Showing posts with label Perlancaran. Show all posts
Showing posts with label Perlancaran. Show all posts

Saturday, 7 June 2014

Per3 Catat Sejarah

Hari ini dalam Sejarah 10 Februari 2013 apabila Per3 Malaysia di bawah Presiden Paduka Ayahanda Utama Sabaruddin Ahmad telah mengilhamkan Media Per3 untuk menyelia hal ehwal alam maya atau media baru bagi bersaing sama dengan organisasi yang lain. Ini satu pembangunan yang pesat dimana Media Per3 ( mp3 ) telah berada di persada media massa baru yang membawa berita segar telus dan benar.

Kini mp3 telah berjaya dengan adanya media centre di mana crew mp3 akan beroperasi secara rasmi dengan alatan yang lengkap serta mempunyai galeri mp3 yang memaparkan gambar2 serta bulletin suara pertiga.

Kini Per3 Malaysia bole dihubungi di alam maya melalui FB,  twitter dan blog.

Facebook:
Pertiga HQ, Pertiga HQ II, dan Suara Pertiga. 

Twitter:
Per3 HQ

Blog:
per3hq.blogspot.com

Media Centre ini telah dirasmikan oleh Paduka Ayahanda Awie jugs dihadiri oleh speaker Negeri Pilau Pinang Dato Halim.

-imn-

#throwback
#mp3
#mp3r
#mp3net

Tribute to Media Per3 (mp3)

Terima kasih kepada team Media Per3      (mp3) di atas komitmen serta kerja keras tanga mengenal erti penat  mahupun masa tidur. ..

Mp3 telah bertungkus lumus mengorbankan masa cuti serta masa bersama2 keluarga. Crew Mp3 telah berada di Negeri 9 share awal sebelum tibanya hari Pelancaran Per3 Negeri 9.

Alhamdulillah segala berjalan dengan lancar dan jayanya.

-imn-

#throwback 

Tuesday, 22 May 2012

Kuala Selangor Dilanda Hujan Ribut Serta Banjir Kilat

Sebenarnya Kuala Selangor bkn banjir kilat tetapi dibanjiri org ramai untuk sama-sama menyaksikan Majlis Pelancaran PERTIGA Negeri Selangor dan Penyampaian Watikah oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian Dan Asas Tani iaitu Datuk Mohammad Shafie Asnawi. Turut hadir adalah Tan Sri Mahaguru Hj Omardin Bin Mauju iaitu Paduka Ayahanda Tan Sri Mahaguru Terulung PERTIGA, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon, barisan Paduka Ayahanda Pengasas, barisan Paduka Ayahanda, barisan Ayahanda Pengasas, barisan Ayahanda, barisan Kekanda, barisan Kak Long Srikandi serta ahli Jemaah PERTIGA, tidak ketinggalan juga sahabat2 seperjuangan daripada pelbagai majlis hadir untuk memeriahkan lagi Majlis ini.



Sunday, 22 April 2012

Gegaran Kuat 8.7 Skala Richter Di Selangor

Apa dah jadi?


Alhamdulillah pada hari Sabtu 21hb April 2012 sejarah sekali lagi terlakar di mana pejabat Pertiga Selangor telah dirasmikan oleh Paduka Ayahanda Sabarudin Ahmad. Semoga perjalanan Pertiga dirahmati dan diberkati Allah, insyallah.





Friday, 27 January 2012

Utusan Malaysia: Melayu perlu bangkit, bersatu


PULAU PINANG 24 Jan. - Perpecahan orang Melayu di negeri ini menyebabkan ada yang tidak melaksanakan kewajipan secara bersama-sama sebagai umat Islam kerana perbezaan pendapat dan fahaman politik.

Pengasas Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga), Sabarudin Ahmad berkata, walaupun perkara itu sukar untuk diterima, namun hakikatnya ia berlaku di negeri itu.

"Apa yang saya katakan ini mungkin mengejutkan. Di sebuah masjid di Permatang Pauh, satu kumpulan yang fahaman politiknya berbeza tidak menunaikan solat di situ dan begitulah sebaliknya.

"Begitu juga di Balik Pulau, ketika sambutan Hari Raya Aidiladha, umat Islam tidak bersama-sama melakukan ibadat korban kerana perbezaan politik," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omardin Mauju bahawa orang Melayu di negeri ini bakal terjerumus ke ambang kehancuran jika masih berpecah-belah dan bertelingkah sesama sendiri.

Mengulas lanjut Sabarudin berkata, disebabkan pertelingkahan secara terbuka dan serius itu, ia telah membuka peluang kepada pihak lain untuk mengambil kesempatan termasuk mempersoalkan sejarah dan asal usul kaum itu.

"Sehubungan itu, saya mewakili Pertiga menyeru orang Melayu khususnya di negeri ini supaya hentikan pertelingkahan. Sedarlah bahawa kita kini sudah menjadi minoriti.

"Jika dalam keadaan ini kita masih mahu berpecah-belah, apa lagi yang boleh kita banggakan dan wariskan kepada anak cucu nanti," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Aminah Abdullah berkata, sudah sampai masanya orang Melayu di negeri ini menilai kembali sokongan mereka kepada pihak tertentu.

"Saya minta mereka renung sedalam-dalamnya perkara ini. Jangan lagi kita terpedaya dengan janji-janji manis pihak tertentu dan berterusan bergaduh sesama sendiri sehingga kampung tergadai.

"Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah bersatu atas nama Islam dan Melayu. Kalau kaum lain boleh berbuat demikian, kenapa kita tidak?" soalnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Thursday, 26 January 2012

Majlis Pertauliahan PER3 Malaysia

Alhamdulillah, pada tanggal 23 Januari 2012 Majlis Pertauliahan PER3 Malaysia Kali Pertama telah berlangsung dengan penuh istiadat dan gemilang. Detik bersejarah ini berlaku di Hotel Vistana Bukit Jambul, Pulau Pinang yang dihadiri oleh Barisan Tertinggi dari seluruh pelusuk tanahair.
Barisan Tertinggi PER3 Malaysia

Hadirin menyanyikan lagu Negaruku dan Inilah Barisan Kita

Ahli jemaah mendengar amanat Barisan Tertinggi

Ketua Polis Pulau Pinang ,Dato' Wira Ayob Haji Yaakob turut meluangkan masa bersama barisan tertinggi.

Paduka Ayahanda Mahaguru Terulung Tan Sri Dato' Wira Haji Omardin Bin Mauju menerima sijil pengiktirafan tertinggi PER3.

Sidang Media oleh Paduka Ayahanda Mahaguru Terulung Tan Sri Dato' Wira Haji Omardin Bin Mauju.

Pada tengahari pula Barisan Tertinggi PER3 Malaysia turut sama dengan tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat di Jamuan Tengahari PER3.
Barisan Tertinggi turut sama di Jamuan Tengahari PER3 

Paduka Ayahanda Awie dan Ayahanda Farid Kamil turut sama dengan tetamu kehormat

 Ketua Polis Pulau Pinang ,Dato' Wira Ayob Haji Yaakob bersama Paduka Ayahanda Mahaguru Terulung Tan Sri Dato' Wira Haji Omardin Bin Mauju.

Paduka Ayahanda Mahaguru Terulung Tan Sri Dato' Wira Haji Omardin Bin Mauju memberi sumbangan basikal 

Pada sebelah petang pula Mesyuarat  Institusi Ayahanda PER3 Malaysia telah berlangsung dengan penuh semagat oleh Barisan Tertinggi Ayahanda PER3 Malaysia.
 Barisan Ayahanda PER3 Malaysia

Barisan Ayahanda Pulau Pinang

Barisan Ayahnda Kedah

Barisan Ayahanda Perak

Barisan Ayahanda Selangor

Barisan Ayahanda Negeri Sembilan

Barisan Ayahanda Sarawak