Tuesday, 30 October 2012

Transformasi Satu Fenomena

Kuasa Menentukan Bangsa: Transformasi Satu Fenomena

Pengerusi Institusi Ayahanda Pertiga Malaysia Ayahanda Pengasas Izuddin Merican Noordin meneruskan Transformasi Pertiga dengan menjalankan Road Tour/Route Tour Pertiga Malaysia selepas hadir diri dalam Program Kopi-O bersama Pengerusi di Johor Baru tempoh hari dengan kehadiran barisan tertinggi Pertiga Negeri Johor.

Fasa seterusnya Ayahanda Pengasas Izuddin akan ke Sarawak bumi Kenyalang bagi meneruskan gelombang Transformasi.

Temubual bersama Ayahanda Pengasas Izuddin sebentar tadi beliau memberi tahu selepas Sarawak, negeri Sabah dan Kuala Lumpur akan dilawati beliau... Sementara beberapa program akan di rangka untuk menjadikan program Transformasi satu Fenomena menjadi satu kejayaan.  InsyaALLAH...

Justeru itu mandat daripada Pertiga HQ di bawa untuk meniup gelombang ULTRA Melayu keseantero Malaysia yakni
"Kuasa Menentukan Bangsa Satu Transformasi Satu Fenomena Baru"-
yang cuba di terapkan d dlm Pertiga Malaysia bg melahirkan Ultra Melayu yang berilmu pengetahuan melalui portfolio
Gerakan FIKRAH Pertiga dan BADAR Pertiga (Badan Dakwah dan Rawatan Islam)...

Ikhlas-Sabar-Jujur


Lawatan Ke Johor Darul Takzim

Buletin Pertiga - 068

Kuasa Menentukan Bangsa Satu Fenomena Transformasi...

Berita Terkini hiburan sensasi...

Pengerusi Institusi Ayahanda Malaysia telah ke Johor Baru tempoh hari untuk membuat lawatan rasmi.  Hadir bersama menyambut kehadiran beliau di JB International Airport Senai adalah Pengerusi Negeri Johor Paduka Panglima Din Kapak, Ayahanda Muda Khairul dan ahli-ahli Pertiga Negeri Johor.

Sessi Kopi-O bersama Pertiga Johor telah diadakan iaitu program bersantai yang telah di idea kan oleh Ayahanda Pengasas Izuddin Merican Noordin untuk memberi amanat serta berita dan polisi baru mengenai Pertiga Pusat.  Di samping mendekati pimpinan negeri itu sendiri.

Ini kerana wawancara bersama Ayahanda Izuddin baru-baru ini, beliau telah menyatakan bahawa sentuhan peribadi ataupun personal touch perlu ada pada pimpinan negeri untuk meneruskan kesinambungan serta matlamat dan objektif pertubuhan disempurnakan dengan jayanya...

InsyaAllah...

Semoga usaha yang diusahakan oleh beliau bisa mengerakan jentera-jentera pimpinan serta ahli-ahli Pertiga di negeri tersebut...


Saturday, 27 October 2012

Jambatan Perjuangan

Kuasa Menentukan Bangsa...





Satu usaha transformasi perjuangan telah dicapai didalam usaha memartabatkan usaha perjuangan alaf ini. Begitulah sedikit sebanyak yang dapat penulis coretkan pada pembaca blog ini. InsyaAllah penulis akan cuba mendapatkan info yang lebih terperinci lagi....

Tahniah Paduka Ayahanda Pengasas PERTIGA Malaysia Sabaruddin Ahmad merangkap Presiden PERTIGA Malaysia Dan barisan tertinggi PERTIGA Malaysia, tidak lupa juga pada Dato' Hj Ramli Timbalan Presiden Malaysia.

Malaysia Boleh!!!

PERTIGA Boleh!!!

Apa yang penting? KERJASAMA...






- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, 24 October 2012

Gerakan Fikrah Pertiga

Kuasa Menentukan Bangsa

Satu lagi usaha Pertiga Malaysia untuk memartabatkan agama Islam serta Bangsa Melayu...

Melahirkan pemimpin masa depan dengan penuh ilmu pengetahuan....

FIKRAH membawa maksud Forum Interaksi Komunikasi Anak Solehah...


Apa yang PENTING??? Kerjasama...






Kuasa Menentukan Bangsa

Perpaduan Ummah Serta kerjasama adalah asas penting untuk Pertubuhan ataupun perikatan untuk maju Dan sukses.

Bersatu Teguh Bercerai Roboh.




- Posted using BlogPress from my iPad

Buletin 067-Pemimpin Berjiwa Rakyat

Pemimpin berjiwa rakyat...


Pertandingan Bowling Pertiga

Setelah kejayaan tempoh hari menjayakan Pertandingan Bowling... Pertiga Malaysia sekali lagi kembali dengan satu lagi Kejohanan Bowling Terbuka Pertiga...


Sunday, 9 September 2012

Majlis Pengislaman Orang Asli Di Gombak

Alhamdulillah dengan limbah kurniaNya, bertempat di Perkampungan Orang Asal Gombak, Pertiga telah mengislamkan lebih dari 10 orang asli petang tadi.

Pertiga telah berusaha untuk memartabatkan Islam di Malaysia, pelbagai program telah dijalankan seperti Kempen Zero Maksiat, Kempen Menutup Kedai-kedai Mesin Slot & Judi dan banyak lagi.

Pertiga berharap, pihak-pihak seperti Jakim, Jabatan-jabatan Hal Ehwal Agama Islam, NGO-NGO Islam dan lain-lain dapat berkerjasama dengan Pertiga untuk membendung maksiat.

 Paduka Ayahanda Utama Sabaruddin Ahmad mengislamkan salah seorang peserta

 Barisan Paduka & Ayahanda Pertiga

 Ayahanda Zali mengislamkan seorang peserta

 Barisan peserta wanita yang diislamkan Pertiga

 
Berkumpul dalam dewan sebelum majlis dimulakan

Kekanda Ustaz Muklas mengislamkan salah seorang peserta

JEMPUTAN KE RUMAH TERBUKA AIDILFITRI


Tuesday, 28 August 2012

Perjuangan Tiada Titik Nokhtah





perjuangan ini mudah,
Pasti ramai menyertainya
Andai perjuangan ini singkat pasti ramai istiqamah
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan pasti ramai tertarik dengannya
Tapi hakikatnya perjuangan bukanlah begitu
Apakah erti sebuah perjuangan tanpa pengorbanan
Perjuangan perlu pengorbanan tanpa terkira
Masa, tenaga, mahupun wang ringgit
Turun naiknya, sakit pedihnya, kecewa, Terluka umpama kemanisan yang tak terhingga...
Bermujahadahlah bagi mengenai erti budi
Andai rebah, bangkitlah semula...
Andai terluka ingatlah JanjiNya...

Patah sayap bertongkat paruh namun ku daki ku daki jua...


- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, 17 July 2012

Majlis Pelancaran ZERO MAKSIAT Pertiga Malaysia

RESTORAN SAMPAN, Pantai Jerjak: Syukur kehadrat Illahi dgn limpah Dan kurniaNya, walaupun dalam keadaan hujan turun renyai-renyai Majlis Perasmian ZERO MAKSIAT, Kenduri Kahwin Kekanda Arafat dan Majlis Bacaan Yasin don Doa Selamat Sempena Menyambut Ramadhan berjalan dengan lancar dan gemilang.

Presiden Pertiga Malaysia Paduka Ayahanda Utama Sabaruddin Ahmad dan Pengarah Jasa Pulau Pinang Usta Lutfi bin Ibrahim merasmikan Kempen ZERO MAKSIAT


Majlis ZERO MAKSIAT telah dirasmikan oleh Presiden Pertiga Malaysia iaitu Paduka Ayahanda Utama Sabaruddin Ahmad dan Pengarah Jasa Pulau Pinang Ustaz Lutfi bin Ibrahim. Kempen ZERO MAKSIAT diteruskan dengan program melekatkan pelekat cermin kereta kempen.

Paduka Ayahanda Utama Sabaruddin Ahmad melekatkan pelekat cermin kempen

Turut hadir dalam majlis ini adalah Pengerusi Institusi Ayahanda Malaysia Ayahanda Pengasas Izuddin Merican, barisan Paduka Ayahanda, Ayahanda, Kekanda dan seluruh ahli Pertiga Malaysia.

 Pengerusi Institusi Ayahanda Malaysia Ayahanda Izuddin bersama Ayahanda Syam dan Dato Rashid

Turut diraikan pada majlis tersebut adalah Pasangan Pengantin Kekanda Arafat. Pasangan pengantin datang bersama rombongan Presiden Pertiga Malaysia iaitu Paduka Ayahanda Utama Sabaruddin Ahmad turut disambut meriah oleh para hadirin.

Majlis Persandingan Kekanda Arafat

Majlis Bacaan Yasin don Doa Selamat Sempena Menyambut Ramadhan telah disempurnakan oleh pelajar-pelajar Talfiz Al-Quran dari Mahad Talfiz Gelugor. Mereka turut diberi sumbangan berupa peralatan sembahyang.
 Paduka Ayahanda Utama Sabaruddin Ahmad dan Ustaz Lutfi bin Ibrahim memberi sumbangan kepada pelajar Talfiz Al-Quran

 Paduka Ayahanda Utama Sabaruddin Ahmad dan Ustaz Lutfi bin Ibrahim bergambar bersama barisan Paduka Ayahanda dan Ayahanda Pertiga

Sebahagian daripada tetamu yang hadir

 Tetamu yang hadir sedang menonton pertunjukan silat oleh Persatuan Seni Silat Pesaka Batu Uban

eL/Unit Media

Monday, 16 July 2012

Ahlan Ya Ramadhan


Rasulullah SAW, menaiki mimbar untuk berkhutbah dan menginjak anak tangga pertama Nabi tiba” mengucapkan “aamiin”.

Begitu juga pada anak tangga kedua dan ketiga. Selesai shalat para shabat bertanya, mengapa Rasulullah mengucapkan’aamiin?’

Nabi SAW menjawab, malaikat Jibril datang dan berkata :’Kecewa dan merugi seseorang yang jika namamu disebut dan dia tidak mengucapkan shalawat atasmu, lalu aku berucap aamiin.

Kemudian malaikat berkata kecewa dan merugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi ia tidak bisa masuk surga, lalu aku mengucap aamiin.

 Kemudian, katanya lagi, kecewa dan merugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan tetapi tidak terampuni dosa-dosanya, lalu aku mengucap aamiin.”(HR. Imam Ahmad)

Wednesday, 11 July 2012

Kuasa Menentukan Bangsa: Lepas PERTIGA, PERTIGA Lagi...

Lepas satu, satu lagi... Lepas PERTIGA, PERTIGA lagi...

Selepas penyerahan memorandum seluruh Negara yang dilaksanakanmelalui PERTIGA Negeri masing-masing, PERTIGA terus maju ke hadapan dan kini menganjurkan Pertandingan bowling sambil beramal.

PERTIGA terus menganjurkan aktiviti demi aktiviti bagi merealisasikan gelombang
"Kuasa Menentukan Bangsa" bagi melahirkan ahli PERTIGA yang Ultra Bangsa. Satu gelombang serta wacana yang berani oleh Presiden PERTIGA Malaysia Paduka Ayahanda Pengasas Utama Sabaruddin Ahmad.





"Per 3 Event Managment - 10.07.2912

Pertandingan bowling akan diadakan pada 15.07.2012 (ahad) jam 10pg bertempat di Kompleks Bukit Jambul.
Yuran penyertaan dikenakan sebanyak Rm 100.00 setiap pasukan ( 4 orang setiap pasukan)
Hadiah tempat pertama Rm 500.00
Hadiah tempat kedua Rm 300.00
Hadiah tempat ketiga Rm 200.00
Hadiah misteri menanti
Sebarang penyertaan atau pertanyaan sila hubungi :
syazril. - 017 490 7110
Jauharul - 013 629 0036
Daniel. - 017 2099 077"

Pertandingan bowling ini adalah secara tidak langsung ingin memupuk semangat setia kawan dan perpaduan serta silaturarrahim sesama ahli dan bukan ahli di dalam aktiviti riadah yang dianjurkan oleh PERTIGA Malaysia Event Management.

PERTIGA tidak kenal erti penat mahupun putus asa walaupun selama ini PERTIGA Malaysia tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak. Bersamaan 26 Syaaban ini PERTIGA Malaysia juga ada menganjurkan program 4 dalam 1 di Restoran Jetty Pulau Jerjak, antara pengisian program tersebut adalah Melancarkan Kempen ZERO Maksiat dan doa selamat menyambut bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan di samping Menyambut ulangtahun pertama Penubuhan PERTIGA Malaysia. Tidak ketinggalan juga adalah Pasangan Pengantin Kekanda Arafat yang juga akan turut serta untuk memeriahkan lagi majlis pada hari itu.





"Per3 Malaysia-makluman/info 09.07.2012

Adalah dimaklumkan Per3 Malaysia dengan kerjasama Pengurusan Restoran Sampan akan mengadakan 4 majlis serentak semperna pelancaran Amal Makruf Nahi Mungkar ke arah zero maksiat berserta ulangtahun Per3 Malaysia yang pertama dan juga semperna menyambut kedatangan bulan ramadhan 1433H tidak lupa juga bagi meraikan persandingan kekanda arafat (sampan) pada 16.07.2012 bertempat di Restoren sampan Pantai Jerejak P.Pinang bermula jam 6.00ptg hingga 2.00pg..Dijemput semua ahli.Per3 bagi memeriahkan lagi majlis tersebut...Terima kasih
Daripada Unit Media (u.m) - Daniel Kato"

Seraya itu kita haruslah memberi sokongan yang padu bagi merealisasikan wacana serta gelombang yang ditiupkan oleh PERTIGA Malaysia. Demi untuk memajukan Ultra Bangsa kita Serta memupuk keharmonian ukhwah dikalangan umat Islam di Negara ini.


Ayuhlah sama-sama kita menuju ke satu transformasi Ultra Bangsa.



Program seterusnya oleh PERTIGA Malaysia adalah MAPS. Apakah itu MAPS? Sama-samalah kita nantikan...
Untuk mengetahui apakah itu MAPS... Ikutilah perkembangan PERTIGA dari masa ke semasa kerana Lepas PERTIGA, PERTIGA lagi...



IKHLAS * SABAR * JUJUR


-IMN-


- Posted using BlogPress from my iPad-

Monday, 9 July 2012

Kuasa menentukan Bangsa : PERTIGA Johor Darul Takzim Mengorak Langkah

















Assalam wa rahmah...

Bismillahirahmanirrahim...

Selawat Dan Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W,

Syukur kehadrat illahi di atas limpah dan kuniaNya maka hari ini telah terlaksana serta berlangsungnya Majlis di HQ PERTIGA Malaysia bagi Negeri Johor Darul Takzim...

Perlantikan telah berlaku bagi Negeri Johor Darul Takzim. Pengumuman telah dibuat oleh Setiausaha Agung PERTIGA Malaysia Paduka Bendahara Ayahanda Harun dan yang telah di sempurnakan oleh Pengerusi Institusi Ayahanda PERTIGA Malaysia Ayahanda Pengasas Izuddin Merican Noordin.

Pengumuman adalah seperti berikut:

PERTIGA MALAYSIA : PENGUMUMAN/ MAKLUMAN - Ahad 8.7.2012

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Paduka Pengasas Pertiga Malaysia dengan persetujuan oleh Paduka Pengasas Utama Pertiga Malaysia Sabaruddin Ahmad dengan ini telah mengadakan Majlis Perlantikan di Ibu Pejabat Pertiga Malaysia dan telah dilaksanakan oleh Pengerusi Institusi Ayahanda PERTIGA Malaysia Ayahanda Pengasas Izuddin Merican Noordin seperti berikut :

1. Ayah Din Kapak dilantik sebagai Paduka Ayahanda bagi menerajui Pertiga
Malaysia Negeri Johor
2. Kekanda Khamisan telah dilantik sebagai Ayahanda Penasihat Daerah Johor
Bahru
3. Kekanda Wak Dol telah dilantik sebagai Ayahanda Penasihat Daerah Batu Pahat
4. Kekanda Yun telah dilantik sebagai Ayahanda Muda Daerah Pontian
5. Kekanda Zaidi telah dilantik sebagai Ayahanda Muda Daerah Muar
6. Perlantikan Kekanda Zaki - Kawasan Pagoh, Muar, Johor
7. Perlantikan Kekanda Amirul - Kawasan Pagoh, Muar, Johor
8. Perlantikan Kekanda Annek - Kawasan Rengit, Batu Pahat, Johor
9. Perlantikan Kekanda Boy - Kawasan Rengit, Batu Pahat, Johor
10. Perlantikan Kekanda Hafiz - Kawasan Rengit, Batu Pahat, Johor

Tahniah semua yang dilantik. Semoga Pertiga Malaysia Negeri Johor bergerak lancar dibawah Paduka Ayahanda Din Kapak.


Daripada : Paduka Ayahanda Arung Bakar – Setiausaha Agung Pertiga Malaysia


Semoga dengan perlantikkan ini maka adalah dengan ini di harap Negeri Johor Darul Takzim dapat Mengorak langkah dan terus maju kehadapan membawa panji-panji PERTIGA.

Besar harapan bagi barisan Paduka Ayahanda, Ayahanda Serta Kekanda agar dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah sehabis baik dan memupuk semangat kasih sayang dikalangan ahli- ahli PERTIGA.



IKHLAS * SABAR * JUJUR




-IMN-





- Posted using BlogPress from my iPad-

Wednesday, 4 July 2012

Satu Fitnah : Konspirasi untuk menjatuhkan PERTIGA




Ini adalah satu Konspirasi Serta Fitnah untuk menjatuhkan PERTIGA. Pisau.net please get your facts straight sebelum nak menulis di dalam blog anda.

Jangan sangka air yang tenang tiada buaya...

"PERKASA patut bertanggungjawab penuh diatas benda sebegini, jgn nak putar belitkan keadaan. Statement yg dibuat oleh PERKASA menunjukkan perkasa bermain politik kotor terhadap PERTIGA Dan menuduh dan menyalahkan kita dan menunjukan PERKASA baik DAN cuba mententeramkan keadaan. INI ADALAH PROGRAM PERKASA. Jangan wujudkan perpecahan dikalangan PERTIGA. Budak yg memakai baju PERTIGA dan mencemarkan nama baik PERTIGA sekiranya dia adalah ahli PERTIGA kita akan mengambil tindakan tegas." PRESIDEN PERTIGA (M)

"Polis Harus Menimbang Semula Sikap Tidak Peduli Terhadap Perkasa Untuk Mengelak Persepsi Awam Bahawa Mereka Membenarkan Taktik Ganas Perkasa Untuk Mengugut Pemimpin PR.
Kegagalan pihak polis untuk segera menahan ahli-ahli Perkasa yang terlibat dalam keganasan bukan sahaja terhadap orang awam dan wartawan tetapi juga terhadap keselamatan peribadi saya hanya mengesahkan kebimbangan bahawa tingkah laku Perkasa mendapat sokongan UMNO dan BN. Polis harus menimbang semula sikap tidak peduli terhadap Perkasa untuk mengelak persepsi awam bahawa mereka membenarkan taktik ganas Perkasa untuk mengugut pemimpin PR."
Guan Eng
sumber:MKP

PERTIGA kata "Perkasa harus menerangkan perkara yang sebenarnya, Perkasa tidaklah Perkasa yang di sangkakan...Perkasa Pulau Pinang khasnya"

Kalau betul Perkasa itu betul perkasa marilah bersama-sama memerangi maksiat didalam Kempen ZERO Maksiat anjuran Pertiga Malaysia.

Ikhlas-Sabar-Jujur


- Posted using BlogPress from my iPad-

Saturday, 30 June 2012

Zero Maksiat : Kuasa Menentukan Bangsa




Keratan akhbar The Star 30/6/2012





Keratan akhbar Sinar Harian 30/6/2012

Berikut di bawah adalah beberapa usul yang telah dicadangkan kepada Jabatan Agama Islam seluruh Negara:


Demi masa
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan
nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan
nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran


Demi Zat Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, Selawat dan Salam keatas Rasulullah SAW, dengan ini Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) Malaysia menghantarkan Memorandum ini adalah bertujuan menegakan Amar Makruf, Nahi Mungkar – Kearah Zero Maksiat dengan mengemukakan kesan-kesan negatif terhadap kegiatan berbagai jenis maksiat yang berleluasa di Negara ini.

Keadaan ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin agar kesucian Islam yang kita banggakan terpelihara sebagaimana yang diamanahkan oleh Allah SWT serta akhlak masyarakat terpelihara sebagaimana yang disaran oleh Rasulullah SAW dapat dikekalkan mengikut lunas-lunas Islam yang sebenarnya.

Siapa lagi yang boleh diharapkan untuk membela Islam…. kalau tidak orang-orang Islam itu sendiri.

Apakah kita perlu menunggu murka Allah (bala) baru hendak bertindak…..

Jangan biarkan masyarakat yang akan datang menyalahi kita kerana membiarkan gejala keruntuhan iman dan akhlak yang akan mereka warisi nanti, telah menjadi sebati dijiwa-jiwa mereka.

Kita perlu bertanggungjawab sepenuhnya keatas apa yang sedang berlaku sekarang demi agama, bangsa dan tanah air. Allah Maha Melihat akan gelagat-gelagat kita.

Disamping itu Pertiga Malaysia juga mengemukakan usul-usul untuk menangani kesan-kesan yang dimaksudkan. Oleh itu Pertiga Malaysia memohon kerjasama sepenuhnya dari semua Jabatan Agama Islam diseluruh Malaysia bertindak tegas mencegah dan membenteraskan berbagai-bagai jenis maksiat yang berleluasa yang berlaku disegenap ceruk rantau di Negara ini berlandaskan undang-undang sedia- ada yang telah diperuntukan oleh Kerajaan.

USUL

Usul yang dicadangkan adalah berasaskan “mencegah dan menguatkuasa undang-undang yang diperuntukan dengan tegas dan secara menyeluruh”. Diantaranya adalah :


1. Kiosk khas (pondok) Di Kawasan Hitam Diseluruh Negara

Bagi menangani gelaja maksiat ini, suatu kiosk atau pondok khas perlu dibina dikawasan hitam diseluruh Negara bertujuan memantau aktiviti remaja terutamanya dimalam hari. Petugas khas perlu diletakkan bagi pemantauan tersebut.


​2. ​ Kempen “Jabatan Agama - Mesra Rakyat”

Suatu kempen “Jabatan Agama - Mesra Rakyat” perlu dilancarkan bagi memberi kesedaran dan kewajipan kepada semua masyarakat untuk mengambil bahagian dalam menangani masalah maksiat ini.

​3. Talian Bebas Tol

Semua Jabatan Agama perlu mengadakan Talian Bebas Tol untuk memberi kemudahan kepada masyarakat membuat laporan tentang maksiat yang berlaku dipersekitaran mereka.

​4. Tubuhkan “Rakan – Jabatan Agama”

Semua Jabatan Agama disaran menubuhkan Rakan – Jabatan Agama bagi memberi peluang kepada masyarakat mengambil bahagian dalam apa jua program yang bakal diadakan oleh semua Jabatan Agama Islam diseluruh Malaysia.

Tersebut di atas adalah cadangan usul yang telah dinyatakan di dalam memorandum kepada Jabatan Agama Islam seluruh Negara dismaying usul-usul yang lain untuk tatapan serta pengetahuan orang ramai.


Jadikan masalah Agama adalah masalah bersama. Sama-sama kita berganding bahu bagi mencegah dan membenteraskan masalah maksiat ini secara lebih serius. Demi agama, bangsa dan tanah air kita cuba sedaya mungkin agar “Amar makruf, Nahi Mungkar – Kearah Zero Maksiat” ini dapat dicapai terutamanya menjelang bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini.

Pertiga Malaysia sentiasa terbuka untuk berkerjasama dengan semua Jabatan Agama Islam diseluruh Malaysia dalam membenteraskan isu yang dibangkitkan… Insyaallah

Sekiranya kita mahu… insyaallah… Allah akan sentiasa memberi ruang untuk kita bertindak….

Hendak seribu daya… tak hendak seribu dalih…

Semoga Allah memberkati niat dan usaha kita…Insyaallah.


Hidup bersendi adat,
Adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah...
Adat bersaudara, saudara dipertahankan;
Adat berkampung, kampung dijaga;
Adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan...

- Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang -


-IMN-


- Posted using BlogPress from my iPad-

PERTIGA Terjah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang : Kuasa Menentukan Bangsa...




Syukur Alhamdulillah dengan limpah dan kurnia serta izinNya maka PERTIGA Malaysia telah berjaya Menyerahkan memorandum kepada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.

Semoga Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dapat menimbang serta mengambil tindakan sewajarnya menjelang bulan Ramadhan ini menuju ZERO Maksiat. Penyerahan memorandum itu juga bukanlah hanya di Pulau Pinang malah Gelombang ini ditiupkan ke seantero Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak...

Kempen Zero Maksiat-Press Statement Kempen ZERO Maksiat...
Hadir bersama adalah Paduka Pengasas Utama merangkap Presiden PERTIGA Malaysia Sabaruddin Ahmad, Pengerusi Institusi Ayahanda PERTIGA Malaysia Ayahanda Pengasas Izuddin imnVip, Setiausaha Institusi Ayahanda Pertiga Malaysia Ayahanda Pengasas Mie Kelantan Dan Pengerusi Institusi Kekanda PERTIGA Malaysia Kekanda Zul...



- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, 28 June 2012

PANAS : PERTIGA Buat Pulak...





Ke Arah ZERO Maksiat : "Kuasa Menentukan Bangsa"

PERTIGA ni tak penat-penat ke?

Lepas PERTIGA, PERTIGA lagi... Tak habis-habis PERTIGA...

PERTIGA memandangkan perkara berkenaan agama ini satu isu yang membimbangkan pelbagai pihak. Justetu itu PERTIGA Malaysia mengambil pendekatan "ZERO Maksiat" menjelang bulan Ramadhan ini. Ini juga sejajar dengan wacana PERTIGA iaitu melahirkan pemimpin-pemimpin di masa hadapan yang Ultra Bangsa. Ianya dianggap demikian kerana "Kuasa Menentukan samada kita sedar atau tidak.

Sememangnya kesedaran perlu ada sebelum terlewat...



Bismillahirrahmanirrahim..

Demi masa
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan
nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan
nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran


Demi Zat Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, Selawat dan Salam keatas Rasulullah SAW, dengan ini Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) Malaysia melaungkan slogan "ZERO Maksiat" bertujuan menegakan Amar Makruf, Nahi Mungkar – Sama-sama kita Kearah Zero Maksiat dengan mengemukakan kesan-kesan negatif terhadap kegiatan berbagai jenis maksiat yang berleluasa di Negara ini.

Keadaan ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin agar kesucian Islam yang kita banggakan terpelihara sebagaimana yang diamanahkan oleh Allah SWT serta akhlak masyarakat terpelihara sebagaimana yang disaran oleh Rasulullah SAW dapat dikekalkan mengikut lunas-lunas Islam yang sebenarnya.

Siapa lagi yang boleh diharapkan untuk membela Islam…. kalau tidak orang-orang Islam itu sendiri.

Apakah kita perlu menunggu murka Allah (bala) baru hendak bertindak…..

Jangan biarkan masyarakat yang akan datang menyalahi kita kerana membiarkan gejala keruntuhan iman dan akhlak yang akan mereka warisi nanti, telah menjadi sebati dijiwa-jiwa mereka.

Kita perlu bertanggungjawab sepenuhnya keatas apa yang sedang berlaku sekarang demi agama, bangsa dan tanah air. Allah Maha Melihat akan gelagak-gelagak kita.

Disamping itu Pertiga Malaysia juga mengemukakan usul-usul untuk menangani kesan-kesan yang dimaksudkan. Oleh itu Pertiga Malaysia memohon kerjasama sepenuhnya dari semua Jabatan Agama Islam diseluruh Malaysia bertindak tegas mencegah dan membenteraskan berbagai-bagai jenis maksiat yang berleluasa yang berlaku disegenap ceruk rantau di Negara ini berlandaskan undang-undang sedia- ada yang telah diperuntukan oleh kerajaan.

Jadikan masalah Agama adalah masalah bersama. Sama-sama kita berganding bahu bagi mencegah dan membenteraskan masalah maksiat ini secara lebih serius. Demi agama, bangsa dan tanah air kita cuba sedaya mungkin agar “Amar makruf, Nahi Mungkar – Kearah Zero Maksiat” ini dapat dicapai terutamanya menjelang bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Di samping melahirkan masyarakat yang Ultra Bangsa.

Pertiga Malaysia sentiasa terbuka untuk berkerjasama dengan semua Jabatan Agama Islam diseluruh Malaysia dalam membenteraskan isu yang dibangkitkan… Insyaallah

Sekiranya kita mahu… insyaallah… Allah akan sentiasa memberi ruang untuk kita bertindak….

Hendak seribu daya… tak hendak seribu dalih…

Semoga Allah memberkati niat dan usaha kita…Insyaallah.


-IMN-





- Posted using BlogPress from my iPad-

Wednesday, 27 June 2012

Dejavu di Gunung Kinabalu : KUASA menentukan BANGSA






Percaya atau tidak???

Bukan cobaan atau dugaan, ini yang betul- betul... Heheeee

Malah ini juga bukannya siri TV3 pukul 7pm tiap hari Isnin hingga hari Khamis, tetapi ianya harapan dan impian menjadi realiti PERTIGA Malaysia untuk meletakan mercu tanda Serta panji-panji kemegahan Pertubuhan dia atas Gunung Kinabalu.

Selaras dengan itu Paduka Ayahanda Pengasas Utama Ayahanda Sabaruddin Ahmad telah menghantar senarai nama untuk menyertai program latihan sebelum menghadapi cabaran mendaki Gunung Kinabalu. Selaras dengan wacana Pertubuhan untuk satu transformasi melahirkan ahli-ahli Ultra Bangsa.

Ini adalah salah satu langkah aktiviti sihat bagi menuju transformasi "Kuasa menentukan bangsa". InsyaAllah dengan adanya usaha- usaha menuju ke arah ini tidak mustahil bahawa PERTIGA akan mekar di pesada dunia.




PERTIGA Malaysia telah mengenal pasti 30 orang ahli daripada setiap negeri terdiri daripada Ayahanda, Kekanda Serta ahli untuk menyertai ekspidisi Mendaki Gunung Kinabalu.

Program di Kota Kinabalu akan mengambil masa selama 5 hari 4 malam berpengkalan di Kundasang, Ranau. Tarikh untuk program ini masih dalam perbincangan pihak tertinggi PERTIGA Malaysia. Pada waktu penulis menu is blog ini, PERTIGA Malaysia masih belum memberi tarikh ekspidisi.

Justeru itu sama-samalah kita mendoakan agar Pasukan Ekspidisi Kinabalu ini diredhai Allah.

Selamat menjalani Program Ekspidisi ini kepada mereka yang terlibat.

IKHLAS * SABAR * JUJUR



-IMN-



- Posted using BlogPress from my iPad-

Sunday, 24 June 2012

Ahli Parlimen Pas sertai PERTIGA

Betul ke ni?

Tak percayalah...


Sebenarnya PERTIGA telah berjaya menjalankan program Majlis Suai Kenal dan Taklimat PERTIGA Malaysia Negeri Kedah pada 23 Jun 2012 bertempat di Kg. Trolak, Kuala Nerang.

Sambutan dari penduduk tempatan serta dengan kehadiran barisan Paduka Ayahanda, barisan Ayahanda, barisan Kekanda dan ahli-ahli PERTIGA telah memeriahkan lagi majlis dengan kehadiran tidak kurang dari 300 orang.

Majlis tersebut bertambah serinya lagi apabila bersama-sama kita adalah
Ahli Parlimen Padang Terap YB Ustaz Mohd Nasir bin Zakaria merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan.



Ahli Parlimen Padang Terap YB Ustaz Mohd Nasir bin Zakaria merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan duduk sebaris bersama Paduka Ayahanda Ustaz Hj Lah Sembeling.




Maka terbukti bahawa PERTIGA Malaysia berjuang demi agama bangsa dan tanahair tanpa mengambil kira perbezaan ideologi. PERTIGA Malaysia khasnya kini di dalam transformasi Ultra bangsa. Kuasa menentukan bangsa, Maju ke depan dan terus kehadapan walaupun PERTIGA Malaysia menghadapi pelbagai rintangan serta ancaman untuk memastikan bahawa PERTIGA terkubur.



Ucaptama oleh Pengerusi Institusi Ayahanda PERTIGA Malaysia Ayahanda Pengasas Izuddin Merican Noordin.

InsyaAllah dengan limpah dan kurniaNya, doa dipanjangkan kehadrat illahi supaya PERTIGA dilindungi daripada malapetaka serta anasir- anasir yang tidak sihat.

Aminn aminnn Ya Robb...

“hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”
Adat bersaudara, saudara dipertahankan;
Adat berkampung, kampung dijaga;
Adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

- Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya...-




- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, 20 June 2012

Pertandingan Badminton Pertiga Malaysia

Pada tanggal 17hb Jun, Pertiga Malaysia telah menganjurkan Pertandingan Badminton Terbuka di Dewan Congo, Rejimen Askar Melayu Sungai Ara. Pertandingan ini dikelolakan oleh barisan Ayahanda Zali dengan berjaya dan bagi mencapai matlamat pertubuhan untuk melahirkan belia yang BERIMAN, TAAT SETIA dan BEBAS DADAH.





Program YAB TPM Bersama NGO-NGO Melayu

USM Pulau Pinang, 16hb Jun Pertiga telah dijemput untuk memeriahkan Program NGO-NGO bersama YAB Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Dengan tidak menghampakan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, kehadiran kontijen Pertiga  yang seramai 1000 orang telah berjaya memenuhkan 1PER3 dewan perhimpunan tersebut. Kontijen Pertiga juga hadir dengan semangat dan disiplin yang tinggi.

 Barisan Pertiga Berkumpul di perkarangan Dewan Syed Putra, USM

 Berarak masuk ke Dewan Syed Putra di mana majlis diadakan

 YAB TPM Muhyiddin Yassin Bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri ,Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

 Barisan Paduka dan Ayahanda Pertiga

 Barisan Kekanda dan Ahli Pertiga

 Barisan Kekanda dan Ahli Pertiga

Tahniah kepada semua ahli Pertiga yang hadir!!