Tuesday 24 April 2012

Presiden Pertiga dikehendaki di Kuala Selangor

Presiden Pertiga Malaysia Paduka Ayahanda Pengasas Utama Sabaruddin Ahmad dikehendaki di Kuala Selangor tempoh hari...

Syukur Alhamdulillah Presiden Pertiga Malaysia telah hadir ke Kuala Selangor atas 2 tujuan iaitu untuk merasmikan Pejabat Pertiga Selangor dan menerima kunjungan  YB Dato' Noriah Binti Kasnon, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,  Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Turut hadir ke majlis tersebut daripada Pertiga Pusat adalah Presiden Pertiga Paduka Ayahanda Sabarudin Ahmad, Pengerusi Institusi Ayahanda Pertiga Malaysia Ayahanda Pengasas Izuddin, Setiausaha Institusi Ayahanda Pertiga Malaysia Ayahanda Pengasas Mie, Ayahanda Pengasas Wandy, Ayahanda Pengasas Sham, Ayahanda Pengasas Mat Bravo dan bersama sama adalah tuan rumah iaitu  Pengerusi Pertiga Selangor Paduka Ayahanda Jamal, Timbalan Pengerusi Pertiga Selangor Ayahanda Sheikh, barisan ayahanda-ayahanda, barisan kekanda-kekanda dan ahli-ahli Pertiga Negeri Selangor.



Ucapan Perasmian,
dengan lafaz Bismillah Hirrahman Nirrahim Presiden Pertiga Malaysia Paduka Ayahanda Pengasas Utama Pertiga Malaysia telah merasmikan Pejabat Pertiga Negeri Selangor.

Selepas pada itu Program Bersantai bersamaYB Dato' Noriah Binti Kasnon, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,  Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di Sungai Besar, Kuala Selangor telah berlansung dengan jayanya dan meriah sekali.

YB Dato' Noriah Binti Kasnon, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,  Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di Sungai Besar, Kuala Selangor.


Paduka Ayahanda Pengasas Utama Pertiga Malaysia Sabaruddin Ahmad memberi ucapan kata-kata aluan di Majlis yang serba sederhana dan bersantai.


Ucapan oleh
YB Dato' Noriah Binti Kasnon, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,  Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. 

 Barisan Ayahanda-ayahanda Pengasas dari Pertiga Pusat bersama
YB Dato' Noriah Binti Kasnon, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,  Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. 

Paduka Ayahanda Pengasas Utama Sabaruddin Ahmad bersama
YB Dato' Noriah Binti Kasnon, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,  Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. 

Pengerusi Institusi Ayahanda Pertiga Malaysia Ayahanda Pengasas Izuddin Merican Noordin
bersama
YB Dato' Noriah Binti Kasnon, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,  Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. 


Ayahanda Pengasas Ayahanda Wandy bersama
YB Dato' Noriah Binti Kasnon, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,  Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Sunday 22 April 2012

Gegaran Kuat 8.7 Skala Richter Di Selangor

Apa dah jadi?


Alhamdulillah pada hari Sabtu 21hb April 2012 sejarah sekali lagi terlakar di mana pejabat Pertiga Selangor telah dirasmikan oleh Paduka Ayahanda Sabarudin Ahmad. Semoga perjalanan Pertiga dirahmati dan diberkati Allah, insyallah.





Monday 16 April 2012

1st Amazing Futsal Carnival

Gegaran 8.9 Skala Richter Di Bukit Jambul

15hb April: Alhamdulillah dengan limbah kurnia Ilahi, Mesyuarat Institusi Ayahanda Pertiga Malaysia yang kedua berjalan dengan lancar dan teratur di Hotel Vistana , Bukit Jambul Pulau Pinang. Persidangan kali ini dihadiri hampir ke semua Ayahanda dari seluruh pelusuk Malaysia.



Friday 13 April 2012

Sidang Akhbar Jom Tolak "Bersih 3.0"

Semalam Paduka Ayahanda Sabarudin Ahmad dijemput ke Sidang Akhbar Jom Tolak "Bersih 3.0". PER3 Malaysia secara tidak langsung memain peranan penting dalam arena politik negara. Tahniah PER3!!!!!

Sembah Tahniah dari kami Pertiga


Daulat Tuanku..

Friday 6 April 2012

Pencipta Kamera Adalah Saintis Islam

Suratkhabar terkemuka di Barat, The Independent pada edisi 11 Mac 2006 telah menerbutkan sebuah artikel yang sangat menarik bertajuk ”Bagaimana Pencipta Muslim Mengubah Dunia. Salah satunya adalah pencipta kamera obscura.

Kamera merupakan salah satu penemuan penting yang dicapai oleh umat manusia. Dengan flash dan tembakan kamera, manusia dapat merakam dan mengabadikan pelbagai bentuk gambar bermula dari sel manusia hingga galaksi di luar angkasa.

Teknologi pembuatan kamera, kini dikuasai peradaban Barat serta Jepang. Sehingga, banyak umat Muslim yang meyakini kamera berasal dari peradaban Barat.

Jauh sebelum masyarakat Barat menemuinya, prinsip-prinsip asas pembuatan kamera telah dicetuskan seorang sarjana Muslim lebih kurang 1,000 tahun silam. Penemu prinsip kerja asas kamera itu adalah seorang saintis legenda Islam yang bernama Ibnu al-Haitham.

Pada akhir abad ke-10 Masihi, Al-Haitham berjaya mencipta sebuah kamera obscura. Itulah salah satu karya al-Haitham yang paling berkesan. Penemuan yang sangat inspiratif itu berjaya dilakukan al-Haithan bersama Kamaluddin al-Farisi. Mereka berdua berjaya meneliti dan merakam fenomena kamera obscura.

Penemuan itu bermula ketika mereka mempelajari gerhana matahari. Untuk mempelajari fenomena gerhana, Al-Haitham membuat lubang kecil pada dinding yang membenarkan cahaya matahari diunjurkan melalui permukaan datar.

Kajian ilmu optik serupa kamera obscura itulah yang menjadi asas cara kerja kamera yang pada masa ini digunakan umat manusia.


Dari kamus Webster, fenomena ini diertikan sebagai “ruang gelap”. Biasanya bentuknya seperti kertas kardus dengan lubang kecil untuk masuknya cahaya. Teori yang dipecahkan Al-Haitham itu telah memberi ilham penemuan filem yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada penonton.

“Kamera obscura pertama kali dibuat saintis Islam, Abu Ali Al-Hasan Ibnu al-Haitham, yang lahir di Basra (965-1039 M),” ungkap Nicholas J Wade dan Stanley Finger dalam karyanya berjudul The eye as an optical instrument: from camera obscura to Helmholtz’s perspective.

Dunia mengenal al-Haitham sebagai perintis di bidang optik yang terkenal melalui bukunya bertajuk Kitab al-Manazir (Buku optik). Untuk membuktikan teori-teori dalam bukunya itu, legenda pakar fizik Islam itu kemudian menyusun Al-Bayt Al-Muzlim atau lebih dikenali dengan sebutan kamera obscura, atau kamar gelap.

Bradley Steffens dalam karyanya berjudul Ibn al-Haytham:First Scientist mengungkapkan bahawa Kitab al-Manazir merupakan buku pertama yang menjelaskan prinsip kerja kamera obscura. “Dia merupakan saintis pertama yang berjaya memprojeksikan seluruh gambar dari luar rumah ke dalam gambar dengan kamera obscura,” papar Bradley.


Istilah kamera obscura yang ditemui oleh al-Haitham pun diperkenalkan di Barat sekitar abad ke-16 Masihi. Lima abad setelah penemuan kamera obscura, Cardano Geronimo (1501 -1576), yang terpengaruh dengan pemikiran al-Haitham mulai mengganti lubang bidik lensa dengan lensa (camera).

Setelah itu, penggunaan lensa pada kamera onscura juga dilakukan Giovanni Batista della Porta (1535-1615 M). Ada pula yang menyebutkan bahwa istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham pertama kali diperkenalkan di Barat oleh Joseph Kepler (1571 – 1630 M). Kepler meningkatkan fungsi kamera itu dengan menggunakan lensa negatif di belakang lensa positif, sehingga dapat memperbesar projection gambar (prinsip digunakan dalam dunia lensa foto jarak jauh moden).

Setelah itu, Robert Boyle (1627-1691 M), mulai menyusun kamera yang berbentuk kecil, tanpa kabel, jenisnya kotak kamera obscura pada 1665 M. Setelah 900 tahun dari penemuan al-Haitham piring-piring foto pertama kali digunakan secara statik untuk menangkap gambar yang dihasilkan oleh kamera obscura. Gambar statik pertama diambil oleh Joseph Nicephore Niepce di Prancis pada 1827.

Tahun 1855, Roger Fenton menggunakan plat kaca negatif untuk mengambil gambar dari tentera Inggeris semasa Perang . Dia mengembangkan plat-plat dalam perjalanan bilik gelapnya. Tahun 1888, George Eastman mengembangkan prinsip kerja kamera obscura ciptaan al-Hitham dengan baik sekali. Eastman menciptakan kamera kodak. Sejak itulah, kamera terus berubah mengikuti perkembangan teknologi.


Sebuah versi kamera obscura digunakan dalam Perang Dunia I untuk melihat kapal terbang dan pengukuran perfomance. Pada Perang Dunia II kamera obscura juga digunakan untuk memeriksa ketepatan navigasi radio. Begitulah penciptaan kamera obscura yang diilhamkan al-Haitham mampu mengubah peradaban dunia.

Peradaban dunia moden tentu sangat berutang budi kepada ahli fizik Muslim yang lahir di Kota Basrah, Iraq. Al-Haitham semasa hidupnya telah menulis lebih dari 200 karya ilmiah. Semuanya didedikasikannya untuk kemajuan peradaban manusia.

Sayangnya, umat Islam kini lebih terpesona kepada pencapaian teknologi Barat, sehingga kurang menghargai dan mengulangi pencapaian saintis Islam di era kejayaan Islam.