Tuesday 17 June 2014

Program Memperkasakan Kekanda Per3 Malaysia

#throwback

Oktober 2013- Pulau Pinang



Institusi Ayahanda Per3 Malaysia mengambil satu langkah untuk memantapkan barisan kekanda Malaysia dengan mengadakan satu Program yang diberi nama Program Memperkasakan Kekanda Per3 Malaysia yang diketuai oleh Paduka Panglima Pengasas Izuddin Merican Noordin merangkap Pengerusi Institusi Ayahanda Per3 Malaysia.

Selama tiga hari  berselang seminggu ber jalan dengan Fasa 1, 2 dan 3. Program ini telah berjalan dengan lancar bagi membina motivasi,  semangat serta membentuk modal insan barisan kekanda Per3 Malaysia.

Paduka Pengasas Per3 Malaysia yang lain juga turut turun ke padang bagi menyuntik semangat serta memberi input untuk meneruskan amanat serta objektik dan matlamat Per3 Malaysia.  Tidak kurang dari 60 kekanda Per3 Malaysia yang hadir bagi menjayakan program ini.

InsyaAllah semoga akan ada program sebegini lagi dimasa akan datang. Syabas dan tahniah diucapakan kepada barisan Paduka Pengasas kerana menjayakan serta memberi input dalam program ini.  

Program ini tamat dengan bacaan Yasin kepada para Pejuang yang telah meninggal kan kita...

-imn-

No comments:

Post a Comment