Thursday, 28 June 2012

PANAS : PERTIGA Buat Pulak...





Ke Arah ZERO Maksiat : "Kuasa Menentukan Bangsa"

PERTIGA ni tak penat-penat ke?

Lepas PERTIGA, PERTIGA lagi... Tak habis-habis PERTIGA...

PERTIGA memandangkan perkara berkenaan agama ini satu isu yang membimbangkan pelbagai pihak. Justetu itu PERTIGA Malaysia mengambil pendekatan "ZERO Maksiat" menjelang bulan Ramadhan ini. Ini juga sejajar dengan wacana PERTIGA iaitu melahirkan pemimpin-pemimpin di masa hadapan yang Ultra Bangsa. Ianya dianggap demikian kerana "Kuasa Menentukan samada kita sedar atau tidak.

Sememangnya kesedaran perlu ada sebelum terlewat...



Bismillahirrahmanirrahim..

Demi masa
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan
nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan
nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran


Demi Zat Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, Selawat dan Salam keatas Rasulullah SAW, dengan ini Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) Malaysia melaungkan slogan "ZERO Maksiat" bertujuan menegakan Amar Makruf, Nahi Mungkar – Sama-sama kita Kearah Zero Maksiat dengan mengemukakan kesan-kesan negatif terhadap kegiatan berbagai jenis maksiat yang berleluasa di Negara ini.

Keadaan ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin agar kesucian Islam yang kita banggakan terpelihara sebagaimana yang diamanahkan oleh Allah SWT serta akhlak masyarakat terpelihara sebagaimana yang disaran oleh Rasulullah SAW dapat dikekalkan mengikut lunas-lunas Islam yang sebenarnya.

Siapa lagi yang boleh diharapkan untuk membela Islam…. kalau tidak orang-orang Islam itu sendiri.

Apakah kita perlu menunggu murka Allah (bala) baru hendak bertindak…..

Jangan biarkan masyarakat yang akan datang menyalahi kita kerana membiarkan gejala keruntuhan iman dan akhlak yang akan mereka warisi nanti, telah menjadi sebati dijiwa-jiwa mereka.

Kita perlu bertanggungjawab sepenuhnya keatas apa yang sedang berlaku sekarang demi agama, bangsa dan tanah air. Allah Maha Melihat akan gelagak-gelagak kita.

Disamping itu Pertiga Malaysia juga mengemukakan usul-usul untuk menangani kesan-kesan yang dimaksudkan. Oleh itu Pertiga Malaysia memohon kerjasama sepenuhnya dari semua Jabatan Agama Islam diseluruh Malaysia bertindak tegas mencegah dan membenteraskan berbagai-bagai jenis maksiat yang berleluasa yang berlaku disegenap ceruk rantau di Negara ini berlandaskan undang-undang sedia- ada yang telah diperuntukan oleh kerajaan.

Jadikan masalah Agama adalah masalah bersama. Sama-sama kita berganding bahu bagi mencegah dan membenteraskan masalah maksiat ini secara lebih serius. Demi agama, bangsa dan tanah air kita cuba sedaya mungkin agar “Amar makruf, Nahi Mungkar – Kearah Zero Maksiat” ini dapat dicapai terutamanya menjelang bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Di samping melahirkan masyarakat yang Ultra Bangsa.

Pertiga Malaysia sentiasa terbuka untuk berkerjasama dengan semua Jabatan Agama Islam diseluruh Malaysia dalam membenteraskan isu yang dibangkitkan… Insyaallah

Sekiranya kita mahu… insyaallah… Allah akan sentiasa memberi ruang untuk kita bertindak….

Hendak seribu daya… tak hendak seribu dalih…

Semoga Allah memberkati niat dan usaha kita…Insyaallah.


-IMN-





- Posted using BlogPress from my iPad-

No comments:

Post a Comment