Saturday, 17 December 2011

PERTIGA!!! Perjuangan Yang Belum Selesai...



Cuaca cerah tapi redup dan tiupan angin dingin pada lebih kurang pukul 3ptg td seumpama meredhai barisan tertinggi PERTIGA berkumpul di hadapan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyerahkan memorandum berkenaan dengan mesin judi kuda yang masih beroperasi secara berleluasa.




Sebahagian ahli-ahli PERTIGA yang berkumpul di hadapan Pejabat SPRM.




Barisan tertinggi PERTIGA Malaysia dengan wakil dari Timbalan Presiden Negeri Kedah dan Timbalan Presiden Negeri Perak berjalan menuju ke pintu Pejabat SPRM Pulau Pinang.

Sebelum menyerahkan memorandum tersebut kepada pihak SPRM, Presiden PERTIGA Paduka Ayahanda Sabaruddin Ahmad telah memberi kenyataan akhbar mengenai tujuan serta matlamat PERTIGA menyerahkan Memorandum tersebut.




Berada di perkarangan pintu utama Pejabat SPRM Pulau Pinang dengan di sambut oleh Pegawai SPRM menerima memorandum daripada Paduka Panglima Ayahanda Paksu Nasir selaku Ahli Majlis Tertinggi PERTIGA Malaysia bersama-sama Ayahanda Penasihat Izuddin merangkap Naib Presiden PERTIGA Malaysia.





Langkah ini diambil setelah pihak PERTIGA membuat laporan polis tentang kegiatan mesin judi kuda beserta bukti-bukti seperti gambar foto telah diambil oleh inisiatif ahli-ahli PERTIGA sekitar Pulau Pinang.





Pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia(PDRM) juga telah membuat serbuan berkali-kali. Namun kegiatan mesin judi kuda ini masih juga beroperasi seperti biasa.

Kenapa mesin judi kuda ini masih bermaharajalela tanpa rasa takut pada pihak berkuasa?

Apakah imuniti yang ada pada pengusaha-pengusaha mesin judi kuda ini?

Siapakah sebenarnya dalang di dalam perniagaan mesin judi kuda ini?

Maka dengan itu Majlis Mesyuarat Tertinggi PERTIGA telah membuat keputusan untuk ke SPRM bagi merungkai dan mencari jalan bagi menyiasat apakah sebenarnya dan siapakah yang sebenarnya memainkan peranan sehingga premis-premis ini masih beroperasi seperti biasa.


Allah Berfirman,
"La tahaf wala tah zan inallah hama na a' "
-Jangan kau takut jangan kau gusar, Jika dalam jalan kebenaran Allah beserta-


- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, 13 December 2011

Daulat Tuanku







Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang Dipertuan Agong ke- XIV dlam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara.

Ini merupakan kali kedua baginda Sultan di pilih menjadi Yang Dipertuan Agong selepas kali pertama ialah dari 21 Januari 1970 - 20 September 1975 semasa baginda Sultan berumur 43 tahun. Istiadat hari ini merupakan yang pertama kali seumpamanya diadakan di Istana Negara yang baru di bina bercirikan binaan Islam dan Tradisional Melayu.


Daulat Tuanku...


Patik merafak setinggi-tinggi sembah tahniah buat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Al-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, di atas pemasyhuran Tuanku sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV.

Semoga DAULAT TUANKU akan terus menjadi payung kemakmuran & kesejahteraan negara yang tercinta & dirahmati ALLAH ini.

Daulat Tuanku...




- Posted using BlogPress from my iPad

Dirgahayu Tuanku





Selamat Berangkat Balik kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah & Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

5 tahun Malaysia terus aman & makmur dipayungi DAULAT TUANKU.

13 Disember 2006 - 12 Disember 2011


- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, 12 December 2011

PERTIGA Negeri Sembilan!!!





Paduka Dato Jamal bersama-sama ahli-ahli PERTIGA Negeri Sembilan




PERTIGA Kawasan Taman Rasa Sayang bersama-sama Khairy Jamaluddin.





Paduka Ayahanda Dato Jamal & Ayahanda Dato Mustafa.




PERTIGA Negeri Sembilan
No. 14 Tingkat 1
Jalan Senawang
Senawang Commercial Park
70450 Senawang, Seremban,
Negeri Sembilan
(berhampiran Jabatan Pendaftaran Negara, belakang Giant Senawang)

Tel: 06-6783585
Tel: 06-6783581(Paduka Dato Jamal)



- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, 9 December 2011

PERTIGA di Cabar!!! Apakah Langkah PERTIGA Seterusnya ?


Pertubuhan Islam Gabungan Amal (PERTIGA) terus mendesak kerajaan Negeri Pulau Pinang agar segera memberi penjelasan terhadap pusat judi haram yang semakin berleluasa. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak PERTIGA namun masih sama.




Namun demikian harus di beri juga ucap tahniah dan syabas kepada pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) atas serbuan-serbuan yang dilakukan baru-baru ini.





Sebagai makluman juga, walau pihak PDRM telah giat melakukan operasi membanteras judi mesin kuda online ini namun masih kelihatan kedai mesin kuda seperti tidak mengendahkan usaha-usaha ini dan masih beroperasi dengan angkuhnya seperti biasa. Sebagai contoh terdapat dua kedai mesin kuda yang masih beroperasi seperti di bawah ini yang terletak di bawah Pejabat PERTIGA dan terdapat juga empat lagi kedai yang serupa di dalam kawasan yang sewaktu dengannya.




Media Massa banyak memainkan peranan dengan menyiarkan Berita mengenai pihak PERTIGA yang mengambil inisiatif dengan mengumpulkan bukti-bukti berbentuk gambar tentang operasi serta kedai-kedai yang bertopengkan kedai Internet itu. Apakah wajar kedai-kedai Internet ini bercermin gelap, pintu tertutup, dan Ada CCTV ataupun kamera litar tertutup. Jika mereka- mereka ini berniaga dengan cara yang sah disisi Undang-undang perlukah ada modus operandi seperti yang dinyatakan itu.





Terima kasih kepada media massa yang tidak putus-putus menyiarkan usaha PERTIGA di dalam Membanteras gejala sosial iaitu Judi haram yang berleluasa di seluruh Negeri Pulau Pinang. Picture speaks a thousand words, lihat lah keratan-keratan akhbar di bawah ini...










Juga diambil kira mereka ini umpama tidak gentar pada pihak berkuasa dan meneruskan juga operasi seperti biasa. Mereka ini umpama menCABAR usaha PERTIGA. Apakah ini semua wajar? Manakah kuasa yang diberikan pada pihak berkuasa sehingga mereka ini tidak ambil peduli. Siapa kah dalang-dalang yang berada di belakang mereka ini?

Usaha seterusnya PERTIGA telah bermesyuarat, ahli majlis tertinggi PERTIGA memutuskan Akan menghantar satu memorandum kepada Pengarah SPRM Pulau Pinang pada 16 hb Disember 2011 pada pukul 3

NGO-NGO lain adalah disarankan untuk bersama-sama di dalam usaha murni PERTIGA ini.




- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, 4 December 2011

Lagi lagi PERTIGA!!!

Alhamdulillah... Sekali lagi wartawan telah memberi kerjasama dengan melaporkan aktiviti Serta usaha yang dibuat oleh pihak PERTIGA.

PERTIGA juga menyarankan NGO2 yang lain turut Serta bengading bahu untuk sama-sama membanteras gejala perjudian ini. Ini kerana gejala inilah yang berpunca kepada gejala sosial yang lain seperti ragut, pecah rumah Dan pepecahan keluarga.

Di bwh ini adalah keratan akhbar daripada Utusan Malaysia.

Link tersebut,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm





ARKIB : 29/11/2011

Pertiga banteras judi haram

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
pengarang@utusan.com.my
PULAU PINANG 28 Nov. – Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) bertekad menghapuskan kegiatan judi haram di negeri ini berikutan kegagalan kerajaan DAP Pulau Pinang menangani permasalahan itu.

Sebagai permulaan, Pertiga malam tadi memulakan operasi pertama membanteras kegiatan perjudian itu di sekitar Bukit Jambul di sini.

Dalam operasi berkenaan, pihak media turut dibawa untuk melihat dan merakamkan sendiri lokasi-lokasi premis yang menjalankan kegiatan judi haram di sekitar kawasan tersebut.

Presiden Pertiga, Sabaruddin Ahmad (gambar) berkata, langkah itu diambil kerana jika masalah sedemikian berterusan, Pulau Pinang akan menjadi pusat judi terbesar, sekali gus mengundang banyak masalah khususnya kepada golongan remaja.

“Tujuan kami mengadakan operasi sebegini untuk membuktikan kepada media bahawa persatuan ini bukan ‘cakap kosong’ malah, memang kegiatan judi kini semakin berleluasa walaupun pihak polis menjalankan tanggungjawab mereka.

“Sudah banyak kali kita tengok remaja terjebak dalam masalah sosial sehinggakan sanggup bunuh diri, samun dan pergolakan rumah tangga,” katanya ketika ditemui dalam operasi itu malam tadi.

Dalam operasi tersebut, kira-kira 300 keping gambar premis judi haram berjaya dirakam dan ditunjukkan kepada pihak media.

Menurut Sabaruddin, beliau akan membuat laporan polis mengenai kegiatan judi itu dan berharap tindakan tegas dapat diambil terhadap mereka yang terlibat.

PERTIGA Gempar Lagi!

Gempar!

Gejala sosial yang melanda remaja kini menular ke arah perjudian pula. Skuad risik PERTIGA telah membuat tinjauan di beberapa lokasi yang dianggap adalah Sarang perjudian online di sekitar Pulau Pinang.

Inisiatif sekali lagi telah di ambil oleh barisan PERTIGA untuk me banteras gejala sosial ini...

Di bawah adalah hasil laporan wartawan The Star atas usaha yang telah di lakukan oleh pihak PERTIGA.

Link ke keratan akhbar The Star
http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=%2F2011%2F11%2F28%2Fnorth%2F9989022&sec=North


GEORGE TOWN: The operators of two cyber cafes on Jalan Rumbia, Bukit Jambul hastily closed down their business after seeing some 50 people gathering in front of their premises.

Their workers pulled down the roller shutters minutes after seeing the men converging there to protest at about 9.15pm last night.

The group, known as the Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga), had earlier labelled Penang a “mini Las Vegas” for allegedly having more than 300 premises housing illegal gambling machines.

Pertiga president Sabaruddin Ahmad lodged a report at the Sungai Nibong police station at about 10pm claiming the two premises were gambling dens.

He said the glasses of the premises were heavily tinted and only several pieces of A4 paper printed with ‘1 Hour RM3.35’ were pasted on them.

“They also have a door bell and a CCTV outside the premises.

“If you are a legal business offering Internet services, why the need for dark glasses, door bell and CCTV surveillance?” he said after checking the premises.

Sabaruddin said each of these premises had at least 50 gaming machines.

“We will continue to monitor the activities of cyber cafes and take photographs before lodging police reports,” he said.

He added that there were about six cyber cafes in Bukit Jambul.


- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, 11 November 2011

Persoal Ibadah Korban Boleh Sentuh Sensitiviti Umat Islam: Muhyiddin




KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Tindakan sebuah NGO bukan Islam yang mahu ibadah korban tidak dilaksanakan di kawasan sekolah dan tempat awam tidak sepatutnya ditimbulkan kerana ia boleh menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini sedangkan rakyat pelbagai agama sudah lama hidup secara toleransi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya tidak fikir harus pandangan itu dikemukakan, mungkin ada salah faham. Ia mungkin (boleh) menyentuh sensitiviti amalan beragama. Di Malaysia ini, sejak zaman-berzaman kita telah lakukan, korban itu adalah tuntutan mengikut agama Islam.
"Ibadah korban dilakukan dengan cara dan peraturan dengan pekeliling oleh Jabatan Veterinar yang memerlukan kebersihan kawasan pelaksanaan korban dijaga untuk membolehkan daging-daging korban diagihkan kepada fakir miskin supaya selamat dimakan," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita selepas berdialog secara terbuka dengan 50 orang graduan yang terpilih menyertai program "Teach for Malaysia" di sini Selasa.

Muhyiddin diminta mengulas kenyataan Majlis Perundingan bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) pada Jumaat lepas yang mahu amalan menyembelih lembu tidak diteruskan di kawasan sebegitu kerana mungkin menyentuh sensitiviti mereka yang beragama Hindu yang menganggap lembu sebagai satu binatang yang suci.

"Saya berharap janganlah menyentuh hal-hal sebegini, apalagi pihak itu yang bukan beragama Islam kerana mungkin mereka tidak memahami atau sengaja dibuat begitu supaya timbul masalah baru. Di Malaysia ini janganlah menambah tokok lagi masalah-masalah sebegitu," katanya.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata ibadah yang dilakukan perlu mendapat kebenaran pihak yang menguruskan kawasan itu sebelum boleh dilaksanakan.

"Pihak yang melaksanakan korban itu pula mesti mendapatkan izin dahulu, pihak pengurusan masjid benarkan ia boleh dilakukan itu sudah perkara biasa sejak dulu lagi.

"Orang Hindu di Malaysia ini sudah faham, dalam surat khabar dan televisyen sudah dipaparkan mereka sudah faham amalan itu. Kita di Malaysia sudah mengamalkan amalan saling menghormati, kenapa hal sebegini dibangkitkan saya tidak fikir ia perlu," kata Muhyiddin.

-Bernama-



Di samping itu juga Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Sg Pinang juga telah membuat kenyataan media seperti berikut:


KENYATAAN MEDIA
GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) CAWANGAN SUNGAI PINANG

7 NOVEMBER 2011 / 11 ZULHIJJAH 1432

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Sungai Pinang sangat kesal dengan kenyataan bersifat provokasi, biadap, berniat jahat dan tidak bertanggungjawab oleh Majlis Perundingan bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) yang menggesa supaya amalan menyembelih lembu-lembu qurban tidak diteruskan di perkarangan sekolah dan tempat-tempat awam atas alasan tempat awam dan sekolah tiada kaitan dengan masyarakat Islam dan kegiatan tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini.

Bagi GPMS Sg. Pinang, gesaan yang dibuat oleh MCCBCHST dan alasan yang dikemukakan adalah sangat tidak munasabah dan secara jelas cuba membangkit kemarahan serta mencetuskan perbalahan antara ummat Islam dengan penganut-penganut agama lain di negara ini.

Sejak turun-temurun lagi, apabila tiba Hari Raya Aidiladha, ummat Islam di negara ini akan melaksanakan ibadah qurban di kasawan masjid, surau, dewan masyarakat, padang awam atau kawasan-kawasan yang majoritinya didiami oleh orang-orang Islam. Kadangkala ada juga yang melakukan aktiviti penyembelihan di kawasan padang sekolah jika dianjurkan oleh pihak sekolah atau oleh kerana tiada tempat yang sesuai di sekitar kawasan perumahan atau masjid tersebut.

Namun berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh GPMS Sg. Pinang, ternyata kegiatan penyembelihan haiwan qurban yang dijalankan di sekolah-sekolah adalah sangat sedikit. Jika terdapat aktiviti penyembelihan haiwan qurban yang dijalankan di sekolah-sekolah, ianya membabitkan guru-guru, kakitangan, pelajar dan ibupaba yang bergama Islam dan tiada kaitan dengan penganut-penganut agama lain. GPMS Sg. Pinang berpendirian bahawa dakwaan MCCBCHST yang menuduh ummat Islam tidak sensitif terhadap pelajar-pelajar agama lain tidak timbul sama sekali. Dakwaan MCCBCHST ini adalah sangat tidak bertanggung jawab, bertentangan dengan amalan hidup bertolenransi, berfikiran dangkal dan berniat jahat.

GPMS Sg. Pinang ingin menegaskan bahawa ummat Islam di Malaysia sentiasa sensitif dan bertoleransi dengan penganut-penganut agama lain. MCCBCHST yang sebenarnya perlu sensitif terhadap agama Islam sebagai Agama Persekutuan seperti yang termaktub di dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan. Tindakan mencampuri hal ehwal agama Islam adalah sangat tidak wajar dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan serta menghina Majlis Raja-raja Melayu.

GPMS Sg. Pinang sangat khuatir sekiranya MCCBCHST terus menerus mengeluarkan kenyataan berniat jahat seperti ini, ia bakal mengundang permasalahan besar antara penganut berbilang agama di negara kita dan mampu mengancam keselamatan dan keharmonian negara. Justeru itu, GPMS Sg. Pinang mununtut agar MCCBCHST meminta maaf secara terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam dan seluruh ummat Islam di Malaysia atas kenyataan provokatif, biadap, berniat jahat dan tidak bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh MCCBCHST. Selaku majlis perundingan antara agama MCCBCHST sepatutnya lebih peka dan memainkan peranan memdidik dan memahamkan masyarakat majmuk di nagara ini agar saling menghormati antara satu agama dengan agama yang lain dan bukannya mencetuskan api perkauman atau ketegangan antara agama.

GPMS Sg. Pinang juga tidak tergak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang serta bertindak balas terhadap MCCBCHST sekiranya pihak MCCBCHST tidak mahu memohon maaf dan masih bersikap angkuh disebalik niat dan agenda jahat mereka.

Azdy Mohd Arshad
Timbalan Yang Di Pertua
GPMS Cawangan Sungai Pinang


- Posted using BlogPress from my iPad

Salam Aidil Adha






Assalam wa rahmah...

Saya mewakili warga PERTIGA ingin mengucapkan pada semua umat Islam diseluruh dunia khasnya di Malaysia Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha....

Selamat Hari Raya Aidil Adha
Kepada
Pembaca Blog PERTIGA HQ.




- Posted using BlogPress from my iPad

Gempak!!! Demo Aman Mat-mat REMPIT

PERTIGA buat gempak lagi...

Namun laporan blog ini agak lewat di uploadkan memandangkan sebab-sebab yang tak dapat di elakkan seperti press statement, kenyataan pihak berkuasa dan juga beberapa isu yang tak dapat di elakkan.
Demo Aman yang telah berlangsung ini telah di cemari oleh beberapa insiden yang tak di ingini.

PERTIGA telah mengambil inisiatif dengan membuat press statement dengan jayanya, press statement itu adalah seperti berikut. Press statement ini telah dihadiri oleh barisan tertinggi Paduka Ayahanda Dan Ayahanda.






PRESS STATEMENT


Susulan daripada Karnival Zero Rempit, Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) telah mendengar rintihan yang telah diutarakan oleh Mat2 Rempit mengenai Litar Lumba. Maka PERTIGA telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Demo Aman bersama Mat2 Rempit.

Ini mengambil kira Mat2 Rempit terdiri daripada remaja2 Melayu yang beragama Islam. Dimana matlamat PERTIGA itu sendiri adalah untuk memelihara bangsa Melayu beragama Islam tanpa menggangu gugat bangsa serta agama yang lain.

Saya disini juga ingin mengucapkan terima kasih kepada wartawan yang membuat liputan tempoh hari juga kepada blogger2, namun ada yang perlu diperbetulkan iaitu anjuran sebenarnya bukan daripada beberapa NGO seperti yang dilaporkan. Anjuran cuma dari kami PERTIGA dan Remaja Roda Dua atau dilabel sebagai Mat2 rempit.

Demo Aman ini juga bukan Agenda Politik seperti yang di war2kan. Kami juga boleh buktikan yang hadir dalam demo itu terdiri daripada berbagai ideology politik ahli2 pas, ahli2 pkr dan ahli2 umno.

Justeru itu PERTIGA terpanggil untuk mengetuai misi Demo Aman ini dengan mendesak Ketua Menteri PP untuk mewujudkan satu Litar Lumba bagi remaja Rempit ini. Kita mendesak kerajaan negeri dengan menujuk protes dalam Demo Aman ini dengan harapan untuk menyerahkan Memorandum Litar Lumba ini kepada Ketua Menteri PP namun belum sempat menyerahkan memorandum ini, Saya selaku Presiden Pertiga ini telah ditahan beserta lapan yang lain untuk memberi keterangan.

Gejala rempit ini dapat dikelaskan sebagai masalah sosial yang utama selepas dadah namun daripada kegiatan rempit inilah yang membawa kepada gejala2 sosial yang lain seperti dadah, pergaulan bebas, judi, bohsia dan keganasan jalan raya mahupun samseng. Namun tiada satu pendekatan yang dibuat serta membimbing mereka2 ini. Jika dilihat penagih2 dadah ada Pusat pemulihannya, tapi bagi remaja2 rempit ini cuma sekatan jalanraya dan keganasan di balas keganasan oleh PDRM dengan sekatan jalan raya yang sedia dengan batu bata untuk di lontar, kayu, sepak terajang kepada mereka ini. Jiwa memberontak remaja rempit ini akan menimbulkan rasa dendam kepada PDRM.


Maka PERTIGA cuma mengambil pendekatan secara bimbingan seperti Demo Aman tempoh hari apabila melalui IPK Timur Laut maka semua remaja rempit ini disuruh mematikan enjin dan menolak motorsikal mereka sehingga selepas IPK TImur Laut maka dihidupkan semula enjin motorsikal itu tanda hormat remaja2 ini pada PDRM.


Demo Aman yang terdiri dari tidak kurang 600 biji motosikal dari pelbagai lapisan masyarakat telah sama2 menjayakan Demo Aman tersebut, namun dukacitanya memorandum tidak dapat diserahkan. Oleh itu saya serta barisan tertinggi akan mencari jalan serta membuat temujanji untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada Ketua Menteri PP. Saya berharap Ketua Menteri PP mengambil serius desakan kami rintihan Mat2 rempit ini, kerana remaja2 inilah yang harus kita bela untuk mengurangkan gejala social mat2 rempit ini yang sedang menular dengan pantas.

Kesempatan ini juga Saya beserta seluruh warga PERTIGA dan Mat2 rempit ingin mengecam sekeras-kerasnya kenyataan yang dilakukan oleh Ng Weng Aik iaitu setiausaha sulit kepada Ketua menteri PP, yang mengatakan bahawa penganjur adalah "samseng jalanan". Kita merupakan Pertubuhan Islam Gabungan Amal, kita mendengar rintihan para remja ini dan melakukan Demo Aman untuk menyerahkan memorandum dan tiada vandalisma yang berlaku tiada kerosakan harta benda yang dilaporkan. Yang berlaku cuma Demo Aman serta tunjuk tanda protes dengan membunyikan hon. Jika ini dianggap "Samseng Jalanan" maka saya dengan tegas menyatakan bahawa Ng Weng Aik perlu memohon maaf secara terbuka. Ng Weng Aik perlu belajar untuk menghormati institusi2 Pertubuhan bukan kerajaan ini. Terutama Pertubuhan2 Islam ini.


Selain itu didalam Sinar Harian pula bertarikh 2/11/2011BIL 1875 ms U5, Ketua Menteri PP berkata:

”Saya ada terima banyak maklum balas daripada beberapa pihak yang tidak setuju dengan perhimpunan itu serta terkejut kerana mat rempit sudah berani mencabar kerajaan negeri”.


Apa maksud beliau apabila berkata demikian, bukankah mat2 rempit ini juga rakyat Malaysia bukankah mat2 rempit ini pengundi2 untuk PRU 13. Kata2 Ketua Menteri PP itu seolah memperlekehkan mereka2 ini.
Sebagai Ketua Menteri sepatutnya mendengar rintihan akar umbi bukannya memperlekehkan mereka ini.

Kita juga akan mengesyorkan kepada Kerajaaan Pusat, Kerajaan Negeri serta Media Massa dan Media Cetak agar jangan di gunakan lagi istilah Mat rempit. Istilah Mat rempit ini harus ditukar kepada satu istilah yang lebih manis disebut dan didengar. Akan kami umumkan istilah yang baru ini di program Karnival Zero Rempit kami yang akan datang.






Menuju ke arah Zero Rempit. Tidak pada Rempit.



*BERIMAN*TAAT SETIA*BEBAS DADAH*



Sabaruddin Ahmad
Presiden
Paduka Ayahanda Pengasas UTAMA
Pertubuhan Islam Gabungan Amal (PERTIGA)





- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, 13 October 2011

PERTIGA ke PWTC





Majlis Penerangan Perdana bersama PERDANA MENTERI Malaysia di Dewan Merdeka Aras 4. Peserta yang berada di dalam Dewan Merdeka yang bertuah itu tidak kurang dari 8 ribu orang peserta dan ahli-ahli PERTIGA pula hadir dengan megah berpakaian kemas serta bersongkok tersemat segak logo PERTIGA...

Sekitar Majlis Penerangan Perdana




Keadaan Pentas Utama sebelum Majlis Penerangan Perdana








Barisan Paduka Ayahanda dan Ayahanda serta sebahagian ahli PERTIGA menanti ketibaan peserta-peserta yang lain









Keadaan di dalam Dewan Merdeka










Dif-dif terhormat bersama-sama Perdana Menteri Malaysia dan peserta-peserta yang lain menyanyikan lagu 1 Malaysia




Kata-kata semangat serta amanat daripada Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Najib di dalam ucapan beliau




Majlis tamat dan menyusul ke Dewan untuk acara makan tengahari






- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, 25 September 2011

Apa kes... PERTIGA jumpa Ketua Polis Pulau Pinang ???





Paduka Ayahanda dan Ayahanda bersama
YDH DCP Dato' Wira Haji Ayub Haji Yaakob - KETUA POLIS PULAU PINANG




Barisan Paduka Ayahanda dan Ayahanda bersama
YDH SAC II Dato' Rosly Abas - KETUA CAWANGAN KHAS PULAU PINANG


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin khas buat Ketua Polis Negeri Pulau Pinang serta amnya pada seluruh warga Polis Di Raja Malaysia.

Terima kasih di atas jemputan khas kepada Pertubuhan Islam Gabungan Amal (PERTIGA) untuk menghadirkan diri pada Majlis rumah terbuka sambutan Hari Raya Aidilfitri Dato' Wira Ketua Polis Pulau Pinang di kediaman beliau di Jalan Brown pada hari yang berbahagia ini 24 September 2011.

Kesempatan ini juga PERTIGA menggunakan peluang yang ada untuk beramah mesra dengan pegawai-pegawai polis yang hadir seraya merapatkan lagi tali silaturahim yang ada.




PERTIGA di Meja Utama sedang menjamu juadah yang telah disediakan







- Posted using BlogPress from my iPad





Friday, 23 September 2011

Selamat Datang YAB Dato Sri PM







Selamat Datang YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia ke Kuala Selangor begitulah tulisan yang tertulis pada banner sambutan PM ke Kuala Selangor untuk bersama-sama penduduk di situ makan malam sambil beramah mesra dengan rakyat di situ.

Itulah yang dimaklumkan pada penulis oleh Paduka Ayahanda Jamal Paduka Ayahanda yang mengetuai dan memimpin barisan PERTIGA di Negeri Selangor. Kita turut berasa bangga PERTIGA Negeri Selangor berpeluang memainkan peranan di dalam acara sambutan PM ke Kuala Selangor.

Tahniah Paduka Ayahanda di dalam penglibatan PERTIGA Negeri Selangor di dalam acara sebesar ini.


- Posted using BlogPress from my iPad

PERTIGA, DADAH???

Program komuniti keluarga bahagia hentian bebas dadah Dan bacaan tahlil di masjid Tuan Guru Tanjung Tokong bersama "AADK"(Agensi Dadah Kebangsaan)

Khamis
Program yg padat telah disediakan daripada hari ini sehingga hari sabtu dan Pelbagai program seperti tazkirah dan qiamulail, di ikuti pula dengan solat sunat Dan solat subuh. Selain daripada itu, aktiviti gotong royong membersihkan persekitaran masjid juga akan di adakan... program ini juga mendapat sambutan dari pelbagai agensi seperti, PADTL(Pejabat Agama Daerah Timur Laut), MTG(Masjid Tuan Guru Tg Tokong) Dan lain-lain. Di ikuti pula dengan pameran-pameran dari agensi-agensi Serta pemeriksaan Kesihatan Dari PKD(Pejabat Kesihatan Daerah)...






Sebahagian daripada peserta program komuniti ini





Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Masjid Tuan Guru Tg Tokong



- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, 17 September 2011

Gempar!!! Apa yang Berlaku?

KARNIVAL Zero REMPIT bersama FARID KAMIL anjuran PERTIGA

Gempar!!!

Apa yang berlaku???

Sambutan yang tak di duga, pengunjung-pengunjung membajiri tapak KARNIVAL Zero REMPIT bersama FARID KAMIL seawal pukul 10pagi lagi, deruman motosikal kuasa besar dan kuasa rendah memecah keheningan pagi di tapak Dewan MPPP, Balik Pulau, Pulau Pinang... Mengambil tempat bagi penyusunan sebelum kehadiran FARID KAMIL untuk menyertai Konvoi bersama.




Pengunjung-pengunjung yang membanjiri tapak KARNIVAL Zero REMPIT bersama FARID KAMIL

Kehadiran FARID KAMIL Paduka-paduka Dan Ayahanda-ayahanda PERTIGA bagi menyempurnakan perasmian
KARNIVAL Zero REMPIT bersama FARID KAMIL lagi mengamatkan keadaan serta situasi, ini kerana pengunjung berpusu-pusu menyerbu FARID KAMIL untuk bergambar dan meminta tandatangan.

Namun dengan adanya anggota keselamatan daripada barisan Kekanda maka keadaan terkawal.





Ucapan amanat daripada Paduka Ayahanda Pengasas




Konvoi bersiap sedia untuk bergerak

Tidak kurang dari 3000 biji motor kuasa besar dan kuasa rendah bersiap sedia dengan deruman bunyi mengelilingi Pekan Balik Pulau dan ke kampung-kampung selaras menyatakan sokongan terhadap zero REMPIT dgn meletakkan sticker zero REMPIT.




Sticker zero REMPIT yang di letakan pada peserta-peserta konvoi



Syukur Alhamdulillah ramai peserta-peserta konvoi begitu positif dan sambutan di luar jangkaan. Begitu juga dengan peserta-peserta motor klasik, pertandingan motor cantik dan juga motor perlahan. Bagi kategori motor perlahan ramai peserta yang membuat penyertaan kali ke dua dan ada juga membuat penyertaan buat kali ketiga.

Kerja Amal juga mendapat sambutan yang amat baik iaitu derma darah yang dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan melebihi angka 100 orang penderma.

Kupon cabutan bertuah juga mendapat sambutan daripada peminat-peminat motor Yamaha LC, kerana Hadiah cabutan bertuah Utama adalah 2 buah Motorsikal Yamaha LC 135cc





Hadiah-Hadiah utama cabutan bertuah









Pertandingan motor cantik




Pertandingan motor cantik




Peserta pertandingan karaoke sedang beraksi menyanyikan lagu pilihan mereka



Laporan KARNIVAL Zero REMPIT bersama FARID KAMIL setakat ini diberhentikan untuk memberi laluan kepada Solat Asar.

Bertemu kita kembali di dalam Gempar!!! Part 2....


- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, 16 September 2011

Farid Kamil ajak Merempit Cara Islam?




Farid Kamil ajak Merempit Cara Islam?

15 Sep 2011 3:31PM

Karnival Zero Rempit bersama Farid Kamil bakal menggegar Negeri Pulau Pinang yang memaparkan keunikan tersendiri menggunakan kemahiran dan bakat bermotosikal sambil beramal.
Satu keberanian yang ditampilkan oleh pihak penganjur yang merupakan sebuah badan NGO Islam iaitu Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) yang secara tidak langsung berdakwah dengan mengambil pendekatan menyediakan kegiatan/aktiviti amal dan kebajikan kepada masyarakat.
Karnival ini yang turut menampilkan Penyanyi Rock Lagenda Awie ini bakal berlangsung pada 17 September ini (Sabtu) pada jam 8 pagi sehingga 11 malam bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Balik Pulau.
Karnival ini juga menyediakan pelbagai pameran dan jualan daripada 30 kiosk terdiri daripada Jabatan Kerajaan dan Agensi Swasta. 

Selain daripada itu, terdapat beberapa pertandingan, diantaranya :-
1. Pertandingan Motosikal tercantik
2. Pertandingan lumba perlahan
3. Pertandingan basikal -track stand
4. Pertandingan basikal - Skip bicycle Drift
5. Pertandingan Karaoke (lagu ketuhanan)
6. Pertandingan Battle of the band (lagu ketuhanan)
7. Cabutan bertuah
8. Lain-lain lagi
Acara ini juga menawarkan cabutan bertuah dengan menampilkan hadiah utama 2X Motosikal LC 135. Turut ditawarkan sebuah TV Plasma 32'.
Bagi mereka yang berminat atau ingin mengetahui keterangan lanjut mengenai Pertandingan yang disediakan boleh menghubungi Mie - 017 545 5306 / Zul - 016 431 8836 / Farid 016 404 2080 atau Ayub 013 466 3344. 
Ayuh masyarakat Malaysia, kita gegar Pulau Mutiara memeriahkan Karnival ini sambil beramal.


Farid Kamil Kempen Zero Rempit


HARIAN METRO
KHAMIS, 16 September 2011




SELEPAS berjaya mencipta nama sebagai pelakon dan pengarah terkenal, anak muda juga bintang popular, Farid Kamil mula mengintai ruang baru dalam kerjayanya yang mampu memberi sesuatu buat peminat dan masyarakat.
Status dan populariti yang melekat padanya tidak terus diperdagangkan dalam industri lakonan semata-mata sebaliknya pelakon kelahiran Alor Setar, Kedah ini mula menggunakan pesona itu untuk dijadikan ikon bagi menarik peminat dan golongan muda dalam acara amal anjuran Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) juga sebuah NGO yang berteraskan Islam, Karnival Zero Rempit.
Karnival Zero Rempit diadakan pada Sabtu ini di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Balik Pulau, Pulau Pinang. Ia adalah acara amal yang menghimpunkan pelbagai aktiviti bagi mengangkat objektif utamanya, memberi kesedaran dan suntikan positif kepada remaja serta golo-ngan belia hari ini.

Farid akan terbabit dalam acara bermotosikal bersama golongan remaja dan belia yang berminat untuk turut sama pada Sabtu ini nanti. Katanya, kehadirannya pada hari itu diharap dapat memancing perhatian orang ramai untuk bersama-sama menyertai acara dan agenda yang bakal dilakukan.


Menyifatkan penganjuran Karnival Zero Rempit sebagai salah satu alternatif terbaik untuk menyuntik elemen positif kepada golongan remaja yang banyak dilaporkan terbabit dalam gejala Mat Rempit dan berlumba motosikal.

“Dengan penganjuran karnival ini bukan bermakna dapat mengurangkan kadar gejala ini sebaliknya saya berpendapat setidak-tidaknya dapat mendekati mereka dan memahami apa yang ingin diperkatakan.

“Saya melihat semuanya dari aspek positif dan sentiasa optimis menghadapi permasalahan ini. Kehadiran saya hanyalah sekadar mengajak mereka bermotosikal bersama pada hari Sabtu nanti namun, semuanya secara bersih dan aman.

“Mereka saya galakkan untuk turut sama berkonvoi dengan iringan anggota polis dan unit keselamatan lain bagi mengang-kat simbolik zero rempit itu. Isu ini begitu serius dan saban hari ada saja laporan yang ditulis di akhbar betapa bahayanya aktiviti yang dilakukan itu.

“Justeru, saya menyeru dan mengajak sesiapa yang berminat untuk turut sama dengan saya bermotosikal pada hari Sabtu ini,” katanya yang mengakui sudah lebih 5,000 penyertaan diterima.

Karnival Zero Rempit pada hari Sabtu ini bermula seawal jam 8 pagi hingga 11 malam. Selain acara bermotosikal bersama Farid Kamil, karnival amal ini turut diwarnai pelbagai pertandingan dan aktiviti lain termasuk pertandingan motosikal tercantik, lumba perlahan basikal, Skip bicycle Drift, karaoke, Battle of The Band, cabutan bertuah dan pelbagai lagi.

Bagi pertandingan karaoke dan Battle Of The Band pula, peserta yang berminat menyertai dan merebut hadiah istimewa hendaklah membawakan lagu bergenre ketuhanan.

Farid yang sebelum ini sinonim dengan gaya lakonan sebagai remaja bermasalah dan penga�rahannya dalam beberapa filem bergenre aksi termasuk Remp-It, Evolusi KL Drift dan Evolusi KL Drift 2 serta filem sulung arahan-nya, V3: Samseng Jalanan dan Kongsi, melihat platfom yang ada padanya sebagai selebriti mampu memberikan ruang terbaik untuk sama-sama membantu memperjuangkan simbolik karnival.

“Saya berterima kasih kepada pihak penganjur dan mereka yang terbabit kerana memberi perhatian kepada kewujudan saya sebagai anak seni. Tidak sekadar berlakon dan berjuang dalam lapangan seni, setidak-tidaknya saya masih punya fungsi dalam acara kebajikan dan amal seperti ini yang mampu memberikan manfaat kepada masyarakat.

“Jujurnya saya sendiri tidak sabar untuk bermotosikal pada hari Sabtu ini bersama remaja lain dan peminat saya bagi mencapai objektif yang cuba kami kejar ini.

“Insya-Allah jika tepat pada pengarahan objektifnya dan mesej yang cuba disampaikan, Karnival Zero Rempit ini akan meninggalkan kesan dan impak positif kepada masyarakat kelak,” katanya.

Selain bermotosikal, pelakon Lagenda Budak Setan, Anak Halal dan Apokalips turut memberikan ucapan ringkasnya serta sesi beramah mesra dengan peminat yang berkunjung.

Jangan lupa untuk turut sama ke Karnival Zero Rempit pada Sabtu ini, bermula jam 8 pagi di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Balik Pulau, Pulau Pinang.

Terdapat lebih 30 kiosk diperuntukkan termasuk 10 gerai untuk Jabatan Kerajaan dan selebihnya khas kepada agensi swasta dengan menjual pelbagai barangan dan produk serta kempen-kempen dan pameran menarik buat pengunjung.


Karnival Zero Rempit bersama Farid Kamil anjuran PERTIGA






Sekali lagi Pertubuhan Islam Gabungan Amal(PERTIGA) 
mengambil inisiatif berani apabila aktiviti demi aktiviti di rancang 
serta di rangka untuk menarik remaja-remajasekitar Pulau Pinang, 
Kedah Dan Perak untuk menyertai
Program Karnival Zero Rempit bersama FARID KAMIL.

Program ini dijadualkan :-

PADA. : 17 September 2011
LOKASI: Dewan MPPP Balik Pulau
MASA. : 8.30am - 11.00pm

Sehubungan dengan itu adalah di sarankan kepada Generasi Belia 
Muda untuk menyertai serta melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti
yang sihat sebegini.

Di samping aktiviti yang sihat ini, Paduka Pengasas Utama 
PERTIGA mempunyai objektif serta matlamat serampang dua 
mata apabila bukan sahaja telah mengariskan satu aktiviti yang 
sihat yang diminati ramai remaja malah mahu mengumpulkan
seberapa ramai Generasi Belia Muda untuk Mengeratkan lagi 
silaturahim diantara sesama sendiri juga dengan Pertubuhan-pertubuhan 
bukan kerajaan yang lain.

Untuk keterangan lanjut bolehlah berhubung terus ataupun 
mengisi borang yang disertakan di bawah ini.



Semoga PERTIGA menjalankan aktiviti yang sihat ini dengan berjaya.


Majulah sukan permotoran ini untuk Generasi Muda Belia, 
iaitu pemangkin pemimpin masa depan.








- Posted using BlogPress from my iPad-

twitter.com/pertigaHQ
facebook.com/PertigaHQ
pertigahq.blogspot.com

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.





KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah.


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dgn teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada ...hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU..

PERTIGA Gegar Pulau Pinang


PERTIGA jelajah Pulau Pinang





Pada tanggal 14/8/2011 Konvoi Kembara Amal Ramadhan PERTIGA telah jelajah
Pulau Pinang dengan berhenti di 10 Masjid sebagai pitstop utk Menyerahkan sumbangan-sumbangan kepada yang memerlukannya yang juga telah di Ketuai oleh Paduka Ayahanda Pengasas Utama, Dato Paduka Ayahanda Pengasas Am Dan Ayahanda-Ayahanda Pulau Pinang.

Konvoi ini telah di sertai oleh 30 biji motor kuasa besar, tidak kurang Dari 300 biji motor kuasa rendah dan lebih kurang 80 biji kereta.

Perasmian Konvoi Amal ini telah berlansung di Hotel Vistana Penang. Usaha berani ini telah berlansung dengan jayanya dan diakhiri di Restoran Sampan di Pantai Jerjak.

Masjid Bayan Baru




Masjid Teluk Kumbar



Masjid Teluk Bahang


Masjid Jamek Sungai Pinang



Ahli-ahli Konvoi Amal