Showing posts with label mp3. Show all posts
Showing posts with label mp3. Show all posts

Friday, 19 December 2014

Konvensyen Institusi Kekanda Per3 Malaysia Kali-1






Alhamdulillah...
Syukur kehadrat illahi Konvensyen Institusi Kekanda Per3 Malaysia Kali-1 bertemakan Transformasi Satu Perjuangan ini telah berjalan dan direalisasikan dengan berjaya.


Kehadiran tidak kurang dari 400 peserta barisan kepimpinan KEKANDA Per3 Malaysia dan juga dengan hadirnya Jemaah Per3 Malaysia dan juga para jemputan dari Majlis Ikhwan yang lain. Per3 Malaysia telah berjaya memenuhi Dewan Kompleks Lincah Mahaguru Omardin berkapasiti 1000 orang.

Perasmian majlis Konvensyen tersebut telah dizahirkan oleh Pendekar Negara Malaysia YM Mahaguru Tan Sri Dato Wira Hj Omardin bin Mauju, turut hadir memeriahkan suasana adalah YB Dato Senator Megat Zulkarnein Ahli Dewan Negara, Paduka Pengasas Utama Dato Sabaruddin Ahmad Presiden Per3 Malaysia, Paduka Pengasas Azhar Othman@Awie, Paduka Panglima Pengasas Ayahanda Izuddin Merican Noordin Pengerusi Institusi Ayahanda Per3 Malaysia, Paduka2 Pengasas, Ayahanda2, KEKANDA dan tetamu jemputan Khas.




Awal Bismillah pembuka bicara juga telah memanaskan majlis ucapan daripada Pengerusi Pengelola Paduka Pengasas Panglima Izuddin Merican Noordin dan disambut pula ucapan dasar oleh Presiden Per3 Malaysia.



YB Dato Senator pula telah memberikan kata2 nasihat serta menceritakan pengalaman beliau selama Ini. 

Ucapan yang dinantikan telah menaikan semangat para hadirin oleh YM Mahaguru Tan Sri seraya menzahirkan Perasmian Konvensyen Institusi Kekanda Per3 Malaysia.

Kesempatan majlis Ini juga Presiden Majlis Pendekar Malysia YM Tan Sri telah menganugerahkan Paduka Pengasas Taiyib dengan gelaran Panglima

Lembaga Pengasas Per3 Malaysia setelah bermesyuarat telah satu hati mengiktiraf YM Mahaguru Tan Sri sebagai Bapa Perjuangan Malaysia alaf Ini.

Konvensyen telah berehat sebentar memberi kalian pada azan maghrib. 

Sessi kedua Konvensyen pihak pengelola telah meletakan setiap Paduka Pengasas untuk memberi penerangan mengenai bidang tugas serta harapan Per3 Malaysia dibawah tajuk Projek Penerangan bertemakan Transformasi Satu Perjuangan.





Semoga akan ada lagi Program2 sebegini yang dapat membentuk sahsiah diri dan rasa cintakan Negara Generasi Gen-y kita sedikit sebanyak.

Aminnn aminnn ya Robb...






-mp3-



Thursday, 17 July 2014

Hackers' dunia serang laman web Israel

Dipetik dari,
Astro Awani | Kemas kini: Julai 17, 2014
(Diterbitkan pada: Julai 17, 2014 08:15 MYT)



Laman web Israel digodam;
Salah satu laman web yang digodam oleh pasukan yang dikenali sebagai 'MST-MalaysiaSecurityTester'.

KUALA LUMPUR: Kekejaman rejim Zionis Israel yang kononnya mempertahankan diri tetapi mensasarkan serangan ke atas orang awam di Gaza turut mendapat kecaman pasukan penggodam siber dunia.

Hackers dunia bersatu dalam serangan ke atas beberapa laman Web Israel melalui misi yang digelar "#OpSaveGaza".

Ribuan laman web milik Israel sudah berjaya digodam oleh Anon Ghost, sebuah pasukan siber yang menghimpunkan hackers dari seluruh dunia.

Serangan telah dimulakan sejak 1 Julai lalu dan sehingga hari ini dikatakan lebih 2,000 laman web termasuk yang dimiliki oleh Israel berjaya digodam.

Ada juga laman web yang mempunyai mesej bahawa ia telah digodam oleh pasukan yang dikenali sebagai ‘MST – MalaysiaSecurityTester’.

Menurut laman web zone-h.org, setakat ini 1,208 laman web telah digodam oleh 'MST – MalaysiaSecurityTester', 90 adalah laman web Israel.

Laman yang digodam akan diletakkan hashtag #OpSaveGaza dan lagu perjuangan Palestin sebagai latar bunyinya.

Serangan penggodam dikatakan hanya bertumpu kepada laman web dengan nama domain berakhir “.co.il”.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/hackers-dunia-serang-laman-web-israel-40002?cp


-MP3-

Saturday, 5 July 2014

Perginya Seorang Biduanita

KUALA LUMPUR: 


Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 akibat jangkitan pada paru-paru.

Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.

Namun sejak usia lapan bulan lagi, Kak Pah mula dijaga serta dibesarkan oleh neneknya, Tengku Wan Mariam Tengku Wan Tahir serta datuknya, Syed Sahil Syed Ali Al-Jufry, di Majidee, Johor Bahru.

Datuknya seorang pemandu teksi dan kehidupan mereka keluarga bukanlah senang. Kak Pah sewaktu kecil pernah mengambil upah menggiling cili dan menjual buah nangka serta kuih.

Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.

Kak Pah menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.



Suara Pertiga : Al Fatihah


-imn-

Sunday, 29 June 2014

Presiden Per3 Msia : Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak


Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirrahim...



Presiden Pertiga Malaysia lewat petang tadi di ketemui di kediaman beliau ingin mengucapkan Selamat Menyambut kehadiran Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh warga Pertiga Malaysia dan Selamat menjalani ibadah Puasa yakni rukun Islam kita yang ketiga...

Mudah-mudahan akan perolehi keampunan, keberkatan hidup serta rahmat dari Allah SWT.  Beliau juga berdoa pada semua warga PERTIGA khasnya dan amnya pada Umat Islam agar mendapat ganjaran berganda-ganda serta redha dariNya.

InsyaAllah, Pertiga Malaysia akan meneruskan cara tahunan di bulan Ramadhan iaitu Program Ihya Ramadhan dan Sumbangan Amal, Konvoi Ramadhan dari masjid ke masjid serta Program Jom Sahur.

Akhir kata dari beliau  marilah sama2 kita memeriahkan bulan Ramadhan ini dengan Amal Jariah.


~Ikhlas~Sabar~Jujur~


-mp3-










Monday, 23 June 2014

Kalimah Allah!!!

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...

Setelah selesai perbicaraan kemenangan berpihak kepada umat islam...
Kalimah Allah tetap menjadi milik umat islam...takbir...!!!!


Per3 Wilayah Persekutuan telah hadir bersama2 ahli Per3 untuk berada di putrajaya bagi menunggu keputusan bagi pengunaan kalimah Allah.


Sebahagian daripada ahli Per3 serta NGO yang lain bersama2 menunggu keputusan di perkarangan Mahkamah.


Paduka Ayahanda Rosli bersama2 jemaah Per3.


Ditemuramah dengan wartawan aris Perdana...




-imn-

Suara PERTIGA kata:  Alhamdulillah, syabas per3 Wilayah Persekutuan

Paduka Pengasas Terjah Ipoh

Paduka Pengasas Per3 Malaysia telah ke Ipoh berjumpa dengan jemaah di Ipoh, Perak untuk bertanya khabar serta mengariskan kembali jemaah disana bagi tujuan penyatuan di Ipoh.

Alhamdulillah semula berjalan dengan lancar dengan hadirnya Paduka Pengasas Hj Lah komando merangkap Timbalan Pengerusi Institusi Ayahanda Per3 Malaysia, Paduka Pengasas Zali dan Paduka Pengasas Lan. Ayahanda Awie  bersama2 dengan jemaah di Ipoh telah menyambut kedatangan Paduka Pengasas.


-imn-

Suara pertiga kata: Semoga akan ada transformasi.  

Saturday, 21 June 2014

Presiden Pertiga Malaysia Gegar World Martial Arts

21/06/14
Kuala Lumpur



Presiden Pertiga Malaysia Paduka Pengasas Utama Ayahanda Sabaruddin Ahmad bersama2 Exco Majlis Pendekar Malaysia #MPM hari ini bermesyuarat bagi menjayakan 1st World Martial Art Warrior Assembly di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin #KLMO.


Hadir mempengerusikan Mesyuarat tersebut adalah Pendekar Negara Malaysia merangkap Presiden MPM YM Mahaguru Tan Sri Omardin Bin Mauju dan Senator Dato Megat Zulkarnein SETIAUSAHA PESAKA juga turut hadir.  Antara lain telah membincangkan mengenai aturcara, tarikh serta tempat pelaksanaan program tersebut.

Suara Pertiga Kata: Semoga majlis ini ber jalan dengan lancar dan mendapat izin dan redha dariNya InsyaAllah.


-imn-

Panggilan Maut Tengah Malam

Panggilan maut tengah malam

Oleh Omar Osman

Sungai Petani : Seorang pemuda yang sedang menunggang motosikal maut selepas ditembak tiga das di bahagian dada oleh dua lelaki di Taman Songket, Batu 2 Jalan Kuala Ketil, di sini, malam ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, M Gurubaran, 23, dari Taman Keladi, di sini maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian dada.

Difahamkan, mangsa pergi ke taman perumahan berkenaan seorang diri selepas menerima panggilan daripada rakannya meminta mangsa datang ke situ.

Foto
MANGSA ditembak di dada oleh dua lelaki di Taman Songket, Sungai Petani, malam ini. FOTO Omar Osman

Jurucakap polis berkata, sebaik mangsa tiba di taman perumahan itu, dia terus ditembak tiga das di bahagian dada oleh dua lelaki yang menaiki motosikal.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/21

hmetro.com.my

Suara Pertiga kata:  Apa dah jadi Malaysia ni...

Road Tour Paduka Pengasas-DAY 3

Road Tour Paduka Pengasas Per3 Malaysia.
DAY 3
Senawang, Negeri 9.
Minum pagi sblm meneruskan perjalanan ke Johor Bharu






 Selamat Datang ke Senai


Hujan lebat hujan rahmat menyambut kedatangan Paduka Pengasas ke bumi Johor Darul Takzim.  Luaskan Kekuasaan Mu.


Setibanya di Johor Bharu.  Paduka Pengasas dijamu dengan minuman petang.

Perjumpaan dan Mesyuarat Paduka Pengasas bersama2 barisan kepimpinan Per3 Negeri Johor...







-mp3-

Paduka Pengasas Per3 Malaysia Siap Sedia Jelajah

#throwback


Assalamualaikum...
Bismillahirahmanirrahim,

Road Tour Pertiga Malaysia pada 1 hingga 4hb Mei nanti akan ke Kuala Selangor, Seremban dan Johor Baru. Mesyuarat Khas dan beberapa program telah dirancang dengan negeri-negeri bersama Paduka Pengasas Pertiga Malaysia dan Kepimpinan Pertiga negeri.

~IKHLAS~SABAR~JUJUR~
 





Wednesday, 18 June 2014

Sedih: Suami Cuci Tempat Kemalangan Ngeri



KUALA LUMPUR – Seorang suami terpaksa menahan sebak sambil mengutip sendiri beberapa organ dalaman isterinya yang berselerakan di atas jalan selepas mangsa maut digilis sebuah lori pasir dalam kejadian di Taman Segar, Cheras di sini semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, Mohd. Hafiz Ab. Rahman yang menunggang motosikal dalam perjalanan menghantar isterinya, Noorshah Ahmad, 34, ke tempat kerjanya dari rumah mereka di Taman Seri Budiman, Mahkota Cheras dekat sini.


Noorshah bekerja sebagai kerani di sebuah kedai roti di Taman Shamelin.

Menurut Hafiz, kemalangan yang meragut nyawa isterinya itu berlaku berhampiran pusat beli-belah Cheras Leisure Mall dan keadaan lalu lintas ketika itu sesak menyebabkan dia menunggang motosikal dengan menyelit antara kenderaan lain yang melalui jalan itu.

“Namun sebaik tiba di tempat kejadian, saya yang menunggang motosikal terpaksa melalui di celah sebuah lori membawa muatan pasir dan sebuah kereta Mercedes-Benz berwarna perak.


 “Kereta yang dipandu oleh seorang lelaki warga emas berusia lingkungan 60-an itu tiba-tiba menghimpit motosikal saya dan isteri sehingga menyebabkan kami terjatuh ke bawah lori yang bergerak itu,” kata Hafiz ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur di sini semalam.

Hafiz yang tidak bekerja kerana sedang menuntut agama di sebuah madrasah di Seri Petaling dekat sini berkata, dia sempat menyelamatkan diri dengan merangkak keluar dari bawah lori tiga tan itu.

Katanya, sebaik terselamat dia menoleh ke belakang untuk melihat nasib isterinya dan tanpa disangka tubuh isterinya cedera teruk kerana digilis salah satu tayar lori tersebut.

“Saya tidak dapat berbuat apa-apa selain berlari ke jalan dan mengutip organ dalaman isteri saya seperti jantung, hati dan paru-paru yang berselerakan di atas jalan,” kata Hafiz dengan nada sedih.

Cerita Hafiz lagi, pemandu lori berusia 33 tahun berkenaan telah berhenti bagi memberi bantuan manakala kereta Mercedes-Benz itu lari meninggalkan lokasi kejadian.

Jelasnya, mereka yang sudah beberapa tahun mendirikan rumah tangga dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd. Adam Mishary berusia enam bulan.

Pegawai Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Markandan Subramania mengesahkan kejadian itu dan sehingga petang semalam pemandu kereta tersebut belum membuat laporan polis. - Kosmo



SUAMI BERSIHKAN TEMPAT KEMALANGAN NGERI ISTERI YG MAUT AKIBAT DIGILIS LORI PASIR

Jalan cerita.
1. Penunggang motorsikal cuba mengelak dari kereta Merds yang menghimpit di laluannya.
2. Masa tengah mengelak tu la yang terjatuh atas jalan.
3. Bila terjatuh tu la lori pasir yang kat belakang motor tu melanggar.
4. Insiden tersebut menyebabkan isteri maut di tempat kejadian akibat digilis lori. Suami pula terselamat sebab jatuh di antara celah tayar lori pasir. Dia sempat loloskan diri dari bawah lori. Lepas loloskan diri, tengok isteri dia pula maut serta merta di tempat kejadian. Lori pasir yang melanggar isteri dia berhenti untuk hulurkan bantuan.
5. Pemandu Mercs pula cabut lari lepas buat naya kat orang.
6. Penunggang motorsikal yang terselamat tue terus buka baju dan tutup mayat isteri dia. Kemudian bersihkan kawasan kemalangan. Kutip organ2 dan daging2 isteri yang berterabur atas jalan. Ya Allah sebaknya. 
7. Mereka berkahwin untuk beberapa tahun dan dikurniakan seorang anak yang baru berusia 6 bulan.
8. Norshah Ahmad, berusia 35 tahun. Seorang kerani di kedai roti di Taman Shamelin. Kejadian berlaku ketika suami menghantar isteri ke tempat kerja.
9. Muhammad Hafiz Abdul Rahman, berusia 28 tahun suami kepada arwah Norshah tidak bekerja sebab masih menuntut agama di salah sebuah tahfiz pengajian agama. Sedang belajar la senang cakap.
10. Tempat kejadian tu sempit disebabkan nak bina laluan MRT. Ini pun silap juga pihak pengurusan MRT. Kenderaan banyak, berpusu2 pula tu. Patutnya tahap keselamatan perlu dipertingkatkan kat laluan ini. 
Aku harap polis boleh menjejaki pemandu MERCE yang tak bertanggungjawab itu. Dan satu lagi. Motor2 kecik neh pun susah juga. Kenderaan2 besar atas jalan kadang2 buat jalan macam dorang yang punya sampai lupa yang ada juga orang bergerak guna motor.. rasa tak selamat sebenarnya bergerak atas jalanraya yang penuh lori sana sini. Sumber: Ondscene

MP3 -  Innalillahiwainnaialaihirojiun...
Semoga beliau tabah dgn ujian dari Allah, dan Semoga allah menempatkan isteri beliau bersama-sama orang-orang yang beriman amin.

Wassalam, Wa'allahhualam,

*tribute blogtauhusumbat

Tuesday, 17 June 2014

Program Gotong Royong

#throwback

Program Gotong Royong di perkarangan Masjid Tuan Guru Tanjong Tokong bersama TKM 1 Pulau Pinang.

Per3 Malaysia turut serta bagi memeriahkan lagi program ini.