Showing posts with label Perhimpunan. Show all posts
Showing posts with label Perhimpunan. Show all posts

Saturday, 30 June 2012

Zero Maksiat : Kuasa Menentukan Bangsa




Keratan akhbar The Star 30/6/2012





Keratan akhbar Sinar Harian 30/6/2012

Berikut di bawah adalah beberapa usul yang telah dicadangkan kepada Jabatan Agama Islam seluruh Negara:


Demi masa
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan
nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan
nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran


Demi Zat Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, Selawat dan Salam keatas Rasulullah SAW, dengan ini Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) Malaysia menghantarkan Memorandum ini adalah bertujuan menegakan Amar Makruf, Nahi Mungkar – Kearah Zero Maksiat dengan mengemukakan kesan-kesan negatif terhadap kegiatan berbagai jenis maksiat yang berleluasa di Negara ini.

Keadaan ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin agar kesucian Islam yang kita banggakan terpelihara sebagaimana yang diamanahkan oleh Allah SWT serta akhlak masyarakat terpelihara sebagaimana yang disaran oleh Rasulullah SAW dapat dikekalkan mengikut lunas-lunas Islam yang sebenarnya.

Siapa lagi yang boleh diharapkan untuk membela Islam…. kalau tidak orang-orang Islam itu sendiri.

Apakah kita perlu menunggu murka Allah (bala) baru hendak bertindak…..

Jangan biarkan masyarakat yang akan datang menyalahi kita kerana membiarkan gejala keruntuhan iman dan akhlak yang akan mereka warisi nanti, telah menjadi sebati dijiwa-jiwa mereka.

Kita perlu bertanggungjawab sepenuhnya keatas apa yang sedang berlaku sekarang demi agama, bangsa dan tanah air. Allah Maha Melihat akan gelagat-gelagat kita.

Disamping itu Pertiga Malaysia juga mengemukakan usul-usul untuk menangani kesan-kesan yang dimaksudkan. Oleh itu Pertiga Malaysia memohon kerjasama sepenuhnya dari semua Jabatan Agama Islam diseluruh Malaysia bertindak tegas mencegah dan membenteraskan berbagai-bagai jenis maksiat yang berleluasa yang berlaku disegenap ceruk rantau di Negara ini berlandaskan undang-undang sedia- ada yang telah diperuntukan oleh Kerajaan.

USUL

Usul yang dicadangkan adalah berasaskan “mencegah dan menguatkuasa undang-undang yang diperuntukan dengan tegas dan secara menyeluruh”. Diantaranya adalah :


1. Kiosk khas (pondok) Di Kawasan Hitam Diseluruh Negara

Bagi menangani gelaja maksiat ini, suatu kiosk atau pondok khas perlu dibina dikawasan hitam diseluruh Negara bertujuan memantau aktiviti remaja terutamanya dimalam hari. Petugas khas perlu diletakkan bagi pemantauan tersebut.


​2. ​ Kempen “Jabatan Agama - Mesra Rakyat”

Suatu kempen “Jabatan Agama - Mesra Rakyat” perlu dilancarkan bagi memberi kesedaran dan kewajipan kepada semua masyarakat untuk mengambil bahagian dalam menangani masalah maksiat ini.

​3. Talian Bebas Tol

Semua Jabatan Agama perlu mengadakan Talian Bebas Tol untuk memberi kemudahan kepada masyarakat membuat laporan tentang maksiat yang berlaku dipersekitaran mereka.

​4. Tubuhkan “Rakan – Jabatan Agama”

Semua Jabatan Agama disaran menubuhkan Rakan – Jabatan Agama bagi memberi peluang kepada masyarakat mengambil bahagian dalam apa jua program yang bakal diadakan oleh semua Jabatan Agama Islam diseluruh Malaysia.

Tersebut di atas adalah cadangan usul yang telah dinyatakan di dalam memorandum kepada Jabatan Agama Islam seluruh Negara dismaying usul-usul yang lain untuk tatapan serta pengetahuan orang ramai.


Jadikan masalah Agama adalah masalah bersama. Sama-sama kita berganding bahu bagi mencegah dan membenteraskan masalah maksiat ini secara lebih serius. Demi agama, bangsa dan tanah air kita cuba sedaya mungkin agar “Amar makruf, Nahi Mungkar – Kearah Zero Maksiat” ini dapat dicapai terutamanya menjelang bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini.

Pertiga Malaysia sentiasa terbuka untuk berkerjasama dengan semua Jabatan Agama Islam diseluruh Malaysia dalam membenteraskan isu yang dibangkitkan… Insyaallah

Sekiranya kita mahu… insyaallah… Allah akan sentiasa memberi ruang untuk kita bertindak….

Hendak seribu daya… tak hendak seribu dalih…

Semoga Allah memberkati niat dan usaha kita…Insyaallah.


Hidup bersendi adat,
Adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah...
Adat bersaudara, saudara dipertahankan;
Adat berkampung, kampung dijaga;
Adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan...

- Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang -


-IMN-


- Posted using BlogPress from my iPad-

PERTIGA Terjah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang : Kuasa Menentukan Bangsa...




Syukur Alhamdulillah dengan limpah dan kurnia serta izinNya maka PERTIGA Malaysia telah berjaya Menyerahkan memorandum kepada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.

Semoga Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dapat menimbang serta mengambil tindakan sewajarnya menjelang bulan Ramadhan ini menuju ZERO Maksiat. Penyerahan memorandum itu juga bukanlah hanya di Pulau Pinang malah Gelombang ini ditiupkan ke seantero Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak...

Kempen Zero Maksiat-Press Statement Kempen ZERO Maksiat...
Hadir bersama adalah Paduka Pengasas Utama merangkap Presiden PERTIGA Malaysia Sabaruddin Ahmad, Pengerusi Institusi Ayahanda PERTIGA Malaysia Ayahanda Pengasas Izuddin imnVip, Setiausaha Institusi Ayahanda Pertiga Malaysia Ayahanda Pengasas Mie Kelantan Dan Pengerusi Institusi Kekanda PERTIGA Malaysia Kekanda Zul...



- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, 20 June 2012

Program YAB TPM Bersama NGO-NGO Melayu

USM Pulau Pinang, 16hb Jun Pertiga telah dijemput untuk memeriahkan Program NGO-NGO bersama YAB Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Dengan tidak menghampakan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, kehadiran kontijen Pertiga  yang seramai 1000 orang telah berjaya memenuhkan 1PER3 dewan perhimpunan tersebut. Kontijen Pertiga juga hadir dengan semangat dan disiplin yang tinggi.

 Barisan Pertiga Berkumpul di perkarangan Dewan Syed Putra, USM

 Berarak masuk ke Dewan Syed Putra di mana majlis diadakan

 YAB TPM Muhyiddin Yassin Bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri ,Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

 Barisan Paduka dan Ayahanda Pertiga

 Barisan Kekanda dan Ahli Pertiga

 Barisan Kekanda dan Ahli Pertiga

Tahniah kepada semua ahli Pertiga yang hadir!!