Showing posts with label Panglima. Show all posts
Showing posts with label Panglima. Show all posts

Sunday, 29 June 2014

Presiden Per3 Msia : Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak


Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirrahim...



Presiden Pertiga Malaysia lewat petang tadi di ketemui di kediaman beliau ingin mengucapkan Selamat Menyambut kehadiran Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh warga Pertiga Malaysia dan Selamat menjalani ibadah Puasa yakni rukun Islam kita yang ketiga...

Mudah-mudahan akan perolehi keampunan, keberkatan hidup serta rahmat dari Allah SWT.  Beliau juga berdoa pada semua warga PERTIGA khasnya dan amnya pada Umat Islam agar mendapat ganjaran berganda-ganda serta redha dariNya.

InsyaAllah, Pertiga Malaysia akan meneruskan cara tahunan di bulan Ramadhan iaitu Program Ihya Ramadhan dan Sumbangan Amal, Konvoi Ramadhan dari masjid ke masjid serta Program Jom Sahur.

Akhir kata dari beliau  marilah sama2 kita memeriahkan bulan Ramadhan ini dengan Amal Jariah.


~Ikhlas~Sabar~Jujur~


-mp3-










Tuesday, 17 June 2014

Pertandingan Futsal Pilau Menteri Besar Kedah Anjuran Astro

#throwback

Per3 senantiasa mencari jalan serta cara untuk bergerak menempuh ke satu era membentuk pelapis di masa akan datang. Per3 Malaysia mewujudkan Kelab Penyokong Pertiga (kpp3) yang  terdiri  daripada remaja belasan then diantara 16-18 tahun.

Ianya demikian di atas kesedaran bahawa betapa pentingya untuk melahirkan pemimpin2 dimasa akan datang.  Sejajar dengan itu inisiatif telah diambil oleh Per3 Malaysia Per3 Yan, Kedah dengan mewujudkan satu pasukan futsal iaitu Sinar Per3 Yan.  Pembentukan modal insan yang sihat serta satu situasi harmoni bersukan. 

Sinar Per3 Yan, Kedah di selia oleh Paduka Panglima Paksu merangkap Timbalan Presiden Negeri Kedah.  Per3 Malaysia ingin merakamkan setinggi tahniah dan syabas di atas usaha beliau membawa pasukan futsal Sinar Per3 Yan ke satu tahap yang membanggakan.



-imn-






















Friday, 13 June 2014

Perasmian Pertiga Negeri Sembilan

Alhamdulillah...





Pelancaran Majlis Perasmian Per3 Negeri Sembilan telah berlangsung dengan meriah dan jayanya di bawah kepimpinan Paduka Ayahanda Dato Mustapha dan ahli jawatankuasa pengelola...



MP3 juga telah diberi kepercayaan untuk memastikan perjalanan yang licin dan teratur...

Ucapan Presiden Paduka Pengasas Utama Sabaruddin Ahmad,



Kehadiran tetamu vvip serta Pafika Awie telah mewarnai lagi majlis yang gilang gemilang ini.  Sebelum Upacara Perasmian, Mesyuarat KEKANDA telah berjaya di lakukan.  Beberapa perkara berbangkit sempat dbincangkan bersama2 Presiden Per3 Malaysia Paduka Pengasas Utama Ayahnda Sabaruddin Ahmad, Timbalan Presiden Per3 Malaysia Paduka Pengasas Awie, Pengerusi Institusi Ayahanda Malaysia Paduka Panglima Pengasas Izuddin, Presiden Per3 Negeri Sembilan Paduka Dato Mustapha.








Sebahagian daripada hasil sessi photography;




-mp3-