Friday, 9 December 2011

PERTIGA di Cabar!!! Apakah Langkah PERTIGA Seterusnya ?


Pertubuhan Islam Gabungan Amal (PERTIGA) terus mendesak kerajaan Negeri Pulau Pinang agar segera memberi penjelasan terhadap pusat judi haram yang semakin berleluasa. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak PERTIGA namun masih sama.




Namun demikian harus di beri juga ucap tahniah dan syabas kepada pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) atas serbuan-serbuan yang dilakukan baru-baru ini.





Sebagai makluman juga, walau pihak PDRM telah giat melakukan operasi membanteras judi mesin kuda online ini namun masih kelihatan kedai mesin kuda seperti tidak mengendahkan usaha-usaha ini dan masih beroperasi dengan angkuhnya seperti biasa. Sebagai contoh terdapat dua kedai mesin kuda yang masih beroperasi seperti di bawah ini yang terletak di bawah Pejabat PERTIGA dan terdapat juga empat lagi kedai yang serupa di dalam kawasan yang sewaktu dengannya.




Media Massa banyak memainkan peranan dengan menyiarkan Berita mengenai pihak PERTIGA yang mengambil inisiatif dengan mengumpulkan bukti-bukti berbentuk gambar tentang operasi serta kedai-kedai yang bertopengkan kedai Internet itu. Apakah wajar kedai-kedai Internet ini bercermin gelap, pintu tertutup, dan Ada CCTV ataupun kamera litar tertutup. Jika mereka- mereka ini berniaga dengan cara yang sah disisi Undang-undang perlukah ada modus operandi seperti yang dinyatakan itu.





Terima kasih kepada media massa yang tidak putus-putus menyiarkan usaha PERTIGA di dalam Membanteras gejala sosial iaitu Judi haram yang berleluasa di seluruh Negeri Pulau Pinang. Picture speaks a thousand words, lihat lah keratan-keratan akhbar di bawah ini...










Juga diambil kira mereka ini umpama tidak gentar pada pihak berkuasa dan meneruskan juga operasi seperti biasa. Mereka ini umpama menCABAR usaha PERTIGA. Apakah ini semua wajar? Manakah kuasa yang diberikan pada pihak berkuasa sehingga mereka ini tidak ambil peduli. Siapa kah dalang-dalang yang berada di belakang mereka ini?

Usaha seterusnya PERTIGA telah bermesyuarat, ahli majlis tertinggi PERTIGA memutuskan Akan menghantar satu memorandum kepada Pengarah SPRM Pulau Pinang pada 16 hb Disember 2011 pada pukul 3

NGO-NGO lain adalah disarankan untuk bersama-sama di dalam usaha murni PERTIGA ini.




- Posted using BlogPress from my iPad

4 comments:

  1. tahniah dan syabas atas tindakan ayahanda din mami,dan rakan2 seperjuangan... teruskan perjuagan demi agama bangsa dan tanah tumpah...

    ReplyDelete
  2. teruskan perjuangan... perjalanan masih jauh... jgn berhenti separuh jalan.. :)

    ReplyDelete
  3. syabas,BERJUANGLAH SEIKHLAS HATI DEMI AGAMA,BANGSA,NEGARA DAN JANGANLAH BERJUANG KERANA MAHU NAMA(PUBLICITY).SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MEMBANTU HAMBA-NYA YANG BERADA DI JALAN-NYA.AMIN

    ReplyDelete
  4. To YIP KUM FOOK(LAWYER)…if you succeed in cheating someone, don't think that the person is a fool. realize that the person trusted you much more than you deserved
    By David Hua, Kepong

    ReplyDelete