Showing posts with label awie. Show all posts
Showing posts with label awie. Show all posts

Friday, 13 June 2014

Perasmian Pertiga Negeri Sembilan

Alhamdulillah...





Pelancaran Majlis Perasmian Per3 Negeri Sembilan telah berlangsung dengan meriah dan jayanya di bawah kepimpinan Paduka Ayahanda Dato Mustapha dan ahli jawatankuasa pengelola...



MP3 juga telah diberi kepercayaan untuk memastikan perjalanan yang licin dan teratur...

Ucapan Presiden Paduka Pengasas Utama Sabaruddin Ahmad,



Kehadiran tetamu vvip serta Pafika Awie telah mewarnai lagi majlis yang gilang gemilang ini.  Sebelum Upacara Perasmian, Mesyuarat KEKANDA telah berjaya di lakukan.  Beberapa perkara berbangkit sempat dbincangkan bersama2 Presiden Per3 Malaysia Paduka Pengasas Utama Ayahnda Sabaruddin Ahmad, Timbalan Presiden Per3 Malaysia Paduka Pengasas Awie, Pengerusi Institusi Ayahanda Malaysia Paduka Panglima Pengasas Izuddin, Presiden Per3 Negeri Sembilan Paduka Dato Mustapha.








Sebahagian daripada hasil sessi photography;




-mp3-

Thursday, 12 June 2014

Paduka Awie Kena Lagi???



Apa nk jadi dgn dunia ni... 
Sikit2 Awie... pukul bini pun Awie... Ni dengar2 pulak tk cukup dengan Zahidas Rafeekszzz, dia dok proceed dgn bini orang pulak...Cite ni pun dorg kait dgn Awie.



Kononnya PA kepada hubby (panggilan manja heheee) Zahidass Rafeekszzz ni dok ejass melalui SMS bini kepada Rockers terkenal ni... Sape pulak PA Pak Menteri ni oppps terlebih sudah... 
Mr Botak mengikut dari King Jason. Sape King Jason?? cari sendiri LAH...

Apa nk jadi??

Duit berlambak2 setinggi Gunung Kinabalu tapi nk sapu bini orang... Awat tkde pompuan lain dah ke? 
Phuiii bernanah dengar nak sapu bini orang dengar pun darah dok naik lift naik atas...

Apa pun Paduka Pengasas Awie Ikhlas Sabar Jujur... Biarlah apa orang nak kata, yang pasti cuma Awie sahaja yang tau cerita sebenar2nya...


-mp3-

Suara per3 kata patah sayap bertongkat paruh... Kita rempuh...

Tuesday, 10 June 2014

Perasmian Media Centre (MP3)

Alhamdulillah. ..

Hari ini dlm sejarah #throwback Perasmian Media Centre oleh Paduka Pengasas Awie di Trengganu Road, Penang.

Majlis telah berlangsung dengan meriah dan jayanya dihadiri oleh segenap lapisan. Tidak kurang dari 300 tetamu yang hadir memberi sokongan kepada Per3 Malaysia.  Per3 Negeri Sembilan juga turut hadir untuk memberi semangat dan sokongan padu.

Selain dari itu pihak mp3 juga telah menyediakan sumbangan  Al quran dan sejadah kepada jawatan kuasa masjid Kebun Lama.  Penduduk kampung berhampiran juga berpeluang bergambar dengan artis rock legend iaitu Paduka Pengasas Awie. Tidak ketinggalan juga kepada speaker Dewan Undangan Negeri Pilau Pinang Dato Halim yang turut hadir bagi memberi sokongan yang jitu.

Terima Kasih tak terhingga juga diucapakan kepada para tetamu serta mereka yang berusaha keras untuk menjayakan majlis ini.

MP3 - Melaporkan berita benar,  sahih dan  telus.  InsyaAllah...

~imn~

Saturday, 7 June 2014

Per3 Catat Sejarah

Hari ini dalam Sejarah 10 Februari 2013 apabila Per3 Malaysia di bawah Presiden Paduka Ayahanda Utama Sabaruddin Ahmad telah mengilhamkan Media Per3 untuk menyelia hal ehwal alam maya atau media baru bagi bersaing sama dengan organisasi yang lain. Ini satu pembangunan yang pesat dimana Media Per3 ( mp3 ) telah berada di persada media massa baru yang membawa berita segar telus dan benar.

Kini mp3 telah berjaya dengan adanya media centre di mana crew mp3 akan beroperasi secara rasmi dengan alatan yang lengkap serta mempunyai galeri mp3 yang memaparkan gambar2 serta bulletin suara pertiga.

Kini Per3 Malaysia bole dihubungi di alam maya melalui FB,  twitter dan blog.

Facebook:
Pertiga HQ, Pertiga HQ II, dan Suara Pertiga. 

Twitter:
Per3 HQ

Blog:
per3hq.blogspot.com

Media Centre ini telah dirasmikan oleh Paduka Ayahanda Awie jugs dihadiri oleh speaker Negeri Pilau Pinang Dato Halim.

-imn-

#throwback
#mp3
#mp3r
#mp3net

Tribute to Media Per3 (mp3)

Terima kasih kepada team Media Per3      (mp3) di atas komitmen serta kerja keras tanga mengenal erti penat  mahupun masa tidur. ..

Mp3 telah bertungkus lumus mengorbankan masa cuti serta masa bersama2 keluarga. Crew Mp3 telah berada di Negeri 9 share awal sebelum tibanya hari Pelancaran Per3 Negeri 9.

Alhamdulillah segala berjalan dengan lancar dan jayanya.

-imn-

#throwback