Saturday, 5 July 2014
Perginya Seorang Biduanita
Sunday, 29 June 2014
Presiden Per3 Msia : Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
Saturday, 21 June 2014
Presiden Pertiga Malaysia Gegar World Martial Arts
Panggilan Maut Tengah Malam
Panggilan maut tengah malam
Oleh Omar Osman
Sungai Petani : Seorang pemuda yang sedang menunggang motosikal maut selepas ditembak tiga das di bahagian dada oleh dua lelaki di Taman Songket, Batu 2 Jalan Kuala Ketil, di sini, malam ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, M Gurubaran, 23, dari Taman Keladi, di sini maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian dada.
Difahamkan, mangsa pergi ke taman perumahan berkenaan seorang diri selepas menerima panggilan daripada rakannya meminta mangsa datang ke situ.
Foto
MANGSA ditembak di dada oleh dua lelaki di Taman Songket, Sungai Petani, malam ini. FOTO Omar Osman
Jurucakap polis berkata, sebaik mangsa tiba di taman perumahan itu, dia terus ditembak tiga das di bahagian dada oleh dua lelaki yang menaiki motosikal.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/21
hmetro.com.my
Suara Pertiga kata: Apa dah jadi Malaysia ni...
Road Tour Paduka Pengasas-DAY 3
DAY 3
Senawang, Negeri 9.
Minum pagi sblm meneruskan perjalanan ke Johor Bharu
Wednesday, 18 June 2014
Sedih: Suami Cuci Tempat Kemalangan Ngeri
Sebelum kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, Mohd. Hafiz Ab. Rahman yang menunggang motosikal dalam perjalanan menghantar isterinya, Noorshah Ahmad, 34, ke tempat kerjanya dari rumah mereka di Taman Seri Budiman, Mahkota Cheras dekat sini.
Noorshah bekerja sebagai kerani di sebuah kedai roti di Taman Shamelin.
Menurut Hafiz, kemalangan yang meragut nyawa isterinya itu berlaku berhampiran pusat beli-belah Cheras Leisure Mall dan keadaan lalu lintas ketika itu sesak menyebabkan dia menunggang motosikal dengan menyelit antara kenderaan lain yang melalui jalan itu.
“Namun sebaik tiba di tempat kejadian, saya yang menunggang motosikal terpaksa melalui di celah sebuah lori membawa muatan pasir dan sebuah kereta Mercedes-Benz berwarna perak.
“Kereta yang dipandu oleh seorang lelaki warga emas berusia lingkungan 60-an itu tiba-tiba menghimpit motosikal saya dan isteri sehingga menyebabkan kami terjatuh ke bawah lori yang bergerak itu,” kata Hafiz ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur di sini semalam.
Hafiz yang tidak bekerja kerana sedang menuntut agama di sebuah madrasah di Seri Petaling dekat sini berkata, dia sempat menyelamatkan diri dengan merangkak keluar dari bawah lori tiga tan itu.
Katanya, sebaik terselamat dia menoleh ke belakang untuk melihat nasib isterinya dan tanpa disangka tubuh isterinya cedera teruk kerana digilis salah satu tayar lori tersebut.
“Saya tidak dapat berbuat apa-apa selain berlari ke jalan dan mengutip organ dalaman isteri saya seperti jantung, hati dan paru-paru yang berselerakan di atas jalan,” kata Hafiz dengan nada sedih.
Cerita Hafiz lagi, pemandu lori berusia 33 tahun berkenaan telah berhenti bagi memberi bantuan manakala kereta Mercedes-Benz itu lari meninggalkan lokasi kejadian.
Jelasnya, mereka yang sudah beberapa tahun mendirikan rumah tangga dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd. Adam Mishary berusia enam bulan.
Pegawai Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Markandan Subramania mengesahkan kejadian itu dan sehingga petang semalam pemandu kereta tersebut belum membuat laporan polis. - Kosmo
SUAMI BERSIHKAN TEMPAT KEMALANGAN NGERI ISTERI YG MAUT AKIBAT DIGILIS LORI PASIR
Jalan cerita.
1. Penunggang motorsikal cuba mengelak dari kereta Merds yang menghimpit di laluannya.
2. Masa tengah mengelak tu la yang terjatuh atas jalan.
3. Bila terjatuh tu la lori pasir yang kat belakang motor tu melanggar.
4. Insiden tersebut menyebabkan isteri maut di tempat kejadian akibat digilis lori. Suami pula terselamat sebab jatuh di antara celah tayar lori pasir. Dia sempat loloskan diri dari bawah lori. Lepas loloskan diri, tengok isteri dia pula maut serta merta di tempat kejadian. Lori pasir yang melanggar isteri dia berhenti untuk hulurkan bantuan.
5. Pemandu Mercs pula cabut lari lepas buat naya kat orang.
6. Penunggang motorsikal yang terselamat tue terus buka baju dan tutup mayat isteri dia. Kemudian bersihkan kawasan kemalangan. Kutip organ2 dan daging2 isteri yang berterabur atas jalan. Ya Allah sebaknya.
7. Mereka berkahwin untuk beberapa tahun dan dikurniakan seorang anak yang baru berusia 6 bulan.
8. Norshah Ahmad, berusia 35 tahun. Seorang kerani di kedai roti di Taman Shamelin. Kejadian berlaku ketika suami menghantar isteri ke tempat kerja.
9. Muhammad Hafiz Abdul Rahman, berusia 28 tahun suami kepada arwah Norshah tidak bekerja sebab masih menuntut agama di salah sebuah tahfiz pengajian agama. Sedang belajar la senang cakap.
10. Tempat kejadian tu sempit disebabkan nak bina laluan MRT. Ini pun silap juga pihak pengurusan MRT. Kenderaan banyak, berpusu2 pula tu. Patutnya tahap keselamatan perlu dipertingkatkan kat laluan ini.
Aku harap polis boleh menjejaki pemandu MERCE yang tak bertanggungjawab itu. Dan satu lagi. Motor2 kecik neh pun susah juga. Kenderaan2 besar atas jalan kadang2 buat jalan macam dorang yang punya sampai lupa yang ada juga orang bergerak guna motor.. rasa tak selamat sebenarnya bergerak atas jalanraya yang penuh lori sana sini. Sumber: Ondscene
MP3 - Innalillahiwainnaialaihirojiun...
Wassalam, Wa'allahhualam,
Tuesday, 17 June 2014
Program Gotong Royong
Program Memperkasakan Kekanda Per3 Malaysia
#throwback
Oktober 2013- Pulau Pinang
Institusi Ayahanda Per3 Malaysia mengambil satu langkah untuk memantapkan barisan kekanda Malaysia dengan mengadakan satu Program yang diberi nama Program Memperkasakan Kekanda Per3 Malaysia yang diketuai oleh Paduka Panglima Pengasas Izuddin Merican Noordin merangkap Pengerusi Institusi Ayahanda Per3 Malaysia.
Selama tiga hari berselang seminggu ber jalan dengan Fasa 1, 2 dan 3. Program ini telah berjalan dengan lancar bagi membina motivasi, semangat serta membentuk modal insan barisan kekanda Per3 Malaysia.
Paduka Pengasas Per3 Malaysia yang lain juga turut turun ke padang bagi menyuntik semangat serta memberi input untuk meneruskan amanat serta objektik dan matlamat Per3 Malaysia. Tidak kurang dari 60 kekanda Per3 Malaysia yang hadir bagi menjayakan program ini.
InsyaAllah semoga akan ada program sebegini lagi dimasa akan datang. Syabas dan tahniah diucapakan kepada barisan Paduka Pengasas kerana menjayakan serta memberi input dalam program ini.
Program ini tamat dengan bacaan Yasin kepada para Pejuang yang telah meninggal kan kita...
-imn-
Pertandingan Futsal Pilau Menteri Besar Kedah Anjuran Astro
#throwback
Per3 senantiasa mencari jalan serta cara untuk bergerak menempuh ke satu era membentuk pelapis di masa akan datang. Per3 Malaysia mewujudkan Kelab Penyokong Pertiga (kpp3) yang terdiri daripada remaja belasan then diantara 16-18 tahun.
Ianya demikian di atas kesedaran bahawa betapa pentingya untuk melahirkan pemimpin2 dimasa akan datang. Sejajar dengan itu inisiatif telah diambil oleh Per3 Malaysia Per3 Yan, Kedah dengan mewujudkan satu pasukan futsal iaitu Sinar Per3 Yan. Pembentukan modal insan yang sihat serta satu situasi harmoni bersukan.
Sinar Per3 Yan, Kedah di selia oleh Paduka Panglima Paksu merangkap Timbalan Presiden Negeri Kedah. Per3 Malaysia ingin merakamkan setinggi tahniah dan syabas di atas usaha beliau membawa pasukan futsal Sinar Per3 Yan ke satu tahap yang membanggakan.
-imn-