Monday, 23 June 2014
Kalimah Allah!!!
Paduka Pengasas Terjah Ipoh
Paduka Pengasas Per3 Malaysia telah ke Ipoh berjumpa dengan jemaah di Ipoh, Perak untuk bertanya khabar serta mengariskan kembali jemaah disana bagi tujuan penyatuan di Ipoh.
Alhamdulillah semula berjalan dengan lancar dengan hadirnya Paduka Pengasas Hj Lah komando merangkap Timbalan Pengerusi Institusi Ayahanda Per3 Malaysia, Paduka Pengasas Zali dan Paduka Pengasas Lan. Ayahanda Awie bersama2 dengan jemaah di Ipoh telah menyambut kedatangan Paduka Pengasas.
-imn-
Suara pertiga kata: Semoga akan ada transformasi.
Saturday, 21 June 2014
Panggilan Maut Tengah Malam
Panggilan maut tengah malam
Oleh Omar Osman
Sungai Petani : Seorang pemuda yang sedang menunggang motosikal maut selepas ditembak tiga das di bahagian dada oleh dua lelaki di Taman Songket, Batu 2 Jalan Kuala Ketil, di sini, malam ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, M Gurubaran, 23, dari Taman Keladi, di sini maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian dada.
Difahamkan, mangsa pergi ke taman perumahan berkenaan seorang diri selepas menerima panggilan daripada rakannya meminta mangsa datang ke situ.
Foto
MANGSA ditembak di dada oleh dua lelaki di Taman Songket, Sungai Petani, malam ini. FOTO Omar Osman
Jurucakap polis berkata, sebaik mangsa tiba di taman perumahan itu, dia terus ditembak tiga das di bahagian dada oleh dua lelaki yang menaiki motosikal.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/21
hmetro.com.my
Suara Pertiga kata: Apa dah jadi Malaysia ni...
Saturday, 14 June 2014
Konvoi Per3 Kecoh!!!
Program Konvoi Amal PERTIGA 2013 berjalan lancar dan penuh kemeriahan. Lebih 100 buah kereta dari seluruh pelusuk Negara menyertai Konvoi Amal Mega Per3 Malaysia.
Per3 Naik Minyak
#throwback
Oktober 2013
Presiden Per3 Malaysia Paduka Pengasas Utama Sabaruddin Ahmad dengan berani telah menegur kerajaan kerana memotong Subsidi petrol 0.20sen kerana menyebabkan harga barang yang lain tidak terkawal dan mencadangkan supaya menaikkan cukai rokok, dan arak sebagai ganti...
Assalamualaikum...
Melalui corong-corong Maya seperti FB dan twitter dan blog dan we chat Dan whatsapp... Orang ramai mengeluh dan ada juga yang mengecam menaikkan petrol sebanyak 0.20sen yang diumumkan oleh PM Malaysia.
Kita baru selesai menyambut hari raya, mungkin ramai masih sesak Dan mengalami kekurangan ketika itu. Kenaikkan petrol Ron95 walaupun sebanyak 0.20sen akan memberi kejutan kepada orang ramai.
Katanya lagi saya mewakili 60 ribu orang ahli PERTIGA seluruh Malaysia mengecam kenaikkan harga petrol seliter 0.20sen. Kenaikkan ini bukan sahaja membebankan rakyat malah akan menjadi punca domino effect, yakni memberi punca mendadak kenaikkan barangan2 yang lain.02
Saya memohon Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib bin Tun Razak Dan kerajaan Malaysia supaya mengkaji semula.
Suara pertiga kata; Berani kerana benar...
-mp3-
- Posted using BlogPress from my iPad
Friday, 13 June 2014
Malam Satria Muda
16 Mac 2013
Pulau Pinang-Penang Time Square
Media Per3 ( mp3 ) dipertanggungjawabkan untuk menguruskan Protocol dan Keselamatan pada Majlis tersebut.
Presiden Per3 Paduka Pengasas Utama Sabaruddin Ahmad pula telah diberi penghormatan untuk bersama2 VVIP di pentas Utama bersama2 Tuan Yang Terutama Pulau Pinang dan Pendekar Negara Malaysia YM Mahaguru Tan Sri Omardin bin Mauju Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia juga Presiden Majlis Pendekar Malaysia.
Malam gilang gemilang ini telah diwarnai dengan berbagai pertunjukkan Seni mempertahankan diri dari pelbagai Bangsa.
Acara kemuncak adalah Penyampaian Anugerah Tertinggi Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia iaitu Penanugerahan dan Pertabalan Selendang Tertinggi kepada Pengerusi Institusi Ayahanda Per3 Malaysia Paduka Panglima Pengasas Izuddin Merican Noordin mengambil kira perjuangan serta penglibatan beliau dalam ilmu persistent mempertahankan diri.
Per3 Malaysia ingin merakamkan setinggi perhargaan dan sekalung Tahniah kepada beliau.
Juga kepada crew MP3 yang bertungkus lumus sebelum, semasa dan selepas Majlis, tiada kata dapat diungkapkan selain syabas dan bravo.
Majlis ini disaksikan oleh tidak kurang dari 20 ribu penonton termasuk ahli2 Per3 yang hadir dalam 500 orang.