Showing posts with label Beriman. Show all posts
Showing posts with label Beriman. Show all posts

Friday, 16 September 2011

Farid Kamil ajak Merempit Cara Islam?




Farid Kamil ajak Merempit Cara Islam?

15 Sep 2011 3:31PM

Karnival Zero Rempit bersama Farid Kamil bakal menggegar Negeri Pulau Pinang yang memaparkan keunikan tersendiri menggunakan kemahiran dan bakat bermotosikal sambil beramal.
Satu keberanian yang ditampilkan oleh pihak penganjur yang merupakan sebuah badan NGO Islam iaitu Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) yang secara tidak langsung berdakwah dengan mengambil pendekatan menyediakan kegiatan/aktiviti amal dan kebajikan kepada masyarakat.
Karnival ini yang turut menampilkan Penyanyi Rock Lagenda Awie ini bakal berlangsung pada 17 September ini (Sabtu) pada jam 8 pagi sehingga 11 malam bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Balik Pulau.
Karnival ini juga menyediakan pelbagai pameran dan jualan daripada 30 kiosk terdiri daripada Jabatan Kerajaan dan Agensi Swasta. 

Selain daripada itu, terdapat beberapa pertandingan, diantaranya :-
1. Pertandingan Motosikal tercantik
2. Pertandingan lumba perlahan
3. Pertandingan basikal -track stand
4. Pertandingan basikal - Skip bicycle Drift
5. Pertandingan Karaoke (lagu ketuhanan)
6. Pertandingan Battle of the band (lagu ketuhanan)
7. Cabutan bertuah
8. Lain-lain lagi
Acara ini juga menawarkan cabutan bertuah dengan menampilkan hadiah utama 2X Motosikal LC 135. Turut ditawarkan sebuah TV Plasma 32'.
Bagi mereka yang berminat atau ingin mengetahui keterangan lanjut mengenai Pertandingan yang disediakan boleh menghubungi Mie - 017 545 5306 / Zul - 016 431 8836 / Farid 016 404 2080 atau Ayub 013 466 3344. 
Ayuh masyarakat Malaysia, kita gegar Pulau Mutiara memeriahkan Karnival ini sambil beramal.


Karnival Zero Rempit bersama Farid Kamil anjuran PERTIGA






Sekali lagi Pertubuhan Islam Gabungan Amal(PERTIGA) 
mengambil inisiatif berani apabila aktiviti demi aktiviti di rancang 
serta di rangka untuk menarik remaja-remajasekitar Pulau Pinang, 
Kedah Dan Perak untuk menyertai
Program Karnival Zero Rempit bersama FARID KAMIL.

Program ini dijadualkan :-

PADA. : 17 September 2011
LOKASI: Dewan MPPP Balik Pulau
MASA. : 8.30am - 11.00pm

Sehubungan dengan itu adalah di sarankan kepada Generasi Belia 
Muda untuk menyertai serta melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti
yang sihat sebegini.

Di samping aktiviti yang sihat ini, Paduka Pengasas Utama 
PERTIGA mempunyai objektif serta matlamat serampang dua 
mata apabila bukan sahaja telah mengariskan satu aktiviti yang 
sihat yang diminati ramai remaja malah mahu mengumpulkan
seberapa ramai Generasi Belia Muda untuk Mengeratkan lagi 
silaturahim diantara sesama sendiri juga dengan Pertubuhan-pertubuhan 
bukan kerajaan yang lain.

Untuk keterangan lanjut bolehlah berhubung terus ataupun 
mengisi borang yang disertakan di bawah ini.



Semoga PERTIGA menjalankan aktiviti yang sihat ini dengan berjaya.


Majulah sukan permotoran ini untuk Generasi Muda Belia, 
iaitu pemangkin pemimpin masa depan.








- Posted using BlogPress from my iPad-

twitter.com/pertigaHQ
facebook.com/PertigaHQ
pertigahq.blogspot.com

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.





KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah.


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dgn teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada ...hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU..

Amanat Paduka Pengasas



Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam,
Selawat dan salam bagi Nabi junjungan Nabi Muhammad SAW serta para-para sahabatnya dan kepada mereka yang mencontohinya sehingga hari kiamat nanti,
Kami menadah tangan dan bersyukur kepadaMu Ya Allah...
Di atas limpah dan kurniaMu yang tidak terhingga keatas kami sehingga kami dapat hidup dalam keadaan selesa, aman, damai dan harmoni...
Serta dapat melaksanakan tugas-tugas kami dengan sempurna di muka bumi Allah ini dan memohon agar jadilah Pertubuhan Islam Gabungan Amal ini satu Pertubuhan yang Engkau redhai dan berkati...
Jayakanlah segala usaha yang kami anjurkan,
KepadaMu Ya Allah kami pohonkan dan panjatkatkan keselamatan dan kesejahteraan kami...
Ya Allah, terimalah segala usaha dan khidmat bakti kami dengan sempurna dan dikira sebagai Amal ibadat kami kepadaMu jua...

Aminnn Aminnnn Ya Rabbal Ala Minnnnn...

Syukur alhamdulillah Pertubuhan Islam Gabungan Amal(Per3) telah di daftarkan dan mendapat kelulusan pada 5 hb Julai 2011, menandakan bahawa kini adalah satu Pertubuhan berdaftar dan iktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Pada tanggal 30 Julai 2011 Pelancaran Per3 telah dapat di langsungkan di Dewan Usahawan Tekun USM dengan dihadiri tidak kurang daripada 3000 orang dari pelbagai lapisan dan golongan masyarakat yang menanti kehadiran Pertubuhan Islam alaf baru kesinambungan perjuangan masa kini. Per3 secara dasarnya adalah satu Pertubuhan Islam yang mengambil berat serta mempertahankan agama Islam dan bangsa Melayu tanpa menganggu gugat mana-mana agama dan bangsa yang lain.

Aspirasi kita amat jelas iaitu untuk memupuk kerjasama serta perpaduan sesama ahli Per3 khasnya dan masyarakat amnya. Sehubungan dengan itu Pertubuhan adalah serius apabila meletakan slogan ataupun motto pertubuhan iaitu * BERIMAN*TAAT SETIA*BEBAS DADAH *, ini merupakan satu pendekatan serta prinsip yang perlu untuk melahirkan pemimpin di masa hadapan.

Justeru itu juga secara tidak langsung kita mendokong amanat Dato Sri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia iaitu untuk memberi satu penekanan baru satu anjakan paradigma kepada Generasi Muda Belia ini untuk menuju ke gerbang masa depan dengan penuh keyakinan dan pengisian ilmu pengetahuan.

Harapan Serta matlamat yang diletakkan oleh Pertubuhan amat tinggi maka sokongan daripada semua pihak amatlah penting baik dari ahli pertubuhan, individu, badan kerajaan mahupun Pertubuhan Islam yang lain.

Semoga mendapat keredhaan dariMU Ya Allah...

Amin.


- Posted using BlogPress from my iPad