Bismillahirrahmanirrahim...
Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam,
Selawat dan salam bagi Nabi junjungan Nabi Muhammad SAW serta para-para sahabatnya dan kepada mereka yang mencontohinya sehingga hari kiamat nanti,
Kami menadah tangan dan bersyukur kepadaMu Ya Allah...
Di atas limpah dan kurniaMu yang tidak terhingga keatas kami sehingga kami dapat hidup dalam keadaan selesa, aman, damai dan harmoni...
Serta dapat melaksanakan tugas-tugas kami dengan sempurna di muka bumi Allah ini dan memohon agar jadilah Pertubuhan Islam Gabungan Amal ini satu Pertubuhan yang Engkau redhai dan berkati...
Jayakanlah segala usaha yang kami anjurkan,
KepadaMu Ya Allah kami pohonkan dan panjatkatkan keselamatan dan kesejahteraan kami...
Ya Allah, terimalah segala usaha dan khidmat bakti kami dengan sempurna dan dikira sebagai Amal ibadat kami kepadaMu jua...
Aminnn Aminnnn Ya Rabbal Ala Minnnnn...
Syukur alhamdulillah Pertubuhan Islam Gabungan Amal(Per3) telah di daftarkan dan mendapat kelulusan pada 5 hb Julai 2011, menandakan bahawa kini adalah satu Pertubuhan berdaftar dan iktiraf oleh kerajaan Malaysia.
Pada tanggal 30 Julai 2011 Pelancaran Per3 telah dapat di langsungkan di Dewan Usahawan Tekun USM dengan dihadiri tidak kurang daripada 3000 orang dari pelbagai lapisan dan golongan masyarakat yang menanti kehadiran Pertubuhan Islam alaf baru kesinambungan perjuangan masa kini. Per3 secara dasarnya adalah satu Pertubuhan Islam yang mengambil berat serta mempertahankan agama Islam dan bangsa Melayu tanpa menganggu gugat mana-mana agama dan bangsa yang lain.
Aspirasi kita amat jelas iaitu untuk memupuk kerjasama serta perpaduan sesama ahli Per3 khasnya dan masyarakat amnya. Sehubungan dengan itu Pertubuhan adalah serius apabila meletakan slogan ataupun motto pertubuhan iaitu * BERIMAN*TAAT SETIA*BEBAS DADAH *, ini merupakan satu pendekatan serta prinsip yang perlu untuk melahirkan pemimpin di masa hadapan.
Justeru itu juga secara tidak langsung kita mendokong amanat Dato Sri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia iaitu untuk memberi satu penekanan baru satu anjakan paradigma kepada Generasi Muda Belia ini untuk menuju ke gerbang masa depan dengan penuh keyakinan dan pengisian ilmu pengetahuan.
Harapan Serta matlamat yang diletakkan oleh Pertubuhan amat tinggi maka sokongan daripada semua pihak amatlah penting baik dari ahli pertubuhan, individu, badan kerajaan mahupun Pertubuhan Islam yang lain.
Semoga mendapat keredhaan dariMU Ya Allah...
Amin.
- Posted using BlogPress from my iPad
No comments:
Post a Comment