Wednesday 27 June 2012

Dejavu di Gunung Kinabalu : KUASA menentukan BANGSA






Percaya atau tidak???

Bukan cobaan atau dugaan, ini yang betul- betul... Heheeee

Malah ini juga bukannya siri TV3 pukul 7pm tiap hari Isnin hingga hari Khamis, tetapi ianya harapan dan impian menjadi realiti PERTIGA Malaysia untuk meletakan mercu tanda Serta panji-panji kemegahan Pertubuhan dia atas Gunung Kinabalu.

Selaras dengan itu Paduka Ayahanda Pengasas Utama Ayahanda Sabaruddin Ahmad telah menghantar senarai nama untuk menyertai program latihan sebelum menghadapi cabaran mendaki Gunung Kinabalu. Selaras dengan wacana Pertubuhan untuk satu transformasi melahirkan ahli-ahli Ultra Bangsa.

Ini adalah salah satu langkah aktiviti sihat bagi menuju transformasi "Kuasa menentukan bangsa". InsyaAllah dengan adanya usaha- usaha menuju ke arah ini tidak mustahil bahawa PERTIGA akan mekar di pesada dunia.




PERTIGA Malaysia telah mengenal pasti 30 orang ahli daripada setiap negeri terdiri daripada Ayahanda, Kekanda Serta ahli untuk menyertai ekspidisi Mendaki Gunung Kinabalu.

Program di Kota Kinabalu akan mengambil masa selama 5 hari 4 malam berpengkalan di Kundasang, Ranau. Tarikh untuk program ini masih dalam perbincangan pihak tertinggi PERTIGA Malaysia. Pada waktu penulis menu is blog ini, PERTIGA Malaysia masih belum memberi tarikh ekspidisi.

Justeru itu sama-samalah kita mendoakan agar Pasukan Ekspidisi Kinabalu ini diredhai Allah.

Selamat menjalani Program Ekspidisi ini kepada mereka yang terlibat.

IKHLAS * SABAR * JUJUR



-IMN-



- Posted using BlogPress from my iPad-

No comments:

Post a Comment