Showing posts with label 2013. Show all posts
Showing posts with label 2013. Show all posts

Saturday, 14 June 2014

Konvoi Per3 Kecoh!!!

#throwback



Program Konvoi Amal PERTIGA 2013 berjalan lancar dan penuh kemeriahan. Lebih 100 buah kereta dari seluruh pelusuk Negara menyertai Konvoi Amal Mega Per3 Malaysia.


Konvoi Amal Mega Perdana ini turut singgah di Perkampungan orang Asli Batu 12 Gombak. 


Sebahagian daripada sumbangan yang dibawa untuk di serah kan kepada Perkampungan orang asli bt 12.



Di Bawah adalah coretan gambar2 sekitar kemeriahan Konvoi Amal Mega Pertiga Malaysia ini.








Penyerahan cenderahati kepada Exora Owners Club (EOCM)



Amanat Dari Presiden PERTIGA Malaysia Paduka Pengasas Ayahanda Utama Sabaruddin Ahmad pada Malam kemuncak telah memberi impak yang mendalam dan terkesan kepada semua peserta yang terlibat...












Suara PERTIGA kata: Syabas dan Tahniah.


- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, 13 June 2014

Malam Satria Muda

16 Mac 2013

Pulau Pinang-Penang Time Square

Media Per3 ( mp3 ) dipertanggungjawabkan untuk menguruskan Protocol dan Keselamatan pada Majlis tersebut.

Presiden Per3 Paduka Pengasas Utama Sabaruddin Ahmad pula telah diberi penghormatan untuk bersama2 VVIP di pentas Utama bersama2 Tuan Yang Terutama Pulau Pinang dan Pendekar Negara Malaysia YM Mahaguru Tan Sri Omardin bin Mauju Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia juga Presiden Majlis Pendekar Malaysia.




Malam gilang gemilang ini telah diwarnai dengan berbagai pertunjukkan Seni mempertahankan diri dari pelbagai Bangsa.  






Bacaan ikrar atau pun janji setia Satria Muda kepada Negara Malaysia telah diketuai oleh Paduka Panglima Pengasas Izuddin...

 

Acara kemuncak adalah Penyampaian Anugerah Tertinggi Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia iaitu Penanugerahan dan Pertabalan Selendang Tertinggi kepada Pengerusi Institusi Ayahanda Per3 Malaysia Paduka Panglima Pengasas Izuddin Merican Noordin mengambil kira perjuangan serta penglibatan beliau dalam ilmu persistent mempertahankan diri.






Per3 Malaysia ingin merakamkan setinggi perhargaan dan sekalung Tahniah kepada beliau.

Juga kepada crew MP3 yang bertungkus lumus sebelum, semasa dan selepas Majlis, tiada kata dapat diungkapkan selain syabas dan bravo.

Majlis ini disaksikan oleh tidak kurang dari 20 ribu penonton termasuk ahli2 Per3 yang hadir dalam 500 orang.   

-mp3-

#throwback