Friday 11 November 2011

Gempak!!! Demo Aman Mat-mat REMPIT

PERTIGA buat gempak lagi...

Namun laporan blog ini agak lewat di uploadkan memandangkan sebab-sebab yang tak dapat di elakkan seperti press statement, kenyataan pihak berkuasa dan juga beberapa isu yang tak dapat di elakkan.
Demo Aman yang telah berlangsung ini telah di cemari oleh beberapa insiden yang tak di ingini.

PERTIGA telah mengambil inisiatif dengan membuat press statement dengan jayanya, press statement itu adalah seperti berikut. Press statement ini telah dihadiri oleh barisan tertinggi Paduka Ayahanda Dan Ayahanda.






PRESS STATEMENT


Susulan daripada Karnival Zero Rempit, Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) telah mendengar rintihan yang telah diutarakan oleh Mat2 Rempit mengenai Litar Lumba. Maka PERTIGA telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Demo Aman bersama Mat2 Rempit.

Ini mengambil kira Mat2 Rempit terdiri daripada remaja2 Melayu yang beragama Islam. Dimana matlamat PERTIGA itu sendiri adalah untuk memelihara bangsa Melayu beragama Islam tanpa menggangu gugat bangsa serta agama yang lain.

Saya disini juga ingin mengucapkan terima kasih kepada wartawan yang membuat liputan tempoh hari juga kepada blogger2, namun ada yang perlu diperbetulkan iaitu anjuran sebenarnya bukan daripada beberapa NGO seperti yang dilaporkan. Anjuran cuma dari kami PERTIGA dan Remaja Roda Dua atau dilabel sebagai Mat2 rempit.

Demo Aman ini juga bukan Agenda Politik seperti yang di war2kan. Kami juga boleh buktikan yang hadir dalam demo itu terdiri daripada berbagai ideology politik ahli2 pas, ahli2 pkr dan ahli2 umno.

Justeru itu PERTIGA terpanggil untuk mengetuai misi Demo Aman ini dengan mendesak Ketua Menteri PP untuk mewujudkan satu Litar Lumba bagi remaja Rempit ini. Kita mendesak kerajaan negeri dengan menujuk protes dalam Demo Aman ini dengan harapan untuk menyerahkan Memorandum Litar Lumba ini kepada Ketua Menteri PP namun belum sempat menyerahkan memorandum ini, Saya selaku Presiden Pertiga ini telah ditahan beserta lapan yang lain untuk memberi keterangan.

Gejala rempit ini dapat dikelaskan sebagai masalah sosial yang utama selepas dadah namun daripada kegiatan rempit inilah yang membawa kepada gejala2 sosial yang lain seperti dadah, pergaulan bebas, judi, bohsia dan keganasan jalan raya mahupun samseng. Namun tiada satu pendekatan yang dibuat serta membimbing mereka2 ini. Jika dilihat penagih2 dadah ada Pusat pemulihannya, tapi bagi remaja2 rempit ini cuma sekatan jalanraya dan keganasan di balas keganasan oleh PDRM dengan sekatan jalan raya yang sedia dengan batu bata untuk di lontar, kayu, sepak terajang kepada mereka ini. Jiwa memberontak remaja rempit ini akan menimbulkan rasa dendam kepada PDRM.


Maka PERTIGA cuma mengambil pendekatan secara bimbingan seperti Demo Aman tempoh hari apabila melalui IPK Timur Laut maka semua remaja rempit ini disuruh mematikan enjin dan menolak motorsikal mereka sehingga selepas IPK TImur Laut maka dihidupkan semula enjin motorsikal itu tanda hormat remaja2 ini pada PDRM.


Demo Aman yang terdiri dari tidak kurang 600 biji motosikal dari pelbagai lapisan masyarakat telah sama2 menjayakan Demo Aman tersebut, namun dukacitanya memorandum tidak dapat diserahkan. Oleh itu saya serta barisan tertinggi akan mencari jalan serta membuat temujanji untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada Ketua Menteri PP. Saya berharap Ketua Menteri PP mengambil serius desakan kami rintihan Mat2 rempit ini, kerana remaja2 inilah yang harus kita bela untuk mengurangkan gejala social mat2 rempit ini yang sedang menular dengan pantas.

Kesempatan ini juga Saya beserta seluruh warga PERTIGA dan Mat2 rempit ingin mengecam sekeras-kerasnya kenyataan yang dilakukan oleh Ng Weng Aik iaitu setiausaha sulit kepada Ketua menteri PP, yang mengatakan bahawa penganjur adalah "samseng jalanan". Kita merupakan Pertubuhan Islam Gabungan Amal, kita mendengar rintihan para remja ini dan melakukan Demo Aman untuk menyerahkan memorandum dan tiada vandalisma yang berlaku tiada kerosakan harta benda yang dilaporkan. Yang berlaku cuma Demo Aman serta tunjuk tanda protes dengan membunyikan hon. Jika ini dianggap "Samseng Jalanan" maka saya dengan tegas menyatakan bahawa Ng Weng Aik perlu memohon maaf secara terbuka. Ng Weng Aik perlu belajar untuk menghormati institusi2 Pertubuhan bukan kerajaan ini. Terutama Pertubuhan2 Islam ini.


Selain itu didalam Sinar Harian pula bertarikh 2/11/2011BIL 1875 ms U5, Ketua Menteri PP berkata:

”Saya ada terima banyak maklum balas daripada beberapa pihak yang tidak setuju dengan perhimpunan itu serta terkejut kerana mat rempit sudah berani mencabar kerajaan negeri”.


Apa maksud beliau apabila berkata demikian, bukankah mat2 rempit ini juga rakyat Malaysia bukankah mat2 rempit ini pengundi2 untuk PRU 13. Kata2 Ketua Menteri PP itu seolah memperlekehkan mereka2 ini.
Sebagai Ketua Menteri sepatutnya mendengar rintihan akar umbi bukannya memperlekehkan mereka ini.

Kita juga akan mengesyorkan kepada Kerajaaan Pusat, Kerajaan Negeri serta Media Massa dan Media Cetak agar jangan di gunakan lagi istilah Mat rempit. Istilah Mat rempit ini harus ditukar kepada satu istilah yang lebih manis disebut dan didengar. Akan kami umumkan istilah yang baru ini di program Karnival Zero Rempit kami yang akan datang.






Menuju ke arah Zero Rempit. Tidak pada Rempit.



*BERIMAN*TAAT SETIA*BEBAS DADAH*



Sabaruddin Ahmad
Presiden
Paduka Ayahanda Pengasas UTAMA
Pertubuhan Islam Gabungan Amal (PERTIGA)





- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment