Paduka Ayahanda Mahaguru Terulung Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga), Tan Sri Omardin Mauju berkata, faktor utama mengapa golongan belia berminat untuk menyertai badan bukan kerajaan (NGO) adalah pengisian yang tersusun serta aktiviti berfaedah yang disediakan sesebuah persatuan itu.
“Pengisian yang disediakan adalah faktor utama selain pengurusan sistematik yang mampu menarik minat golongan belia menyertai sesebuah persatuan sebagai contoh Pertiga yang ditubuhkan tujuh bulan lalu. Ia mampu menarik lebih 10,000 ahli golongan belia menyertainya berikutan banyak pengisian yang disediakan yang menarik minat golongan ini.
“Selain itu, kita juga mampu untuk menyediakan banyak aktiviti yang mampu menarik minat golongan muda selain jaminan keselamatan untuk ahli antaranya kad insurans yang baru dilancarkan. Inilah antara faktor mengapa belia suka menyertai NGO seperti ini,” katanya kepada media selepas Majlis Pentauliahan Pertiga Malaysia semalam.
Dalam perkembangan lain, Omardin berkata, kaum Melayu di negeri ini diambang perpecahan yang mana dahulunya berada di dalam golongan majoriti.
“Saya lihat kaum Melayu di Pulau Pinang sedang menuju ke arah golongan minoriti sedangkan dahulu kita berada dalam golongan majoriti. Inilah yang sedang berlaku iaitu kaum Melayu sedang berpecah. Saya sebagai individu yang sudah lama berada dalam persatuan, berasa bertanggungjawab untuk menyekat perkara ini daripada berlaku.
“Saya akan berusaha untuk cuba membawa mereka ini duduk di meja rundingan bagi menyatupadukan semula perhubungan yang renggang ini. Kita tidak mahu perpecahan berlaku lagi,” katanya.
Sebelum itu, Omardin menyempurnakan Majlis Pentauliahan Pertiga Malaysia dengan pemberian kad insurans serta tauliah pelantikan kepada 100 wakil Pertiga seluruh negeri.
Kad insurans yang memerlukan pembayaran yuran sebanyak RM50 setahun itu antaranya merangkumi khairat kematian sebanyak RM3,000, kemalangan sebanyak RM30,000 serta pembiayaan hospital sebanyak RM30 sehari.
Menurutnya, insurans nyawa yang dinamakan Skim Kelompok Mesra MAA Takaful itu bertujuan untuk menjaga kebajikan ahli persatuan serta memastikan ahli mendapat manfaat tambahan.
Sumber: Sinar Harian
Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
ReplyDeleteBerkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A
Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK
MCA Youth chief Gombak YIP JIUN HANN,
Concerned father U (YIP KUM FOOK, Gombak MCA) three, four wives and rich, the case U itself,
Yip Jiun Hann, U are not Muslims we please don’t touch of Muslim’s religion and the good thing Prophet MUHAMMAD S.A.W.
Why U try generate name of PROPHET MUHAMMAD S.A.W. for bad name of benefits. U try to remember the shameful of Muslim?
If not, we'll teach U such things happen in the USA
Our sincerely,
PEOPLE GOMBAK