Wednesday 30 May 2012

Pertiga Di Majlis Perhimpunan Seniman Malaysia

Pertiga turut dijemput ke Majlis Perhimpunan Senima Malaysia Sempena Hari Seniman 2012 di Tasik Titiwangsa semalam. Majlis yang gilang-gemilang ini turut dihadiri oleh Menteri Kebudayaan dan Kesenian, YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim serta Pendekar Malaysia Puduka Ayahanda Mahaguru Terulung Tan Sri Dato' Wira Haji Omardin.








Sunday 27 May 2012

Cameron Highland Sesak

Cameron Highland yang selalunya tenang, tetapi hari ini, jalan-jalan di atas pusat peraginan ini sesak dengan  kenderaan.

Kesesakan ini berlaku kerana Cameron Highland dibanjiri dengan Jemaah Pertiga dari seluruh pelusuk Malaysia. Pertiga telah mengadakan Majlis Jamuan Makan Malam Mesra Bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Devamany. Turut Hadir pada jamuan tersebut adalah Paduka Ayahanda Mahaguru Terulung Tan Sri Dato' Wira Haji Omardin Bin Mauju, Presiden Pertiga Malaysia, Timbalan Ketua Bahagian MIC Cameron Highland, Pengerusi JKKB Kg Raja,  ahli-ahli Pertiga dari seluruh pelusuk Malaysia dan penduduk setempat.












Pertiga turut meraikan pasangan pengantin dari Pulau Pinang iaitu Kekanda Arafat yang baru diijab kabul dengan pasangannya.





Friday 25 May 2012

Sumbagan Amal Di Surau Al-Taqwa Ayer Itam

Sebentar tadi, Pertiga Ayer Itam bersama Paduka Ayahanda Tan dan Ayahanda Wandy. berkesempatan membuat pemyerahan Quran serta Sejadah kepada Surau Al-Taqwa Ayer Itam Pulau Pinang. Penyerahan dilakukan kepada wakil surau tersebut iaitu Ustaz Taqiudin Hamzah yang mana beliau juga adalah Kadi Daerah Timur Laut Pulau Pinang.






Tuesday 22 May 2012

Kuala Selangor Dilanda Hujan Ribut Serta Banjir Kilat

Sebenarnya Kuala Selangor bkn banjir kilat tetapi dibanjiri org ramai untuk sama-sama menyaksikan Majlis Pelancaran PERTIGA Negeri Selangor dan Penyampaian Watikah oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian Dan Asas Tani iaitu Datuk Mohammad Shafie Asnawi. Turut hadir adalah Tan Sri Mahaguru Hj Omardin Bin Mauju iaitu Paduka Ayahanda Tan Sri Mahaguru Terulung PERTIGA, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon, barisan Paduka Ayahanda Pengasas, barisan Paduka Ayahanda, barisan Ayahanda Pengasas, barisan Ayahanda, barisan Kekanda, barisan Kak Long Srikandi serta ahli Jemaah PERTIGA, tidak ketinggalan juga sahabat2 seperjuangan daripada pelbagai majlis hadir untuk memeriahkan lagi Majlis ini.



Wednesday 16 May 2012

Pertiga Ajak Belia Sertai Aktiviti Amal

Pada 13hb Mei  PER3 Kuala Selangor telah mengadakan program gotong royong membersihkan kawasan tanah perkuburan Teluk Piai Kuala Selangor bersama penduduk kampung. Turut serta di majlis tersebut adalah golongan belia yang mana sebelum ini peryertaan mereka dalam aktiviti amal adalah amat kurang. Tetapi dengan wujudnya pertubuhan amal seperti PER3, golongan belia ini mula mendekati dan timbul minat yang mendalam untuk mengikuti program-program amal yang dianjurkan.

Keratan Akhbar

Wednesday 9 May 2012

Pertiga Kuala Lumpur: Program Amal Bersama Orang Asli

Pada tanggal 5hb Mei lepas PER3 Kuala Lumpur bersama Celcom Berhad telah mengadakan Program Amal Bersama Masyarakat Orang Asli di Perkampungan Orang Asli Batu 16 , Gombak. Program turut diserti oleh Ayahanda Man Sabah , ahli-ahli PER3 Kuala Lumpur serta Celcom Berhad.

 









عَنْ عَبْدِاللهِ بْن عَمْرٍ
وَأَنَّ رَجُلا سأَلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَيُّ الاسْلامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ
وَتَقْرَأُ السَّلامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ
Dari Abdullah bin 'Amr, katanya :
Bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. katanya :
"Perbuatan apakah yang sebaik-baiknya dalam Islam?"
Jawab Rasulullah s.a.w. : "Mendermakan makanan dan memberi salam kepada
orang yang engkau kenal dan belum engkau kenal."
Hadis sahih riwayat Muslim