Kesesakan ini berlaku kerana Cameron Highland dibanjiri dengan Jemaah Pertiga dari seluruh pelusuk Malaysia. Pertiga telah mengadakan Majlis Jamuan Makan Malam Mesra Bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Devamany. Turut Hadir pada jamuan tersebut adalah Paduka Ayahanda Mahaguru Terulung Tan Sri Dato' Wira Haji Omardin Bin Mauju, Presiden Pertiga Malaysia, Timbalan Ketua Bahagian MIC Cameron Highland, Pengerusi JKKB Kg Raja, ahli-ahli Pertiga dari seluruh pelusuk Malaysia dan penduduk setempat.
Pertiga turut meraikan pasangan pengantin dari Pulau Pinang iaitu Kekanda Arafat yang baru diijab kabul dengan pasangannya.
