Monday, 30 June 2014

Tujuh perkara yang membatalkan puasa


Tujuh perkara yang membatalkan puasa, seperti berikut:

1. Jimak (persetubuhan)
2. Onani
3. Makan dan minum
4. Apa-apa yang dianggap sama dengan makan dan minum
5. Mengeluarkan darah seperti berbekam dan sepertinya
6. Muntah dengan sengaja
7. Haid dan Nifas

Perkara pertama yang membatalkan puasa ialah: persetubuhan.

Ini adalah perkara yang paling besar dan paling berdosa antara perkara-perkara yang membatalkan puasa. Barangsiapa yang bersetubuh pada siang hari di bulan Ramadan dengan sengaja dan dengan kehendak dia sendiri, di mana dua kemaluan bertemu dan hujung kemaluan lelaki memasuki antara dua tempat masuk, telah membatalkan puasanya, sama ada dia mengeluarkan air mania tau tidak. Wajib baginya bertaubat, sempurnakan hari tersebut (i.e. tidak makan dan minum sehinggalah terbenam matahari), ganti puasa tersebut dan membayar denda.
Buktinya adalah sebuah hadis daripada Abu Hurayrah radiyallahu anhu berkata: Seorang lelaki datang kepada Rasulullah salla Allah alaihi wa sallama dan berkata, “Binasalah aku, wahai Rasulullah!” Baginda berkata, “Kenapa kamu akan binasa?” Beliau menjawab, “Aku telah bersetubuh dengan isteriku (di siang hari) dalam Ramadan.” Baginda berkata, “Apakah kamu mampu membebaskan seorang hamba?” Beliau menjawab, “Tidak.” Baginda berkata, “Apakah kamu mampu berpuasa dua bulan berturut-turut?” Beliau menjawab, “Tidak.” Baginda berkata, “Apakah kamu mampu memberi makan kepada enam puluh orang miskin?” Beliau menjawab, “Tidak.”…. HR al-Bukhari 1936; Muslim 1111.
Tiada denda bagi pembatal-pembatal puasa melainkan bersetubuh.

Perkara kedua daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah onani.

Ini bermakna mengeluarkan air mani atau klimaks dengan menggunakan tangan etc.
Dalil bahawa onani adalah daripada salah satu perkara yang membatalkan puasa adalah firman Allah dalam hadis Qudsi di mana Dia berkata mengenai orang yang berpuasa: “Dia meninggalkan makan dan minum dan syahwatnya demiKu.” HR al-Bukhari 1894; Muslim 1151. Onani berada di bawah syahwat di mana seorang yang berpuasa berlepas diri daripadanya.
Barangsiapa yang beronani di siang hari dalam bulan Ramadan wajib bertaubat kepada Allah dan menahan diri daripada makan dan minum sepanjang hari, dan perlu menggantikan puasa tersebut pada hari lain.
Jikalau dia mula beronani dan berhenti sebelum terkeluarnya air mani, perlunya dia bertaubat, tetapi puasanya tetap sah dan dia tidak perlu menggantikannya kerana dia tidak mengeluarkan air mani.
Seorang yang berpuasa sepatutnya menjauhkan dirinya daripada segala yang akan menaikkan syahwatnya dan menjauhkan dirinya daripada fikiran-fikiran yang buruk. Mengenai terkeluarnya air madzi, pandangan yang paling tepat adalah ia tidak membatalkan puasa.

Perkara ketiga yang membatalkan puasa adalah makan dan minum.

Ini merujuk kepada makanan dan minuman yang memasuki perut melalui mulut. Apa-apa yang memasuki perut melalui hidung, ini adalah seperti makan dan minum. Maka, Rasulullah salla Allah alaihi wa sallama berkata: “Masukkanlah air ke dalam hidung sedalam-dalamnya kecuali tatkala kamu sedang berpuasa.” HR al-Tirmidhi, 788.
Jikalau air masuk ke dalam perut melalui hidung tidak membatalkan puasa, pasti Rasulullah salla Allah alaihi wa sallama tidak akan memberitahu mengenai orang yang sedang berpuasa untuk tidak memasukkan air ke dalam hidung sedalam-dalamnya.

Perkara keempat daripada perkara yang membatalkan puasa adalah apa-apa yang dianggap di bawah perkara yang sama seperti makan dan minum.

Ini termasuk dua perkara:
1. Pemindahan darah kepada yang sedang berpuasa – contohnya jikalau dia mempunyai pendarahan yang banyak dan diberikan darah. Ini membatalkan puasa kerana darah terbentuk daripada makanan dan minuman.

2. Menerima melalui jarum (drip) bahan yang memberikan khasiat yang menggantikan makanan dan minuman, kerana ia sama seperti makanan dan minuman. Shayikh Ibn Uthaymeen, Majaalis Shahr Ramadan, ms.70.
Mengenai suntikan-suntikan yang tidak menggantikan makanan dan minuman, bahkan ia diberikan untuk tujuan perubatan – sepertinya penisilin dan insulin – ataupun diberikan untuk memberikan tenaga pada badan, ataupun tujuan vaksin, ia tidak memberi kesan terhadap puasa, sama ada ia di berikan pada urat ataupun otot. Fataawa Muhammad ibn Ibraaheem, 4/189.
Tetapi, demi keselamatan, suntikan-suntikan tersebut boleh diberikan pada waktu malam. Dialisis, di mana darah dikeluarkan, dibersihkan dan dikembalikan kepada badan dengan tambahan bahan kimia seperti gula dan garam etc. dianggap membatalkan puasa. Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/19

Perkara kelima daripada perkara yang membatalkan puasa adalah mengeluarkan darah melalui bekam kerana Rasulullah salla Allah alaihi wa sallama berkata: “Tukang bekam dan yang dibekam membatalkan puasa mereka.” HR Abu Dawood 2367; disahihkan oleh al-Albaani dalam Sahih Abi Dawood, 2047.

Menderma darah termasuk di bawah bekam, kerana ia akan memberi kesan kepada badan dengan cara yang sama. Dengan ini, ia tidak dibenarkan bagi seorang yang berpuasa untuk menderma darah melainkan ia suatu keperluan, maka ia dibenarkan. Dalam kes ini, penderma telah membatalkan puasanya dan perlu menggantikannya pada hari lain. Ibn ‘Uthaymeen, Majaalis Shahr Ramadaan, ms. 71.
Jikalau seorang menghadapi hidung berdarah, puasanya sah, kerana ia berlaku secara tidak sengaja. Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/264.
Mengenai pendarahan daripada mencabut gigi, pembedahan atau ujian darah etc., ia tidak membatalkan puasa kerana ia bukan bekam ataupun suatu yang sepertinya, melainkan ia memberi kesan kepada badan sepertinya berbekam.

Perkara keenam yang membatalkan puasa adalah muntah dengan sengaja, kerana Rasulullah salla Allah alaihi wa sallama telah bersabda: “Barangsiapa yang muntah dengan tidak sengaja, tidak perlu menggantikan puasanya, tetapi barangsiapa yang muntah dengan sengaja maka perlu dia menggantikannya.” HR al-Tirmidhi, 720, disahihkan oleh al-Albaani dalam Sahih al-Tirmidhi, 577.
Ibn al-Mundhir berkata: Para ulama bersetuju bahawa puasa seorang yang muntah dengan sengaja terbatal. Al-Mughni, 4/368.
Barangsiapa yang muntah dengan sengaja dengan meletakkan jarinya pada tekaknya, menekan perutnya, sengaja bau suatu yang teruk atau tetap melihat pada suatu yang boleh menyebabkannya untuk muntah, perlu menggantikan puasanya pada hari lain. Jikalau muntahnya ingin terkeluar, maka janganlah dia menahannya kerana ia akan memudaratkannya. Majaalis Sharh Ramadaan, Ibn ‘Uthaymeen, ms. 71.

Perkara ketujuh yang membatalkan puasa adalah darah haid dan nifas.

Kerana Rasulullah salla Allah alaihi wa
Tujuh perkara yang membatalkan puasa, seperti berikut: telah bersabda: “Bukankah apabila dia (seorang wanita) haid, tidak solat dan tidak berpuasa?” HR al-Bukhari 304.
Apabila seorang wanita melihat darah haidnya atau nifas, puasanya terbatal walaupun pada waktu itu adalah sebelum matahari terbenam.
Jikalau seorang wanita itu merasakan bahawa haidnya telah bermula tetapi darah masih belum keluar sehinggalah setelah terbenamnya matahari, puasanya masih sah.
Jikalau seorang wanita haid atau nifas, darahnya terhenti pada waktu malam, dan dia berniat untuk berpuasa, lalu tibanya waktu terbitnya matahari sebelum dia melakukan mandi wajib, pendapat para ulama adalah puasanya sah. Al-Fath, 4/148.
Ia lebih diutamakan bagi seorang wanita untuk menerima fitrahnya dan untuk menerima apa yang telah Allah tetapkan baginya, dan tidak untuk mengambil apa-apa perubatan untuk menghalang haidhnya. Dia perlu menerima apa yang telah Allah tetapkan baginya untuk tidak berpuasa ketika haidnya tiba, dan untuk menggantikannya pada hari lain. Inilah apa yang telah dilakukan oleh Ummul Mukminin dan para wanita salaf. Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/151.
Tambahan pula, ia telah dibuktikan oleh perubatan bahawa cara-cara menghalang haid adalah merbahaya dan ramai wanita yang telah menghadapi pusingan haid yang tidak tetap.  Jikalau seorang wanita mengambil pil dan haidnya terhenti, ini tidak mengapa, dia boleh berpuasa dan puasanya sah.
Inilah perkara-perkara yang membatalkan puasa. Kesemuanya – tidak termasuk haid dan nifas – hanya membatalkan puasa dengan tiga syarat: jikalau seseorang itu sedar akan hukumnya dan mengetahui mengenainya; bahawa dia melakukannya dengan keadaan yang sedar dan bukan dalam keadaan terlupa; dan dia melakukannya itu dengan kehendak dia sendiri dan tidak dipaksa.

Kita juga perlu menyatakan beberapa perkara yang tidak membatalkan puasa:
Enemas, ubat mata, ubat telinga, cabut gigi dan rawatan terhadap kecederaan tidak membatalkan puasa.  Majmoo’ Fataawa Shaykh al-Islam, 25/233; 25/245
Tablet perubatan yang diletakkan di bawah lidah untuk merawat serangan asma etc, selagi mana tidak menelan bahan sisanya.
Memasukkan apa-apa ke dalam vagina seperti pessaries, atau spekulum, atau jari doctor dengan tujuan ujian perubatan.
Memasukkan apa-apa peralatan perubatan atau IUD ke dalam rahim.
Apa-apa yang memasuki saluran kencing lelaki dan wanita, seperti tuib ‘catheter’, atau ‘medical scopes’, atau ‘opaque dyes’ yang dimasukkan untuk tujuan x-ray, atau perubatan, atau bahan untuk membersihkan pundi kencing.
Menampal gigi, mencabut gigi, membersihkan gigi, sama ada dengan siwak ataupun berus gigi, selagi mana dielakkan menelan sesuatu sehingga ia mencapai tekak.
Kumur-kumur dan spray etc. pada mulut selagi mana tidak menelannya sehingga ia mencapai tekak.
Oxygen atau gas anestatik, selagi mana ia tidak memberikan apa-apa khasiat pada pesakit.
Apa-apa yang boleh masuk ke dalam badan melalui penyerapan pada kulit seperti krim, ‘puoltices’ etc.
Kemasukan tuib halus pada urat untuk penggambaran diagnostik atau rawatan pada urat jantung atau mana-mana bahagian badan.
Kemasukan skop melalui dinding perut untuk melihat usus dengan cara pembedahan (laproskopi)
Mengambil bahan ujian daripada hati atau mana-mana bahagian badan, selagi mana ia tidak disertakan dengan pemberian bahan-bahan yang memberikan khasiat.
Endoskop, selagi mana ia tidak disertakan dengan pemberian bahan kimia atau selainnya.
Kemasukan apa-apa peralatan perubatan atau bahan kepada otak atau ‘spinal column’.
Wallahu ‘alam.

Sumber : ilmucahayakehidupan

Suara Pertiga kata: Sharing is caring

-imn-

Sunday, 29 June 2014

Presiden Per3 Msia : Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak


Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirrahim...



Presiden Pertiga Malaysia lewat petang tadi di ketemui di kediaman beliau ingin mengucapkan Selamat Menyambut kehadiran Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh warga Pertiga Malaysia dan Selamat menjalani ibadah Puasa yakni rukun Islam kita yang ketiga...

Mudah-mudahan akan perolehi keampunan, keberkatan hidup serta rahmat dari Allah SWT.  Beliau juga berdoa pada semua warga PERTIGA khasnya dan amnya pada Umat Islam agar mendapat ganjaran berganda-ganda serta redha dariNya.

InsyaAllah, Pertiga Malaysia akan meneruskan cara tahunan di bulan Ramadhan iaitu Program Ihya Ramadhan dan Sumbangan Amal, Konvoi Ramadhan dari masjid ke masjid serta Program Jom Sahur.

Akhir kata dari beliau  marilah sama2 kita memeriahkan bulan Ramadhan ini dengan Amal Jariah.


~Ikhlas~Sabar~Jujur~


-mp3-










Monday, 23 June 2014

Kalimah Allah!!!

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...

Setelah selesai perbicaraan kemenangan berpihak kepada umat islam...
Kalimah Allah tetap menjadi milik umat islam...takbir...!!!!


Per3 Wilayah Persekutuan telah hadir bersama2 ahli Per3 untuk berada di putrajaya bagi menunggu keputusan bagi pengunaan kalimah Allah.


Sebahagian daripada ahli Per3 serta NGO yang lain bersama2 menunggu keputusan di perkarangan Mahkamah.


Paduka Ayahanda Rosli bersama2 jemaah Per3.


Ditemuramah dengan wartawan aris Perdana...




-imn-

Suara PERTIGA kata:  Alhamdulillah, syabas per3 Wilayah Persekutuan

Paduka Pengasas Terjah Ipoh

Paduka Pengasas Per3 Malaysia telah ke Ipoh berjumpa dengan jemaah di Ipoh, Perak untuk bertanya khabar serta mengariskan kembali jemaah disana bagi tujuan penyatuan di Ipoh.

Alhamdulillah semula berjalan dengan lancar dengan hadirnya Paduka Pengasas Hj Lah komando merangkap Timbalan Pengerusi Institusi Ayahanda Per3 Malaysia, Paduka Pengasas Zali dan Paduka Pengasas Lan. Ayahanda Awie  bersama2 dengan jemaah di Ipoh telah menyambut kedatangan Paduka Pengasas.


-imn-

Suara pertiga kata: Semoga akan ada transformasi.  

Saturday, 21 June 2014

Presiden Pertiga Malaysia Gegar World Martial Arts

21/06/14
Kuala Lumpur



Presiden Pertiga Malaysia Paduka Pengasas Utama Ayahanda Sabaruddin Ahmad bersama2 Exco Majlis Pendekar Malaysia #MPM hari ini bermesyuarat bagi menjayakan 1st World Martial Art Warrior Assembly di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin #KLMO.


Hadir mempengerusikan Mesyuarat tersebut adalah Pendekar Negara Malaysia merangkap Presiden MPM YM Mahaguru Tan Sri Omardin Bin Mauju dan Senator Dato Megat Zulkarnein SETIAUSAHA PESAKA juga turut hadir.  Antara lain telah membincangkan mengenai aturcara, tarikh serta tempat pelaksanaan program tersebut.

Suara Pertiga Kata: Semoga majlis ini ber jalan dengan lancar dan mendapat izin dan redha dariNya InsyaAllah.


-imn-

Panggilan Maut Tengah Malam

Panggilan maut tengah malam

Oleh Omar Osman

Sungai Petani : Seorang pemuda yang sedang menunggang motosikal maut selepas ditembak tiga das di bahagian dada oleh dua lelaki di Taman Songket, Batu 2 Jalan Kuala Ketil, di sini, malam ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, M Gurubaran, 23, dari Taman Keladi, di sini maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian dada.

Difahamkan, mangsa pergi ke taman perumahan berkenaan seorang diri selepas menerima panggilan daripada rakannya meminta mangsa datang ke situ.

Foto
MANGSA ditembak di dada oleh dua lelaki di Taman Songket, Sungai Petani, malam ini. FOTO Omar Osman

Jurucakap polis berkata, sebaik mangsa tiba di taman perumahan itu, dia terus ditembak tiga das di bahagian dada oleh dua lelaki yang menaiki motosikal.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/21

hmetro.com.my

Suara Pertiga kata:  Apa dah jadi Malaysia ni...

Road Tour Paduka Pengasas-DAY 3

Road Tour Paduka Pengasas Per3 Malaysia.
DAY 3
Senawang, Negeri 9.
Minum pagi sblm meneruskan perjalanan ke Johor Bharu






 Selamat Datang ke Senai


Hujan lebat hujan rahmat menyambut kedatangan Paduka Pengasas ke bumi Johor Darul Takzim.  Luaskan Kekuasaan Mu.


Setibanya di Johor Bharu.  Paduka Pengasas dijamu dengan minuman petang.

Perjumpaan dan Mesyuarat Paduka Pengasas bersama2 barisan kepimpinan Per3 Negeri Johor...







-mp3-

Road Tour Paduka Pengasas-DAY 2

Road Tour Paduka Pengasas Per3 Malaysia
DAY 2
Kuala Selangor-Senawang

#throwback

Program Paduka Pengasas Per3 Malaysia bersama Barisan Kempimpinan Negeri Sembilan












Majlis doa selamat di rumah Paduka Pengasas Pertiga Malaysia AyahandaTuan Adam yang akan ke tanah suci menunaikan umrah pd esok hari 3 Mei 2014.





 Pada malam tersebut juga sempat mentauliahkan beberapa Ayahanda bagi memantapkan lagi barisan Ayahanda.


Tahniah Ayahanda Chip - Sendayan, Negeri 9


Tahniah Ayahanda Daeng - Sg Besi, Selangor. 


Tahniah Ayahanda Apak - Bahau, Negeri 9 




Majlis doa selamat di rumah Paduka Pengasas Pertiga Malaysia AyahandaTuan Adam yang akan ke tanah suci menunaikan umrah pd esok hari 3 Mei 2014.

Road Tour Paduka Pengasas-DAY1


Road Tour Paduka Pengasas...

DAY 1
Penang-Kuala Selangor
Program Ramah Mesra dan Perasmian Carta Organisasi Per3 Negeri Selangor.



Ucaptama serta Perasmian Carta Organisasi Pertiga Malaysia Negeri Selangor oleh 
Paduka Panglima Pengasas Ayahanda Izuddin Merican Noordin




Road Tour Paduka Pengasas
DAY 1
Sg Besar-Kuala Selangor
Majlis Perasmian Kelab Penyokong Per3 Kuala Selangor







Bergambar kenangan bersama2 jemaah Pertiga Malaysia Negeri Selangor



Sarjan Misai dan Paduka Panglima Izuddin


-mp3-