantik sebagai Ayahanda Muda Daerah Pontian
5. Kekanda Zaidi telah dilantik sebagai Ayahanda Muda Daerah Muar
6. Perlantikan Kekanda Zaki - Kawasan Pagoh, Muar, Johor
7. Perlantikan Kekanda Amirul - Kawasan Pagoh, Muar, Johor
8. Perlantikan Kekanda Annek - Kawasan Rengit, Batu Pahat, Johor
9. Perlantikan Kekanda Boy - Kawasan Rengit, Batu Pahat, Johor
10. Perlantikan Kekanda Hafiz - Kawasan Rengit, Batu Pahat, Johor

Tahniah semua yang dilantik. Semoga Pertiga Malaysia Negeri Johor bergerak lancar dibawah Paduka Ayahanda Din Kapak.


Daripada : Paduka Ayahanda Arung Bakar – Setiausaha Agung Pertiga Malaysia


Semoga dengan perlantikkan ini maka adalah dengan ini di harap Negeri Johor Darul Takzim dapat Mengorak langkah dan terus maju kehadapan membawa panji-panji PERTIGA.

Besar harapan bagi barisan Paduka Ayahanda, Ayahanda Serta Kekanda agar dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah sehabis baik dan memupuk semangat kasih sayang dikalangan ahli- ahli PERTIGA.



IKHLAS * SABAR * JUJUR




-IMN-





- Posted using BlogPress from my iPad-

Wednesday 4 July 2012

Satu Fitnah : Konspirasi untuk menjatuhkan PERTIGA




Ini adalah satu Konspirasi Serta Fitnah untuk menjatuhkan PERTIGA. Pisau.net please get your facts straight sebelum nak menulis di dalam blog anda.

Jangan sangka air yang tenang tiada buaya...

"PERKASA patut bertanggungjawab penuh diatas benda sebegini, jgn nak putar belitkan keadaan. Statement yg dibuat oleh PERKASA menunjukkan perkasa bermain politik kotor terhadap PERTIGA Dan menuduh dan menyalahkan kita dan menunjukan PERKASA baik DAN cuba mententeramkan keadaan. INI ADALAH PROGRAM PERKASA. Jangan wujudkan perpecahan dikalangan PERTIGA. Budak yg memakai baju PERTIGA dan mencemarkan nama baik PERTIGA sekiranya dia adalah ahli PERTIGA kita akan mengambil tindakan tegas." PRESIDEN PERTIGA (M)

"Polis Harus Menimbang Semula Sikap Tidak Peduli Terhadap Perkasa Untuk Mengelak Persepsi Awam Bahawa Mereka Membenarkan Taktik Ganas Perkasa Untuk Mengugut Pemimpin PR.
Kegagalan pihak polis untuk segera menahan ahli-ahli Perkasa yang terlibat dalam keganasan bukan sahaja terhadap orang awam dan wartawan tetapi juga terhadap keselamatan peribadi saya hanya mengesahkan kebimbangan bahawa tingkah laku Perkasa mendapat sokongan UMNO dan BN. Polis harus menimbang semula sikap tidak peduli terhadap Perkasa untuk mengelak persepsi awam bahawa mereka membenarkan taktik ganas Perkasa untuk mengugut pemimpin PR."
Guan Eng
sumber:MKP

PERTIGA kata "Perkasa harus menerangkan perkara yang sebenarnya, Perkasa tidaklah Perkasa yang di sangkakan...Perkasa Pulau Pinang khasnya"

Kalau betul Perkasa itu betul perkasa marilah bersama-sama memerangi maksiat didalam Kempen ZERO Maksiat anjuran Pertiga Malaysia.

Ikhlas-Sabar-Jujur


- Posted using BlogPress from my iPad-