Tahniah PER3!!!! PER3 penentu masa depan negara.
Showing posts with label Surat Khabar. Show all posts
Showing posts with label Surat Khabar. Show all posts
Tuesday, 14 February 2012
Sunday, 29 January 2012
Sinar Harian: Himpun terus anjur program martabat Islam
Timbalan Pengerusi Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah (Himpun), Abdullah Zaik Abd. Rahman berkata, tanpa kekuatan dan kejituan akidah, mereka akan mudah dipengaruhi khususnya membabitkan pertukaran agama.
"Isu kekurangan roh menghayati ajaran Islam dan mudah terikut-ikut atau meniru budaya songsang yang sengaja diterap ke dalam masyarakat oleh pihak tidak bertanggungjawab merupakan jalan mudah umat Islam dipesongkan.
"Tambahan pula ketiadaan undang-undang yang khusus mengenai murtad membolehkan pihak tertentu tidak takut untuk menyusup dan mengalih perhatian umat Islam untuk mengubah agama," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Himpun Peringkat Pulau Pinang di Pusat Budi Penyayang, di sini, hari ini.
Beliau yang juga Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) berkata, walaupun majoriti umat Islam di negara ini tetap berpegang pada prinsip tiada istilah tawar menawar untuk melindungi akidah daripada dicemari tetapi ia terus berlaku akibat iman tidak kukuh.
"Istilah Kristianisasi sepatutnya difahami bahawa ia menjurus ke arah memurtadkan umat Islam dan sebagai anggota masyarakat kita menentang keras usaha ini.
"Kita tidak menentang penganut agama Kristian tetapi apa yang diperjuangkan kerana mereka cuba merosakkan umat Islam iaitu menjadi murtad," katanya.
Menurutnya, tiada agenda politik yang dibawa oleh Himpun sebaliknya mengajak semua umat Islam bersatu dan bernaung di bawah satu akidah. Ini kerana sebagai anggota masyarakat mereka mempunyai kewajipan untuk mempertahankan kesuciannya.
Sementara itu, pada sidang media kemudiannya, Abdullah Zaik sekali lagi menegaskan, Himpun akan diteruskan untuk memberi penerangan berkaitan isu dan gejala membabitkan kecelaruan akidah umat Islam mutakhir ini.
"Kita tidak pernah berkompromi atau tolak ansur dengan mana-mana pertubuhan sama ada politik atau tidak kerana isu ini merupakan isu sejagat dan tidak sesuai untuk dipolitikkan.
"Sebaliknya mereka dijemput untuk sama berganding bahu dengan Himpun untuk berbincang dan mencari jalan dan pendekatan terbaik menghalang gejala murtad," katanya.
Beliau juga tidak mahu mana-mana pihak memandang sinis dan menganggap isu yang diutarakan melalui Himpun itu sebagai remeh dan mempunyai agenda tersembunyi.
"Nawaitu kita ikhlas untuk menyedarkan orang ramai di luar sana khususnya umat Islam bahawa akidah mereka perlu dipertahankan kerana ia adalah benteng untuk mengukur tahap keimanan seseorang.
"Jika sanggup menukar agama hanya atas alasan yang remeh seperti jatuh cinta dengan kaum lain, ini bermakna benteng iman mereka gagal dipertahankan. Jika ini berterusan tidak mustahil Islam hanya akan tinggal nama," katanya.
Sumber:Sinar Harian
Friday, 27 January 2012
Utusan Malaysia: Melayu perlu bangkit, bersatu
Pengasas Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga), Sabarudin Ahmad berkata, walaupun perkara itu sukar untuk diterima, namun hakikatnya ia berlaku di negeri itu.
"Apa yang saya katakan ini mungkin mengejutkan. Di sebuah masjid di Permatang Pauh, satu kumpulan yang fahaman politiknya berbeza tidak menunaikan solat di situ dan begitulah sebaliknya.
"Begitu juga di Balik Pulau, ketika sambutan Hari Raya Aidiladha, umat Islam tidak bersama-sama melakukan ibadat korban kerana perbezaan politik," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omardin Mauju bahawa orang Melayu di negeri ini bakal terjerumus ke ambang kehancuran jika masih berpecah-belah dan bertelingkah sesama sendiri.
Mengulas lanjut Sabarudin berkata, disebabkan pertelingkahan secara terbuka dan serius itu, ia telah membuka peluang kepada pihak lain untuk mengambil kesempatan termasuk mempersoalkan sejarah dan asal usul kaum itu.
"Sehubungan itu, saya mewakili Pertiga menyeru orang Melayu khususnya di negeri ini supaya hentikan pertelingkahan. Sedarlah bahawa kita kini sudah menjadi minoriti.
"Jika dalam keadaan ini kita masih mahu berpecah-belah, apa lagi yang boleh kita banggakan dan wariskan kepada anak cucu nanti," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Aminah Abdullah berkata, sudah sampai masanya orang Melayu di negeri ini menilai kembali sokongan mereka kepada pihak tertentu.
"Saya minta mereka renung sedalam-dalamnya perkara ini. Jangan lagi kita terpedaya dengan janji-janji manis pihak tertentu dan berterusan bergaduh sesama sendiri sehingga kampung tergadai.
"Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah bersatu atas nama Islam dan Melayu. Kalau kaum lain boleh berbuat demikian, kenapa kita tidak?" soalnya.
Sumber: Utusan Malaysia
Thursday, 26 January 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)


