Sunday 24 June 2012

Ahli Parlimen Pas sertai PERTIGA

Betul ke ni?

Tak percayalah...


Sebenarnya PERTIGA telah berjaya menjalankan program Majlis Suai Kenal dan Taklimat PERTIGA Malaysia Negeri Kedah pada 23 Jun 2012 bertempat di Kg. Trolak, Kuala Nerang.

Sambutan dari penduduk tempatan serta dengan kehadiran barisan Paduka Ayahanda, barisan Ayahanda, barisan Kekanda dan ahli-ahli PERTIGA telah memeriahkan lagi majlis dengan kehadiran tidak kurang dari 300 orang.

Majlis tersebut bertambah serinya lagi apabila bersama-sama kita adalah
Ahli Parlimen Padang Terap YB Ustaz Mohd Nasir bin Zakaria merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan.



Ahli Parlimen Padang Terap YB Ustaz Mohd Nasir bin Zakaria merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan duduk sebaris bersama Paduka Ayahanda Ustaz Hj Lah Sembeling.




Maka terbukti bahawa PERTIGA Malaysia berjuang demi agama bangsa dan tanahair tanpa mengambil kira perbezaan ideologi. PERTIGA Malaysia khasnya kini di dalam transformasi Ultra bangsa. Kuasa menentukan bangsa, Maju ke depan dan terus kehadapan walaupun PERTIGA Malaysia menghadapi pelbagai rintangan serta ancaman untuk memastikan bahawa PERTIGA terkubur.



Ucaptama oleh Pengerusi Institusi Ayahanda PERTIGA Malaysia Ayahanda Pengasas Izuddin Merican Noordin.

InsyaAllah dengan limpah dan kurniaNya, doa dipanjangkan kehadrat illahi supaya PERTIGA dilindungi daripada malapetaka serta anasir- anasir yang tidak sihat.

Aminn aminnn Ya Robb...

“hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”
Adat bersaudara, saudara dipertahankan;
Adat berkampung, kampung dijaga;
Adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

- Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya...-




- Posted using BlogPress from my iPad

1 comment:

  1. Sy dari KL, mahu kah Per 3 di kembangkan di KL ? Sy sudi membantu sekiranya di beri peluang.

    ReplyDelete