Saturday 31 March 2012

Paduka Bendahara: Tahniah Atas Kenaikan





Sukacita ingin memaklumkan bahawa Setiausaha Agong Pertiga Malaysia Ayahanda Harun telah dinaikan sebagai Paduka Bendahara Pertiga Malaysia berkuat kuasa serta merta. Tahniah Paduka Bendahara..!!!!

Konvoi Amal Pertiga: Laluan Terkini Konvoi Dan Senarai Masjid


Pertiga Malaysia Pulau Pinang telah membuat perubahan laluan konvoi dan senarai masjid bagi melancarkan perjalanan konvoi. Diminta semua peserta berkumpul seawal jam 8 pagi di Restoran Sampan.

Thursday 22 March 2012

Konvoi Amal Pertiga: Laluan Dan Senarai Masjid


Konvoi Amal Pertiga Malaysia akan diadakan pada hari Ahad ,1hb April 2012. Konvoi akan bermula pada jam 8.30 pagi di Restoran Sampan dan akan ke destinasi pertama seperti yang dirancangkan.

Pihak-pihak yang berminat untuk membuat sumbangan atau sebarang pertanyaan mengenai program ini, boleh menghubungi Ibupejabat Pertiga Malaysia di talian 04-645 3133.

Wednesday 21 March 2012

Konvoi Amal Pertiga Malaysia 2012



Masjid-masjid yang terlibat akan menerima wakaf berupa Al-Quran, Sejadah dan Kain Pelikat. Hamper dan kelengkapan solat juga akan disumbangkan kepada fakir miskin yang terlibat.

Kepada individu yang ingin membuat sumbangan, boleh terus menghubungi Ibupejabat Pertiga Malaysia di talian 04-645 3133.

Thursday 8 March 2012

8 Mac: Selamat Hari Wanita

Kata Umar al-Khattab bahawa "Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya" .

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud, "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita solehah." (Hadis riwayat Muslim).


Hargailah jasa dan pengorbanan ibu dan berbuat-baiklah kepadanya walaupun dia telah pergi. Hargailah jasa dan pengorbanan isteri dan janganlah memandang kecil kepada sebarang sumbangannya.Didiklah adik-adik atau anak-anak perempuanmu dan juga isterimu dengan baik dan berkasih-sayang kerana merekalah yang akan menentukan masa depan dunia yang baru.

Selamat Hari Wanita

Friday 2 March 2012

Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing


Sumbangan ikhlas dari rakan-rakan kepada Kekanda Negeri  Nazrul  yang terlibat kemalangan pada minggu lalu. Kita doakan agar Kekanda Nazrul cepat sembuh dan dapat bersama kita kembali.